Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu tercinta, pelakon dan usahawan Mawar Rashid ada menitipkan ucapan istimewa menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Di samping itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memberitahu, wanita berkenaan banyak menghulurkan bantuan untuk memudahkan tugas hariannya sebagai seorang wanita yang berkerjaya.
Lalu, Mawar menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanan ibunya serta mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.
Ads
Selain itu, pelakon berusia 25 tahun ini turut berhasrat mahu memiliki keperibadian seperti ibunya yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada anak dan cucu.
“Happy birthday my queen Thank you mamy banyak tolong mudahkan urusan adik.. Adik pun senang nk g keluar g cari rezeki sbb mamy tolong tengokkan anak2 adik skali.
Ads
“mamy tolong semua anak2 cucu yang lain.. Nanti adik tua, adik nak jadi macam mamy, mudahkan urusan anak2 cucu adik jugak. You are the best mamy.. thank you for everything. I love you so much.
“Semoga abai sentiasa sihat dan ditambahkan umur. Aminnn,” tulisnya.
Sekadar informasi, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada tanggal 9 November 2017 dan dikurniakan sepasang permata hati iaitu Raden Muhammad Rafael, yang kini berusia 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, 10 bulan.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia fesyen antarabangsa hari ini berduka dek kematian pereka fesyen, Virgil Abloh. Mendiang yang berusia 41 tahun merupakan pengasas dan pemilik jenama Off-White menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2021 akibat penyakit kanser yang sudah lebih dua tahun dideritai.
Menurut muat naik di alam Instagram miliknya, Virgil meninggal dunia disebabkan sejenis kanser yang jarang berlaku dan agresif, cardiac angiosarcoma. Mendiang dikhabarkan menjalani pelbagai rawatan yang mencabar dan dalam masa yang sama menerajui beberapa institusi penting yang merangkumi fesyen, seni dan budaya.
Virgil dianggap seorang pereka fesyen yang banyak mengubah landskap dunia fesyen antarabangsa. Dia merupakan pereka fesyen pertama keturunan Afrika-Amerika diberi kepercayaan untuk mengemudi koleksi lelaki bagi jenama terkenal Louis Vuitton.
Mengukuhkan lagi posisinya sebagai pereka fesyen berpengaruh, pada tahun 2019, dia dilantik sebagai ahli lembaga pengarah The Council of Fashion Designers of America (CFDA).
Memilih untuk tidak mengumumkan mengenai penyakitnya kepada umum, berita kematiannnya umpama satu kejutan buat ramai pihak terutamana selebriti-selebriti Hollywood yang pernah berkerjasama dengannya.
Selebriti seperti Hailey Bieber, Gigi Hadid dan Pharell mengambil peluang untuk memperingati mendiang dengan memuatnaik memori mereka bersamanya di laman Instagram.
Hailey Bieber yang merupakan isteri kepada Justin Bieber misalnya, berbicara soal kebaikan Virgil dan momen manis saat dia mengayakan busana perkahwinan yang direka oleh pereka fesyen itu. Kongsinya,“Virgil benar-benar mengubah cara saya melihat gaya jalanan dan fesyen, cara dia melihat sesuatu memberi inspirasi kepada saya secara mendalam.
“Saya tidak akan dapat menyatakan sepenuhnya betapa bersyukurnya saya kerana mengenalinya dan bekerja dengannya, daripada berjalan dipentas runway jenamanya sehinggalah ke permintaan dia mereka gaun pengantin saya dan semua detik menakjubkan lain di antaranya, saya rasa dia sentiasa mempercayai saya saya .
Dia adalah seseorang yang sentiasa membawa kehidupan, karisma, cinta dan keseronokan dalam apa jua keadaan dan dalam setiap bilik yang dia masuki. Minda yang sangat kreatif dalam generasinya yang sangat jarang berlaku dan saya tidak akan melupakan impak yang dibawa olehnya. Kami sayang awak Virgil.”
Memetik pula kata-kata Gigi Hadid mengenai Virgil. Kongsi supermodel terkenal ini, “Kebaikan dan kemurahan hatinya yang bertenaga meninggalkan kesan abadi pada setiap kehidupan yang disentuhnya— dia membuatkan semua orang berasa dilihat dan istimewa.”
Manakala penyanyi Pharrell pula meluah kesedihan, “Hati saya hancur berkecai. Virgil anda seorang yang baik, murah hati, genius dan kreatif yang bijak.”
Virgil meninggalkan seorang balu, Shannon Abloh dan dua orang anak, Lowe Abloh dan Grey Abloh. Shannon merupakan seorang pengurus program di Monster. Dia dan Virgil mula bercinta ketika dibangku persekolahan lagi dan mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.
Penyanyi, Harith Zazman yang popular menerusi lagu, Cute (Stop Lah Being So Cute) sering kali berkongsi mengenai kisah perjalanan cintanya bersama isteri, Nuramalina Ghakashah menerusi karya-karyanya sebelum ini.
Malah, seperti yang diketahui umum, lagu Cute sebenarnya ditulis bagi menceritakan mengenai kisah sewaktu dia memikat isterinya ketika detik awal pertemuan mereka.
Terbaru, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Nuramalina memaklumkan dirinya kini telah pun disahkan hamil anak pertama.
Menurut Nuramalina, dia sebenarnya berasa agak sebak sewaktu mula-mula mengetahui mengenai kehamilannya itu kerana sebelum ini dia pernah disahkan mengidap Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang merupakan sejenis masalah kesihatan yang melibatkan kesuburan.
“Thank you so much for the wishes! Alhamdulillah segala pujian bagi Allah. Just wanna share my experience before saya disahkan mengandung. I was diagnosed with Polycystic ovary syndrome (PCOS).
“Ia adalah sejenis health condition dimana saya tak tahu bila waktu subur saya dan saya berkemungkinan tidak boleh mengandung.
“Masa saya dapat tahu benda ni, i was really sad and i dont feel the same dah. Bila tengok orang lain preggy and tengok baby rasa sebak. Especially bila baca kes pasal pcos, ada yang berjaya and ada yang tidak berjaya. Semuanya 50-50,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nuramalina yang juga merupakan seorang model itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nuramalina turut mendedahkan dia berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang menerima segala kelebihan dan kekurangan dirinya.
“And apa yang merisaukan saya adalah sama ada pasangan saya boleh terima saya seadanya atau tidak. Alhamdulillah, saya jumpa lelaki yang sanggup terima saya dan keadaan kesihatan saya.
“We discussed and dia cakap it’s okay kita boleh amik anak angkat kalau saya tak boleh pregnant. Kami redha. Sejujurnya, saya sangat bersyukur menikahi dengan lelaki itu.
“Dapat berjumpa dengan orang yang baik dan ingin menua bersama hingga akhir hayat sudah lebih dari cukup. Thank you @harithzazman,” luahnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Nuramalina memberi tahu, dia dan suami menzahirkan rasa syukur ke handrat Illahi kerana memberikan mereka kesempatan untuk merasai nikmat untuk menimang cahaya mata.
“Lepas dapat berita ni, kami bersyukur ke hadrat ilahi. Terima kasih ya Allah kerana menghidupkan nyawa di dalam kandungan ini.
“Tidak pernah saya sangka saya dapat peluang ini. Moga cahaya pertama ini menjadi yg baik buat orang2 kelilingnya. Amin,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan doa semoga Nuramalina dan kandungannya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Congrats Lee. InshaAllah semua dipermudahkan.
“Alhamdulillah, congrats both of you. Take care okay dear preggy mommy.
“Alhamdulillah selamat Lee. Sehat-sehat selalu.
“Waaa congratss Lee. Smoga dipermudahkan segala urusan Lee,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Harith baru sahaja melancarkan lagu terbarunya yang berjudul Shut Up.
Malah, Harith juga turut mengumumkan mengenai kehamilan isterinya itu menerusi klip video lagu tersebut yag dimuat naik pada Jumaat.
Sekadar informasi, Harith dan Nuramalina telah pun mendirkan rumah tangga mereka pada tanggal 28 Ogos yang lalu.
Sumber: Instagram Nuramalina Ghakashah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Tasha Manshahar yang dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya awal pagi tadi di Andorra Women And Children Hospital, Seri Kembangan.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga merupakan penyanyi serta bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut Raqib, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi lelaki itu telah pun dipermudahkan.
“Alhamdulillah, Allahuakbar. Isteri tercinta saya @tashamanshahar selamat melahirkan putera kami yang kedua siang tadi.
“Terima kasih ALLAH mengurniakan seorang lagi hulubalang untuk dedi dan momi yang akan berjasa pada keluarga, agama dan bangsa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Raqib turut memanjatkan doa semoga anaknya itu menjadi insan yang berguna buat keluarga dan masyarakat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Raqib dan Tasha.
“Alhamdulillah, tahniah Raqib dan isteri.
“Tahniah sheikh dan Tasha. Semoga menjadi anak soleh.
“Tahniah both of you.
“Tahniah, muammar dapat abang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 September 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung, Muammar Rafiqi yang kini baru berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram Raqib Majid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fasha Sandha tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut mengenai imej tular beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya tidak berhijab.