Lalu, gelagat dan tanggungjawab terhadap si suami meski si isteri sedang sarat berbadan dua nyata membuatkan netizen terhibur seterusnya mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini.
Untuk rekod, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khyra Khalyssa, 8 dan Mohamed Haqaish, 6 tahun menerusi perkahwinan terdahulu.
Video : Instagram Dynas Mokthar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan berbanding dua kakaknya iaitu Uqasa dan Nelydia, Raysha Rizrose diakui agak jarang berkongsi mengenai teman lelakinya, Nabil Jeffri.
Bagaimanapun, pemenang Dewi Remaja selepas Neelofa ini cukup senang andai ditanya rakan media mengenai gerangan lelaki yang bertakhta di hatinya kini.
Raysha menjelaskan, dia sudah mengenali kekasihnya itu lebih enam tahun lalu, iaitu sejak dia terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja lagi.
“Kami kenal sudah lama, sekitar lima ke enam tahun. Malah sebelum saya sertai Dewi Remaja lagi. Senang bersama dengannya kerana dia seorang yang memahami dan punya visi untuk berjaya.
“Soal kahwin atau melangkah ke suatu fasa serius, kami masih belum terfikir lagi sebab masing-masing tengah nak kejar cita-cita. Lagi pula, biarlah kakak saya yang selesai (berkahwin) dulu,” katanya.
Terdahulu, Nabil Jeffri atau nama sebenarnya, Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri merupakan seorang pelumba kereta profesional negara dan terkini dia merupakan seorang wakilan kepada jenama Mercedes-AMG.
Kreatif sungguh pasangan selebriti popular ini. Jenuh MH nak kena tekan link Instagram banyak kali untuk lihat romantisnya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.
Sekeping gambar Wawa memegang bunga yang diberi tangan seseorang.
Tulisnya, jika nak tahu siapa empunya tangan boleh tekan link.
Walaupun sudah maklum tangan itu empunya sang suami, Aeril Zafrel, namun netizen tetap tekan link untuk melihat reaksi pada wajah lelaki itu.
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.