Seperti tahun lalu, tahun ini juga World Quran Hour akan diadakan pada tanggal 9 Zulhijah 1438H bersamaan 31 Ogos ini bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Jika tahun lalu pelakon, Rosyam Nor telah berjalan kaki melalui Walk for World#QuranHour, acara berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer (km) dari Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (UIAM) Gombak untuk tujuan promosi.

Tahun ini pula pelakon dan moderator ini bakal memanjat Menara Kuala Lumpur yang mempunyai kira-kira 2,200 anak tangga dan akan disertai seramai 14 orang individu. Misi itu akan diadakan pada 21 Ogos ini, bermula jam 10.30 pagi.

Ads

Menurut Rosyam, senarai lengkap individu yang akan turut serta tidak dapat diumumkan lagi kerana masih menunggu jawapan terutama daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Saleeh Said Keruak dan beberapa individu kenamaan lain.

Rosyam berkata, pendekatan itu diambil sebagai salah satu mesej untuk memberitahu masyarakat terdapat satu lagi acara penting yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini, selain sambutan hari kemerdekaan negara ke-60.

Ads

“Sinergi antara tema sambutan hari kemerdekaan tahun ini dan tema #QuranHour kali ini amat baik sekali.

 

“Ini kerana, konsep pemikiran dalam kalangan masyarakat terutama muhibah sudah semakin hilang, sehati sejiwa tidak disemarakkan sebagaimana zaman 1970-an, sudah tiada berbudi dan penyayang seperti dulu, sebab itu kita bawa konsep ini bersama agar dapat membuka minda masyarakat Malaysia,” katanya.

Menurutnya, kempen Merdeka #QuranHour juga adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa kemerdekaan bukan hanya sekadar menyambut hari merdeka, tetapi perlu memahami konsepnya.

“Dari segi konsep kemasyarakatan, muhibah dan silaturahim, elemen itu amat penting dalam membangunkan Malaysia.

 

“Melalui kempen ini, kita angkat al-Quran sebagai simbol, lambang kekuatan kepada masyarakat Islam yang kita akui sudah luntur akhlak, dan kalau kita ingin kembali kepada akhlak, al-Quran tempatnya.

 

“Sebab itu, kempen ini bukan hanya tertumpu di Malaysia, bahkan diperluaskan ke seluruh dunia,” katanya.

Rosyam juga sempat berkongsi pengalamannya terlibat secara langsung dalam kempen #QuranHour dan dia menganggap penglibatannya adalah sebagai khidmat masyarakat dalam bentuk keagamaan.

Ads

“Saya adalah pendosa yang ingin ke syurga. Dalam usia sebegini, hati mulai terdetik, apa sumbangan daripada seorang insan yang bernama Rosyam ini?

 

“Apakah nasib selepas ini? Alhamdulillah, selepas penglibatan dengan program-program kerohanian ini, karier seni bertambah baik, malah kelompok peminat semakin berkembang,” katanya.

Marilah kita sama-sama memeriahkan majlis World Quran Hour yang bakal diadakan nanti.

Sumber: Sinar Harian / Salwani MD Zain

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI