Selepas beberapa bulan menunggu, nampaknya impian pemain drum kumpulan Caliph Buskers, Fendy untuk memiliki rumahnya sendiri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Fendy memaklumkan dirinya baru sahaja berkesempatan melawat rumah yang bakal didiaminya itu baru-baru ini.

“Semuanya Dalam Keadaan Baik, Terima Kasih…,” – Melawat Rumah PPR, Fendy Caliph Buskers Hargai Jasa Tan Sri Annuar Musa

Jelas Fendy, dia sememangnya amat berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut yang disifatkan amat cantik dan selesa.

“Alhamdulillah, baru sahaja pergi tengok rumah, semuanya dalam keadaan baik. Terima kasih Tan seri Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

IKLAN

“Semuanya Dalam Keadaan Baik, Terima Kasih…,” – Melawat Rumah PPR, Fendy Caliph Buskers Hargai Jasa Tan Sri Annuar Musa

Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang anak ini turut merakamkan ucapan penghargaannya buat bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kerana telah pun merialisasikan impiannya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar segala urusan Fendy sekelurga akan sentiasa dipermudahkan selepas ini.

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan.

IKLAN

“Alhamdulillah, bersih nampaknya rumah.

“Alhamdulillah, terbaik saudara, antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Semuanya Dalam Keadaan Baik, Terima Kasih…,” – Melawat Rumah PPR, Fendy Caliph Buskers Hargai Jasa Tan Sri Annuar Musa

Sebelum ini, kisah kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh Fendy sekeluarga sewaktu pandemik Covid-19 ini telah pun mendapat perhatian ramai termasuklah daripada Menteri Wanita dan Keluarga, Rina Harun, Timbalan Menteri Belia & Sukan, Wan Ahmad Fayhsal dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, bakal mengadakan showcase secara maya buat pertama kalinya pada pada 21 Ogos ini.

Memetik laporan Kosmo Online, selain sokongan daripada pemuzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Fendy turut mendapat bantuan daripada Tempatan Fest, VillaPria Studio dan Photoclique Photography menjayakan persembahan solo tersebut.

“Semuanya Dalam Keadaan Baik, Terima Kasih…,” – Melawat Rumah PPR, Fendy Caliph Buskers Hargai Jasa Tan Sri Annuar Musa

Peminat boleh membeli tiket berharga RM10 tidak termasuk caj perkhidmatan di laman web berkaitan.

Sumber: Instagram Fendy Caliph Buskers

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI