Teka-teki mengenai status hubungan diantara penyanyi, Shila Amzah dan pempengaruh, Ubai akhirnya terjawab.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Shila memaklumkan dirinya telah selamat bertunang dengan Ubai dalam sebuah majlis yang diadakan secara ringkas tapi penuh makna.
Rupa-rupanya hubungan diantara Shila dan Ubai tidak mengalami sebarang masalah seperti yang didakwa segelintir pihak sebaliknya mereka kini sudah bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa baharu.
“Alhamdulillah, terima kasih buat semua kawan-kawan yang tolong kita orang settle majlis ni.
“Ubai dan saya memang mahukan majlis pertunangan yang ringkas tapi intim. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini juga turut berharap agar semua dapat mendoakan semoga hubungannya bersama Ubai akan dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin.
Ads
“Terlebih terkurang dari pihak keluarga Sha, kami minta maaf ya dan yang terakhir, terima Kasih buat semua yang mendoakan kami.
“Semoga kami kuat menghadapi segala Apa yang mendatang,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Shila dan Ubai.
“Aww babe, happy for you.
Ads
“Tahniah Sha. Saya gembira untuk awak.
“Alhamdulillah. Tahniah Sha dan Ubai. Semoga dipermudahkan untuk langkah seterusnya.
“Tahniah, Semoga semuanya berjalan lancar buat kalian.
“Dah agak dah. So happy for you,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Ads
Terdahulu, hubungan cinta diantara Shila dan Ubai dikatakan mula berputik sekitar setahun yang lalu.
Sekadar informasi, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 namun memutskan untuk bercerai pada February 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shahila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Pada pendapat saya, hidayah itu milik Allah SWT. Kita tak boleh hukum hati atau niat seseorang.”
Demikian pendapat yang diberikan Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB), Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan susulan isu ada di antara golongan selebriti dan pempengaruh (influencer) yang rancak merakam aktiviti ketika melakukan umrah sehingga menimbulkan persepsi pelbagai di kalangan netizen.
Menurut Muhammad Mursyid, beliau tidak melihat apa-apa yang tidak baik sekiranya seseorang yang terkenal berkongsikan perkara positif yang boleh menarik minat pengikut (followers) untuk berbuat perkara sama.
“Sekiranya dia tangkap foto dan kongsi di media sosial kita kata dia menunjuk, riak dan sebagainya, tidak boleh jatuh hukum pada dia. Islam minta kita untuk ‘judge’ apa yang kita nampak.
“Sebab kita tak tahu mungkin ada yang melihat keindahan foto yang dikongsikan ketika itu mampu membuatkan ada yang nak pergi ke sana untuk tujuan sama (umrah). Tidakkah ia memberi satu hal yang baik kepada mereka yang tengok posting berkenaan?
“Begitulah juga sebaliknya. Kalau yang dikongsikan tidak baik, kita pun perlulah pandai untuk bezakan. Namun bila dia sudah melakukan kebaikan, apa salahnya untuk kita mendoakan yang baik-baik. Doakan hidayah untuknya.
“Bagaimana pun saya percaya ia satu trend (perkongsian foto dari individu terkenal di media sosal jadi ikutan). Macam contoh dia lakukan ibadat, kita kata tak sah sebab dia influencer, tak boleh begitu.
“Mungkin atas asbab video atau foto yang dikongsikan mereka, mampu memberikan hidayah kepada orang lain, InsyaaAllah. Dalam hal ini, saya lebih menyokong agar buatlah benda-benda yang baik. Paling penting istighfar, supaya tiada anasir (syaitan) tak kacau,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar, baru-baru ini.
Pihaknya yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), mengambil berat maklum balas dan keselesaan pelanggan.
Ia sekaligus menjadi antara faktor utama syarikat berkenaan yang kini sukses membina keyakinan pelanggan sehingga bertahan selama 10 tahun.
“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan ketika berada di Tanah Suci. Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius.
“Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami. Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.
“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah,” katanya yang pernah meraih anugerah IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 20222 di bawah jenama Mursyid Alharamain.
Mengulas mengenai cabaran, Muhammad Mursyid tidak menafikan fasa pandemik COVID-19 menjadi ujian paling besar memandangkan dia dan isteri, Hajah Intan Fairuz Ramli tekad mengekalkan semua kakitangan dalam tempoh tersebut.
“Masa tu kami fikir ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga dan kakitangan kami ini kami anggap sebahagian daripada keluarga. Alhamdulillah Allah ‘lorongkan’ untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd ketika itu,” katanya lagi.
Bercerita mengenai perancangan pihaknya bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort selepas ini.
“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharamain.
“Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam,” katanya yang turut mengumumkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 penubuhan MATTSB.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya suka Malaysia dan sudah beberapa kali datang sebelum ini. Gembira bila dapat berada di sini sekali lagi, cuacanya pun bagus.”
Demikian dedikasi yang dikongsikan penyanyi antara bangsa, Lenka, 44, yang kini berada Malaysia bagi menjayakan konsert sulungnya, malam ini.
Bintang asal Australia itu juga menambah, dia terharu atas sokongan para peminatnya di negara ini selain mengakui menggemari beberapa menu popular tempatan, antaranya laksa dan nasi lemak.
“Saya sukakan penduduk di sini, mereka sangat peramah dan sudah semestinya makanan juga. Best food in the world.
“Antara yang paling saya gemar di sini ialah laksa dan nasi lemak. Ya, saya suka makanan pedas,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai persembahannya di Lenka Live in KL yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur malam ini, penyanyi yang sinonim menerusi lagu The Show ini bakal menyanyikan 16 buah lagi hitsnya.
Ia termasuk lagu-lagu yang dipetik daripada dua EP terbaharu iaitu Discover dan Recover.
Lenka juga akan menyapa peminatnya menerusi lagu-lagu popularnya seperti What Goes Up, On My Side serta dua hit terkenalnya, Trouble Is A Friend and The Show.
“Saya tidak pasti mengenai tempoh persembahan kerana sudah tentu saya akan beriteraksi dengan penonton sambil membuat persembahan. Ia mungkin akan masa kurang dari dua jam.
“Akan ada kejutan dan untuk persembahan ini, semuanya mengenai diri saya. Sudah pasti saya teruja untuk bertemu dengan peminat-peminat saya di Kuala Lumpur.
“Malah saya akan menyanyikan lagu-lagu yang kebanyakan peminat sedia tahu dan serasi. Akan ada lagu-lagu yang sudah lama saya tidak nyanyikan selain seleksi lagu baharu,” ujarnya lagi.
Sementara itu, penganjur konsert Lenka Live in KL, Push Play yang diwakili Nika yakin dengan sambutan saat akhir dari peminat penyanyi wanita itu pada malam ini.
“Lenka akan membawa kita mengimbau semula memori kita suatu ketika dahulu dan penjualan tiket untuk pengunjung saat akhir masih dibuka sebelum bermulanya konsert pada malam ini,” tambahnya.
Tiket Lenka dijual dalam beberapa kategori iaitu RM189 (Standing Zone), RM239 (Upper Seated Zone) dan RM3,800 (VIP Box) dan tiket boleh dibuat melalui www.myticket.asia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kehadiran kumpulan popular British, Coldplay yang bakal mengadakan konsert sulung mereka di Kuala Lumpur pada 22 November depan ternyata mengujakan peminat setia band tersebut.
Namun, dalam pada kumpulan itu dialu-alukan untuk berkunjung ke sini, terdapat segelintir pihak tidak bersetuju serta meminta kerajaan untuk membantah konsert tersebut daripada diteruskan.
Mengulas mengenai isu tersebut, komposer dan bekas ahli kumpulan VE iaitu Damian Mikhail mempunyai pendapatnya yang tersendiri.
Menurut Damian, hal berkaitan muzik dan hiburan tidak sepatutnya dijadikan sebagai ‘senjata’ politik oleh mana-mana pihak.
Sebaliknya, Damian meminta pihak-pihak berkaitan agar tidak mengambil tahu mana-mana penganjuran konsert sekiranya merasakan ia tidak patut diadakan di Malaysia.
“Haish.. muzik dan hiburan pun nak dipolitikkan. Ni lah masalahnya politikus-politikus yang suka tunggang agama.
“Tiada masalah pun konsert diadakan di Malaysia. Kalau ada yang terpaling suci dan Islam yang rasa ia haram, jangan pergi, jangan ambil tahu.
“Sama sahaja macam daging babi, dah tahu haram, toksah (jangan) makan. Yang itu boleh pula lebai bertoleransi.
“Kita negara berbilang kaum dan agama,” tulis Damian dalam ruangan kapsyen menerusi salah satu entri di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian itu juga, Damian mengingatkan sebagai umat Islam, seseorang itu haruslah sentiasa bersederhana dan tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara.
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.