Pelakon Mardiana Alwi telah pun selamat melahirkan bayi lelaki pada 22 Jun lalu. Perkogsian tersebut dibuat pelakon ini menerusi Instagram beberapa jam lalu. Katanya, bayi seberat 3.53 kilogram itu dilahirkan pada Jumaat, 8 Syawal pada jam 4.08 pagi.

Pada masa sama, pelakon drama rantaian, Tuan Ihsan ini turut memanjatkan rasa syukur kerana cahaya mata sulungnya itu berada dalam keadaan sihat.

IKLAN

“Saya telah selamat melahirkan putera sulung kami secara normal dengan berat bayi 3.53kg. Alhamdulillah saya dan anak sihat. Semoga putera sulung kami ini menjadi anak yang soleh.

 

“Terima kasih kepada semua yg mendoakan, saya sangat menghargai. I’m officially a MOTHER,” tulisnya sambil memberitahu, ia merupakan suatu rezeki dan nikmat terindah.

“Semoga Putera Sulung Kami Menjadi Anak Yang Soleh,” – Mardiana Alwi Kini Bergelar Ibu

IKLAN
IKLAN

Mardiana yang sebelum ini turut aktif di pentas teater telah pun mendirikan rumah tangga dengan Abdul Aziz yang merupakan seorang jurutera pada 21 November 2015 lalu. Tahniah dari kami!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI