“Semenjak Dah Dapat Kaki, Aafiyah Asyik Nak Jalan Tak Berhenti,”- Siti Nurhaliza Kongsi Momen Si Puteri, Comel!

Share

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Apa yang menarik perhatian, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan itu kelihatan sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya, Aafiyah.

“Semenjak dah dapat kaki ni.. aafiyah asik nak jalan tak berhenti .. Bila stop je dia marah.. layankan je la anak dara sorang ni .. jubah @creacionbysitinurhaliza tudung @galeriariani”tulisnya.

Kongsi Tok Ti, anaknya yang kini berusia 1 tahun lebih itu sudah pandai berjalan malah semakin hari semakin aktif bergerak.

Di samping itu, peminat juga turut berasa gembira dan teruja dengan perkongsian penyanyi berusia 40 tahun itu.

Alahai, bukan main comel lagi Aafiyah bila dah pandai berjalan sampai tak nak berhenti kata Tok Ti. Comel sangat!

Foto : Instagram Siti Nurhaliza

IKLAN