Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini berhubung tuntutan faraid yang difailkannya pada 15 Julai lalu.

Nor Hidayah, 28, menjelaskan mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak melibatkan rumah, kereta, barang peribadi peninggalan arwah suaminya.

Katanya lagi, meskipun ibu mentuanya iaitu Sabariah Arshad tidak hadir pada prosiding yang berlangsung pada Khamis namun dia akan tetap menerima bahagiannya berdasarkan hukum yang sudah ditetapkan.

“Alhamdulillah selesai sudah prosiding urusan faraid tadi. Semuanya selesai. Pihak sana (Sabariah) akan dapat bahagian mengikut hukum yang ditetapkan.

“Saya berpuas hati dengan keputusan yang mahkamah putuskan hari ini. Pembahagian tersebut melibatkan rumah, kereta dan barang peribadi antaranya jam tangan, kasut, telefon bimbit dan kamera.

“Saya tak boleh kongsi mengenai berapa banyak duit peninggalan arwah. Walaupun pihak sana, tak hadir tapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab bahagian itu sudah ditetapkan,” kata Hidayah seperti yang dipetik mStar.

IKLAN

Nor Hidayah ditemui selepas selesai prosiding berhubung tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis.

Manakala berhubung hak penjagaan, Nor Hidayah memberitahu mahkamah menetapkan tarikh baharu pada Oktober depan memandangkan ibu mentuanya tidak hadir pada hari ini.

Pada Isnin, Nor Hidayah bersama dua orang peguam mengadakan sidang media tergempar di Shah Alam, Selangor bagi menjelaskan berhubung dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap ibu mentuanya iaitu Sabariah Arshad.

Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad memberitahu pihaknya menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan Sabariah yang menfailkan saman terhadap Nor Hidayah pada Julai lalu.

IKLAN

Sebelum ini menerusi siaran langsung di Facebook sebuah portal berita, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau pelawak Ali Puteh menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Nor Hidayah kepada ibunya.

Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam syariah Fadhlina Siddiq menjelaskan nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris.

Dalam pada itu, Nor Hidayah turut menafikan dakwaan yang mengatakan kereta mewah milik arwah suaminya ditarik.

“Kereta tidak kena tarik, masih ada. Tapi saya tak nak komen lebih lanjut… nanti akan tahu juga (kebenaran),” ujarnya.

IKLAN

Sementara itu, Nor Hidayah mengakui dia ada mengeluarkan wang RM10,000 dari akaun arwah Abam untuk dimasukkan akaun anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Apa boleh saya katakan, RM10,000 memang saya ambil tapi dimasukkan dalam akaun anak saya… saya tak guna satu sen pun,” katanya.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di, Sabak Bernam dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 1 tahun dua bulan.

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

Sumber: mStar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI