Menghiburkan penonton dengan lagu baru berjudul Khayal,penyanyi Stacy Anam telah membuat persembahan di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 malam tadi.

Tampil dengan imej berseluar legging, isteri kepada Akim Ahmad ini menerima pelbagai kecaman dan kritikan mengenai pemakaiannya ketika beraksi.

Bagaimanapun,Stacy tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diinginkan berlaku kan?😂

“Tadi benda tu jadi pada saya. Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi x sangka pula bila perform atas stage dengan lighting,pergerakan dan macam2 benda jadi lain,” jelasnya.

Malah,Stacy merayu agar tidak memberikan komen yang keterlaluan kerana dia mempunyai harga diri.

“Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi tu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam line begini memang risiko kan.

“Confident ja menghibur orang dengan sehabis tenaga tapi lain pula jadinya.

IKLAN

“X boleh buat salah atau x sengaja. Silap ja habis dilabel wanita akhir zaman Astaghfirullahalazim…

“Ya lah orang yg komen hebat sebegitu memang x pernah buat salah kali mungkin tapi kasihanilah manusia yang dapat hari x best ni.

“Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut2 Manusia Penghukum ni saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga,” tulisnya.

Malah, anak kelahiran Sabah ini juga tidak mahu membabitkan keluarganya dalam hal sebegini.

“Jangan babit saya punya Darling ok guys.. Dia pun busy bekerja dan focus dalam kerja dia. Semua foul dan hal yg x kena pun semua dari saya saja tauu.

IKLAN

“Kadang rasa dah nak stop dalam line ni tapi belum ada rezeki masa yg sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini.

“Saya nasihatkan jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang x elok guys.

“Biarlah niat awal masing-masing tu kami tau kemana dan hanya di atas yang tau dan menentukannya.

“Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam2.

IKLAN

“Yang terus nak bawang ngumpat saya harap gigi anda makin jongang okayyy.

“Terima kasih kepada yang nampak effort performance saya tadi Thank you @teamsgs datang support tadi,” akhirinya.

View this post on Instagram

Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diinginkan berlaku kan?😂 Tadi benda tu jadi pada saya. Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi x sangka pula bila perform atas stage dengan lighting,pergerakan dan macam2 benda jadi lain.🤦🏻‍♀️ Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi tu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam line begini memang risiko kan. Confident ja menghibur orang dengan sehabis tenaga tapi lain pula jadinya😅 X boleh buat salah atau x sengaja. Silap ja habis dilabel wanita akhir zaman Astaghfirullahalazim… Ya lah orang yg komen hebat sebegitu memang x pernah buat salah kali mungkin tapi kasihanilah manusia yang dapat hari x best ni. Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut2 Manusia Penghukum ni saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga. Jangan babit saya punya Darling ok guys.. Dia pun busy bekerja dan focus dalam kerja dia. Semua foul dan hal yg x kena pun semua dari saya saja tauu. Kadang rasa dah nak stop dalam line ni tapi belum ada rezeki masa yg sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini. Saya nasihatkan jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang x elok guyss😂 Biarlah niat awal masing-masing tu kami tau kemana dan hanya di atas yang tau dan menentukannya. Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam2🙏🏻 Yang terus nak bawang ngumpat saya harap gigi anda makin jongang okayyy😝 Terima kasih kepada yang nampak effort performance saya tadi Thank you @teamsgs datang support tadi❤️dan Goodnight sekarang saya nak khayal terbang ke Bulan untuk lepas stress dulu. Love semua and Assalamualaikum…😊 #tidurnangissambildengarlagukhayal #ujiandandugaan #justbetrue

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam) on

Terdahulu, juara Akademi Fantasia  6 (AF) ini turut membuat persembahan bersama kumpulan Defam dengan lagu Medley Mi Gente dan Baby Boy.

Sejurus selesai persembahan, mereka mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari penonton di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Foto/Video :Instagram Stacy/Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI