Seperti umum mengetahui, pelakon jelita Nad Zainal kini sedang sarat hamil anak kedua dan sedang meniti hari untuk menimang cahaya mata.
Di samping berkongsi foto ketika sedang menjalani pengambaran untuk satu jenama, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin ada memaklumkan cahaya mata keduanya itu dijangka bakal bersalin lagi 2 minggu.
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein menzahirkan rasa syukur apabila single terbarunya, Dusta Cinta mendapat reaksi positif pencinta muzik.
Elly, 40, yang selesa disapa Kak Lina juga tidak menyangka ramai yang suka terhadap bait lirik bahasa Korea yang diselitkan dalam salah satu ‘verse’ lagu ciptaan Aina Abdul itu.
“Alhamdulillah, tidak menjangka lagu ini mendapat respons yang begitu baik daripada peminat, lebih-lebih satu ‘verse’ bahasa Korea dalam lagu ini.
“Saya dan syarikat rakaman bersepakat untuk menyelitkan bahasa Korea dalam lagu ini kerana melihat kepada fenomena masyarakat Malaysia yang menyukai drama dan lagu Korea.
“Malah saya juga peminat Korea. Jadi, tak salah rasanya kita bawakan sedikit pembaharuan yang baik dan sentuhan berbeza untuk single terbaharu ini,” katanya.
Hos program Borak Kelamin ini juga menambah, peminat turut tidak sabar untuk melihatnya membuat persembahan menyanyikan lagu berkenaan secara langsung.
“Disebabkan lirik lagu ini diselitkan bahasa Korea, saya menerima pelbagai mesej daripada orang ramai yang tak sabar nak lihat saya nyanyikannya secara langsung.
“Saya bersyukur ketika proses rakaman, Aina dan Life Records banyak membantu untuk memastikan sebutan bahasa Korea dibuat dengan betul.
“Aina ada bertanya dengan sahabatnya yang menetap di Korea ketika itu. Begitu juga dengan Life Records yang sentiasa memastikan sebutan bahasa Korea dirakam dengan tepat.
“Terharu apabila ia mendapat perhatian sementelah saya sendiri sudah lama tidak merakam lagu. Harapnya ia menjadi siulan ramai, insya-Allah” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat kakak kepada usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila, 36, yang telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, kira kira jam 10.02 pagi tadi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan berwalikan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor sebagai wakil.
Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan.
Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan sementara dekorasi dan pelamin direka cantik Rekateemor.
“Alhamdulillah semuanya berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja. Kita buat yang wajib saja selain bersederhana.
“Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini,” kata Nabila.
Nabila turut menafikan desas desus yang mereka mengikat tali pertunangan seperti digembar gemburkan sebelum ini.
“Memang kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.
“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah sama sama berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,” katanya.
Mengenai suami, Nabila menyifatkan hubungan antara mereka mekar tanpa diduga.
“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.
“InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya.
Terdahulu pasangan berkenaan sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila timbul gosip mengaitkan mereka kononnya sedang menjalinkan hubungan cinta.
Pasangan berkenaan juga masing-masing berkongsi gambar aktiviti berbasikal bersama teman lain melalui paparan foto dalam laman sosial.
Lebih hangat, apabila foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular dan diperkatakan ramai baru baru ini.
Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.
Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Dia sebelum ini juga pernah berkahwin dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.
Foto: Insta Story Neelofa, Ameera Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert Digital Jelajah Suria sudah pun melabuhkan tirai, malam tadi. Meksi dilangsungkan secara digital buat kali pertama, namun kehangatannya masih lagi sama.
Pelbagai hal menarik telah berlaku sepanjang konsert berlangsung.
Nah, dia corat-coret Konsert Digital Jelajah Suria yang menarik untuk kami dikongsikan. Check it out!
Persembahan pembukaan oleh penyampai radio Fizi Ali, Ajak dan Issey menyampaikan sebuah lagu berjudul Yang Remeh Temeh. Memang kelakar habis!
Dj Lin jadi tumpuan penonton apabila dilihat turut menyampaikan sebuah lagu berjudul, Kasih yang pernah dipopularkan penyanyi Hetty Koes Endang. Meletup show Dj Lin okay!
Penyanyi yang popular dengan lagu Teman, Iman Troye telah membuat persembahan yang bertenaga, mengenakan persalinan rona merah jambu. Stailo habis!
Jangan tidak tahu, penyanyi Dayang Nurfaizah turut memeriahkan Konsert Digital Jelajah Suria dan telah menyampaikan dua buah lagu yang berjudul Lelaki Teragung dan Malam Ku Bermimpi.
Misha Omar mempersembahkan lagu Tanpa Rela dan Setiaku Disini nyanyian asal Ziana Zain. Ya! Vokal yang mantap Misha nyata memukau penonton yang menonton di skrin digital masing-masing.
Manakala persembahan penutup dihangatkan lagi dengan persembahan Datuk Awie menerusi lagu Peronda Jaket Biru dan Sejati.
Konsert Digital Jelajah Suria telah diadakan di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor tanpa kehadiran penonton bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Bagi yang terlepas untuk menyaksikan Konsert Digital Jelajah Suria, anda boleh menyaksikan kembali di laman rasmi YouTube Suria TV.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.