Lama MH tak dengar mengenai penyanyi Ferhad, sebelum ini adalah kedengaran dia menyertai Gegar Vaganza tapi sayang, terkeluar awal pula.

Waktu zaman kegemilangannya dulu, lagu-lagunya sering meniti di bibir peminat seperti ‘Pernah’, ‘Kasih Berubah’ dan juga ‘Higher Deeper’. Namun entah mana silapnya, tiba-tiba sahaja dia menghilang dari industri seni.

Senyap Seketika, Ferhad Tolak Dakwaan Merajuk & Bawa Diri

Ada juga MH dengar cerita kononnya Ferhad merajuk dan nak bersara dari industri seni. Dalam kesempatan bertemu Ferhad semasa pelancaran single serta muzik videonya baru-baru ini, sempat juga penyanyi tersebut menerangkan keadaan sebenar.

IKLAN

“Tak adalah, mana ada merajuk, bersara semua itu.. saya ada je cuma sebab tak keluar ‘single’ tu yang nampak macam senyap. Ada je buat gig sikit-sikit dan kerja lain.

“Cuma mungkin ada terkejut sikit dengan teknologi sekarang kan, kita di zaman ‘streaming’ dan ‘online technologies’ sedangkan saya sudah biasa dengan keadaan orang beli cd.

“Sebab itu macam ‘slow’ sikit. Tapi apa-apapun, kita kenal ‘embrace’ situasi yang ada sekarang daripada duduk merajuk tak ada orang nak layan. Sebab itulah, saya kini muncul dengan lagu baru supaya orang tak lupa siapa Ferhad,” jelasnya.

Ferhad kini tampil dengan lagu baru berjudul ‘Definasi Cinta’, sebuah lagu yang dicipta melodi dan liriknya oleh Dr Irma serta susunan muzik garapan Iswandy Atan.

Senyap Seketika, Ferhad Tolak Dakwaan Merajuk & Bawa Diri

IKLAN

Macam pelik pula bila sebut ‘definasi’ sedangkan kita selalu sebut definisi kan? MH sempat bertanya pada Ferhad tajuk lagunya itu.

IKLAN

“Hahaha..sebenarnya kalau nak nyanyi sebutan ‘definisi’ tu susah sikit sebab itulah tukar kepada definasi. Maaf Dewan Budaya dan Pustaka.

“Lagu ini berkisarkan tentang maksud dan rasa emosi cinta itu sendiri, definisi cinta yang dimaksudkan boleh memberi tafsir yang berlainan seperti cinta pada yang Esa, suami isteri, ibu bapa, kekasih dan lain-lain,” jelasnya lagi.

Dalam majlis tersebut juga, Ferhad turut menyanyikan ‘single’ terbarunya secara ‘Live’ dan tidak dinafikan, MH terhibur dan terbuai dengan persembahan tersebut.

Sementara itu, bermula esok, lagu tersebut bakal diputarkan menerusi corong stesen radio tempatan serta boleh distrim dan dimuat turun menerusi platform digital seperti spotify, Itunes, Joox, Yonder Music, KKBox dan lain-lain.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI