Seperti yang diketahui, bintang remaja Imran Aqil kini menjadi salah seorang penyampai radio Hot FM menerusi segmen kendaliannya, HotFlix.

Menurut pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi Hero Remaja 2020 ini, dia akui terkejut dan tidak pernah menyangka akan diberikan peluang berada di konti radio.

“Senyuman Dia Buatkan Hatiku Cair, Suara Sedap,” – Sesi Akhir Uji Bakat Ada ‘Bos Besar’, Imran Aqil Tak Sangka Kini Jadi Penyampai Hot FM “Senyuman Dia Buatkan Hatiku Cair, Suara Sedap,” – Sesi Akhir Uji Bakat Ada ‘Bos Besar’, Imran Aqil Tak Sangka Kini Jadi Penyampai Hot FM

“Alhamdulillah, saya sebenarnya terkejut dan tidak sangka diberi peluang menjadi penyampai radio. Memang tidak pernah terbayang pun hendak bekerja di konti radio.

“Tapi mungkin sudah namanya rezeki, saya ambil peluang ini sebagai cabaran untuk meluaskan lagi kerjaya dalam industri hiburan tanah air,” katanya, menerusi Remaja.

Jelasnya lagi, tawaran yang hadir terjadi dalam masa pantas dan dia dipanggil untuk menjalani uji bakat kira-kira seminggu selepas pelawaan.

“Senyuman Dia Buatkan Hatiku Cair, Suara Sedap,” – Sesi Akhir Uji Bakat Ada ‘Bos Besar’, Imran Aqil Tak Sangka Kini Jadi Penyampai Hot FM “Senyuman Dia Buatkan Hatiku Cair, Suara Sedap,” – Sesi Akhir Uji Bakat Ada ‘Bos Besar’, Imran Aqil Tak Sangka Kini Jadi Penyampai Hot FM

“Semuanya berlaku ibarat sekelip mata. Waktu itu saya ditegur oleh salah seorang petugas di Media Prima. Katanya, berminat hendak jadi penyampai radio?

“Saya pun cakaplah saya tidak pernah terfikir untuk jadi penyampai radio; tetapi jika ada peluang boleh saja kerana saya seorang yang suka belajar dan mencuba perkara-perkara baru.

IKLAN

“Seminggu kemudian, saya dihubungi salah seorang pengurus Hot FM yang meminta saya hadir ke sesi uji bakat. Untuk sesi pertama, saya ditugaskan bersama abang AG.

“Komen yang saya terima pada waktu itu adalah saya dianggap terlalu formal. Sedangkan Hot FM merupakan stesen radio yang menarik orang-orang muda dan selalu kasual menggunakan bahasa percakapan harian,” katanya.

“Senyuman Dia Buatkan Hatiku Cair, Suara Sedap,” – Sesi Akhir Uji Bakat Ada ‘Bos Besar’, Imran Aqil Tak Sangka Kini Jadi Penyampai Hot FM

Imran yang pernah muncul menerusi drama Anak Tebing 2 menambah, proses tersebut kemudiannya diteruskan untuk beberapa sesi dan akhirnya dia berjaya mengisi senarai penyampai stesen radio berkenaan.

“Beberapa hari selepas itu, saya menerima panggilan susulan untuk menyertai sesi kedua uji bakat. Untuk peringkat ini, saya ditugaskan seorang diri dan ia lebih sukar daripada yang kita sangka. Saya diberikan tiga tugasan dan pada hari itu juga, saya disuruh hadir ke sesi uji bakat ketiga.

IKLAN

“Dalam peringkat akhir ini, ada ‘bos besar’. Bila sedang sibuk sembang-sembang, tiba-tiba mereka katakan, “We want you”. Memang saya tidak sangka dan saya sangat bersyukur kerana telah diberikan kepercayaan dan peluang sebegini,” katanya.

Dia pada masa sama bertuah kerana keluara turut memberikan sokongan selain masih mahu memberi fokus terhadap dunia lakonan selepas ini.

Sementara itu menerusi satu rakaman kandid yang dimuat naik di Instagram Hot FM, penampilan Imran mendapat reaksi baik peminat, apatah lagi melihatkan dirinya yang tak pernah lekang dengan senyuman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

“Senyuman dia membuatkan hatiku cair. Anyway single lagi ke?,” tanya seorang peminat.

IKLAN

“Okay suara baru, nafas baru, semoga terus maju jaya. Gaya pengacara pun ada ni,” puji seorang peminat lain.

“Cair tengok senyuman Imran,” reaksi peminat.

“Okaylah not bad, suara sedap untuk jadi DJ radio,” respon peminat lain pula.

“Manis eh dia senyum, tu je nak cakap,” tulis ringkas seorang peminat.

“Serius best dengar dia ni jadi DJ, good luck and good job,” puji seorang lagi peminat.

“Senyuman Dia Buatkan Hatiku Cair, Suara Sedap,” – Sesi Akhir Uji Bakat Ada ‘Bos Besar’, Imran Aqil Tak Sangka Kini Jadi Penyampai Hot FM “Senyuman Dia Buatkan Hatiku Cair, Suara Sedap,” – Sesi Akhir Uji Bakat Ada ‘Bos Besar’, Imran Aqil Tak Sangka Kini Jadi Penyampai Hot FM

Sekadar info, segmen Hot Flix ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI