Sebentar tadi, pelakon cantik Anzalna Nasir ada memuat naik sebuah video menerusi Instagram yang menyaksikan dirinya sedang ditatarias dengan penampilan ayu berhijab.

Serentak dengan muat naik tersebut, pelakon drama Dendam Aurora itu turut menulis kapsyen berikut;

“Great team to work with! Alhamdulillah… Semoga sis berhijab tak lama lagi. Amin…,” tulisnya sambil disusuli dengan nama skuad cantiknya pada sesi penggambaran untuk suatu jenama tersebut.

https://www.instagram.com/p/BgOA0DknBEF/?hl=en&taken-by=anzalnanasir88

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat buat pelakon tersebut untuk teruskan niat untuk berhijab.

IKLAN

Malah ada yang memberikan pandangan Anzalna lebih tampak manis dan sopan andai terus kekal dengan penampilan sedemikian. Tapi memang Anzalna ni tampak lebih sopan, ayu bila mengenakan tudung kan?

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI