“Semoga Lebih Indah BersamaNya Di Sana,” – Awi Rafael Maklum Penghidap Kanser Tulang, Adik Shafuan Telah Pergi Mengadap Illahi

Share

Awal semalam, penyanyi Awi Rafael ada memaklumkan adik Shafuan, penghidap kanser tulang yang pernah dilawatnya telah pun pergi mengadap Illahi.

Berita sedih tersebut dikongsian Awi menerusi Instagram.

“Adik Shafuan, selamat tinggal. Semoga Allah melindungi kamu #innalillahiwainnailaihirojiun.

“Kami dah cuba buat yg terbaik, semoga Kamu lebih indah bersamaNya disana. Itu yg terindah… kpd kawan2 yg nk menderma kpd ibu bapanya.. DM awi ok,” tulisnya.

Lalu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai, termasuk rakan selebriti yang turut sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

Awi sebelum ini ada berkongsi mengenai penderitaan yang dihadapi Allahyarham dan turut membantu bagi meringankan beban.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 20 tahun. Salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Foto: Instagram Awi Rafael

IKLAN