Selepas memaklumkan mengenai pembatalan tarikh nikah, pelakon jelita, Mimi Lana telah memuat naik satu hantaran terkini di laman Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin telah menitipkan doa dan memohon pengharapan kepada Allah SWT.

Hasil pemerhatian MH, doa tersebut turut didedikasikan kepada tunangnya yang juga merupakan pelakon terkenal, Syafiq Kyle.

Menurut Mimi, dia berharap agar ujian yang sedang dilaluinya ketika ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

“Semoga Allah merahmati saya dan dia (Syafiq Kyle) dan permudahkan segalanya. Semoga Allah mengizinkan kami untuk melalui ujian kesabaran ini dan menjadikan kami muslim yang lebih baik.

“Semoga segala halangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang akan mengajar kami seiring waktu.

“Semoga apa yang saya dan dia percaya akan menjadi perkara buruk di alam realiti akan menjadi menjadi yang terbaik buat kami di dunia dan akhirat,” tulisnya.

“Semoga Allah Merahmati Saya & Dia…,”-Anggap Air Mata Sebagai Penghapus Dosa, Doa Mimi Lana Buat Ramai Sebak

IKLAN

Sementara itu, pelakon filem Pusaka ini turut berharap agar dirinya sentiasa dikurniakan kekuatan untuk menempuh setiap cabaran yang mendatang.

“Semoga Allah mengurniakan kami kekuatan dan ketabahan untuk terus bertahan. Semoga saya dan dia dikelilingi perkara positif dan orang-orang yang mempunyai niat yang baik di dalam hatinya.

“Semoga titisan air mata ini sebagai penghapus dosa dan segala doa kami dimakbulkan dan didengari. Semoga saya dan dia sentiasa tersenyum,” pintanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Mimi.

IKLAN

“Kakak love you sayang. Always here for you. Stay strong. Peluk cium,” komen pelakon, Nur Fazura.

“Love you sayang,” kata pelakon dan penyanyi, Azira Syafinaz.

“Amin Ya Rabbal Alamin. Sending you hugs and kisses,” balas pelakon, Eyka Farhana.

“Semoga Allah permudahkan segalanya. Dia tahu yang terbaik,” kata pelakon, Ika Nabella.

IKLAN

“Semoga Allah Merahmati Saya & Dia…,”-Anggap Air Mata Sebagai Penghapus Dosa, Doa Mimi Lana Buat Ramai Sebak

Terdahulu, pengurus Mimi, Iman Tang mengesahkan majlis pernikahan pelakon tinggi lampai itu bersama Syafiq serta resepsi yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang sudah dibatalkan seperti yang ditularkan.

Iman berkata, pembatalan majlis itu dimaklumkan sendiri Mimi pada dua hari yang lalu.

Bagaimanapun, Iman menafikan pembatalan tersebut berpunca daripada masalah peribadi sebaliknya disebabkan jadual kerja yang bertindih.

Sekadar info, pasangan ini dikhabarkan telah melangsungkan majlis pertunangan pada tanggal 21 Januari lalu.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mimi Lana

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI