Penyanyi dan pelakon Safura Ya’kob mengakui begitu rindukan anak perempuannya, Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada tanggal 12 September 2011 ketika berusia tiga tahun.

Ucapan tersebut dibuat sebagai memperingati tarikh hari lahir Allahyarham anaknya itu yang jatuh pada 23 Ogos 2018 (semalam)

IKLAN

“23hb ogos 2008 lahir nye anak syurga ku kedunia 3thn menanti kehadiran mu. Dan 3thn shj Allah pinjamkan kamu utk membahagiakan kami sekeluarga. Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik2 perancang. Kami Redha dlm ketentuan mu ya Rabb. Semoga Allah pertemukan kita nanti dlm jannah Allah yg sudah tentu pasti. Mama rindu Al-fatihah,” tulisnya.

Penyanyi lagu Sedalam Mana Cintamu itu memberi tahu, walau pun hanya sempat bersama anaknya itu selama tiga tahun, dia tetap redha dengan segala ketentuan yang maha Esa.

Tambah Safura, dia juga berharap agar dapat dipertemukan semula bersama anaknya itu di syurga Allah kelak.

IKLAN

Terdahulu, Mariam dilap[orkan meninggal dunia semasa berusia tiga tahun disebabkan demam yang berpanjangan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Hulu Kelang.

Moga Safura dan seisi keluarganya tabah menghadapi ujian ini dan semoga Maryam ditempat bersama anak-anak syurga.

IKLAN

Al-Fatihah.

Foto: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI