Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob ada memuat naik beberapa keping foto perbualan bersama arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.
Menerusi perbualan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) itu, Fazley mendedahkan hampir setiap jam dia akan menghantar teks ketika arwah bapanya masih hidup.
Jelas penyanyi lagu Asmara Ini lagi, dia juga amat merindui kenangan bersama bapa tersayang.
“Kadang2 apabila rindu saya tengok balik SMS dari arwah bapak, semasa dia masih hidup hampir setiap jam saya SMS arwah bapak, update tentang pergerakan saya atau apa2 berkenaan kerja.
Ads
“Walau pun ada masanya dia lambat membalas, tapi tetap terasa kasih sayang seorang bapak terhadap anaknya.
“Saya dipanggil Paji atau Gee oleh arwah Bapak dan ibu saya.
Ads
“I miss you Bapak!(Alfatehah: Datuk Hj Yaakob Mohammad),” tulisnya.
Ads
Sekadar informasi, arwah bapa Fazley dilaporkan meninggal dunia pada 8 Februari 2016 akibat komplikasi paru-paru.
Foto: Instagram Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, satu rakaman video yang memaparkan pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang sedang merakam video bersama suaminya, Wan Emir menjadi perhatian di media sosial.
Ini kerana, menerusi rakaman video tersebut, Mira adamemanggil manja suaminya dengan panggilan mesra ‘Bubu’.
Lantas, rakaman video yang berdurasi 18 saat itu dikongsi seterusnya menerusi reaksi pelbagai di kalangan para peminat.
“Woiii! Mira filzah panggil husband dia “Bubu” korang panggil partner korang ape erk ? Aku ingat panggil kucing ke apa td,” tulisnya seorang pengguna media sosial Twitter.
Meninjau ke ruangan komen ciapan berkenaan, para peminat turut memuji kemesraan pengacara rancangan Nona itu bersama dengan suaminya itu.
Imbas kembali, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir dengan sekali lafaz pada 3 September lalu.
Video: Twitter Nieshrashidie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hari Jumaat yang penuh barakah, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian komposer, Ruslan Mamat.
Berita sedih tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi, Mas Idayu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut Mas, Ruslan merupakan antara watak peting serta individu yang bertanggungjawab mencipta namanya dipersada industri seni tanah air.
“Innalillahiwainnaillahirojiun, salam semua sahabat, di pagi Jumaat yang baraqah ini, saya ambil kesempatan untuk mgucapkan takziah atas keluarga Allahyarham Ruslan Mamat, seorang yang berjaya mencipta nama saya hingga di kenali di persada seni suara.
“Memang sebelum beliau saya cuba mencipta nama bersama composer terdahulu, tetapi nasib tidak menyebelahi saya. Akhirnya beliau melamar saya untuk menjadi artis rakaman Warner Music Malaysia. Nama saya di kenali kerana beliau.
“Seorang composer yang mudah berkerja, mudah memahami kehendak artis , diberitahu rakan seperjuangan @amelinaamirsharipuddin hampir jam 2 pagi. Kami berdua tak tahu nak berbuat apa, sedih, kami memikirkan macam mana nak tengok, serta melawat keluarga jenazah dalam keadaan bumi Malaysia yang berwabak sekarang ini,” tulisnya.
Jelas juri program Lagu Cinta Kita itu lagi, dia dan seorang lagi rakan artis, Amelina Amir mengakui berasa agak ralat kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi arwah buat kali yang terkahir memandangkan negara masih lagi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP)
Bagaimanapun, dua penyanyi dangdut ini tetap menitipkan doa dari jauh berharap semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
“Saya menasihatkan Amelina, yang termampu kita lakukan sekarang adalah, solat berdoa dan sedekahkan zikir untuk arwah, kerana memang nak dapatkan surat jam dua pagi tak mungkin terjadi. Amelina juga minta saya ws atau call isteri arwah untuk ucapan takziah, sudah saya lakukan. Dengan bervoice note sahaja. Saya tak mahu menambah kesedihan keluarga arwah.
“Abang Lan, di Jumaat yang baraqah ini semoga abang tenang di sana. Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga arwah. AL-FATIHAH,” kongsinya lagi.
Sementara itu, menerusi sebuah lagi entri, Amelina turut memberikan penghormatannya yang terakhir menerusi akaun Instagram miliknya.
Jelas Amelina, arwah Ruslan merupakan komposer dan pencipta lagu Asyik yang telah melinjakkan namanya sehingga sekarang.
Malah, Bintang Gegar Vaganza musim ke-5 itu turut menyifatkan dia tidak akan pernah melupakan segala jasa dan bakti arwah terhadap dirinya.
“Al-fatihah buat allahyarham Ruslan Mamat (kiri) komposer serta pencipta lagu ASYIK yg membawa Kak Long ke persada seni tanah air.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di tempat yg mulia di sisiNYA. Takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham.
“Sesungguhnya jasamu dan kasih sayangmu tetap tersemat di sanubari kami semua,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut berdoa agar Allahyarham Ruslan ditempatkan dikalangan orang beriman.
Sumber: Instagram Mas Idayu & Amelina Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nabila Huda berkongsi rasa terhadap warkah yang telah ditulis anaknya, Keisha Laila, baru-baru ini.
Keisha,10, menerusi surat yang dititipkan khas buat ibunya itu antara lain mengharap dirinya pulang lebih awal selepas ini.
Lalu, Nabila mengakui terpaksa banyak berkorban demi kerjaya selain menyifatkan ada ketikanya dia merasakan seakan-akan tidak berjaya menjadi seorang ibu yang baik.
“A letter from my gorgeous daughter.. Neighbours maksud dia,my room kan next to her! So every night dia akan dengar neighbour dia ni gelak kuat-kuat before sleep!
“Haha..Actually bila abil baca surat ni, abil automatically jadi sedih sebab you know my job is not easy sebab MASA dalam hidup abil bersama family is never enough.
“Abil berkorban banyak benda demi kerjaya abil..And i am blessed to have her in my life sebab dia very supportive and sentiasa memahami yang mummy dia selalu tak cukup masa untuk buat benda lain dalam hidup.
“Kadang-kadang abil rasa abil failed as a mother sebab i’m always away..Always on set, less sleep, less time.
”That’s the hardest part being me..I really love you so much babykash,” tulisnya sambil berkongsi kiriman yang diberikan Keisha.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memahami situasi yang dialami Nabila dan seterusnya mendoakan yang terbaik buatnya sekeluarga.
Terdahulu, Nabila yang pernah memaklumkan mengalami keguguran bulan lalu mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015.
Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan cahaya mata, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak terlalu memikirkan segala kritikan yang diterimanya susulan perkongsian foto mesra bersama temannya yang dikenali sebagai Bern di media sosial, baru-baru ini.