Pelakon dan penyanyi Leez Rosli akui selesa dengan penampilannya yang bertudung bawal.
Malah, bekas peserta Akademi Fantasia-4 ini juga mahu jadi diri sendiri dan tidak terlalu terikut-ikut perkembangan fesyen, khususnya fesyen Muslimah.
“Saya lebih suka yang simple dan selesa. Ini lah diri saya yang selesa pakai tudung bawal.
“Kalau saya pakai turban sekalipun, rasa macam bukan diri saya yang sebenar dan automatik saya akan rasa janggal,” kata Leez kepada MH ketika ditemui baru-baru ini.
Malah, Leez amat menitibertakan penjagaan auratnya selari dengan seorang wanita Muslimah.
Ads
“Saya akan jaga aurat dan saya jenis yang tak tahan apabila dikritik netizen, tambah-tambah mengenai pemakain saya sebagai seorang muslimah.
“Sebelum orang bercakap dan mengata fasal saya, baik saya jadi diri sendiri dan rasa selesa kemana sahaja saya nak bergerak dengan gaya tudung yang saya pakai,” tegas isteri kepada vokaslis Drama band, Aepul Roza.
Ads
Akuinya, jika ditakdirkan untuk memakai turban sekiranya bersesuai dengan watak, Leez akan berhati-hati.
“Andai kata satu hari nanti, saya kena pakai juga turban untuk mana-mana watak, saya akan pastikan bahagian dagu dan leher perlu berlapik,” akhiri Leez atau nama penuhnya Rosliza Rosli.
Dalam perkembangan lain, Leez akan menyertai program realiti, Muzikal Lawak Superstar yang bergandingan dengan pelawak Caca dan Azmir.
Ads
Mereka bergabung dalam satu pentas diberi nama kumpulan Bunga dengan 14 kumpulan yang terdiri daripada pelawak, penyanyi dan pelakon.
Program terbaru tersebut bersiaran di Astro Warna bermula Jumaat (esok) jam 9 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada vokalis OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri, mendakwa penyanyi terbabit sudah pun melafazkan talak terhadapnya Mac lalu.
Malah wanita yang mesra disapa Ayu itu juga mengakui masalah rumah tangga yang berlaku sudah pun terjadi sejak sekian lama.
“Ya Radhi ada lafaz cerai talak satu pada saya 25 Mac lalu. Cuma tak berapa lama kemudian, dia ada meminta maaf atas keterlanjurannya. Jelas Radhi, pada ketika itu dia tidak sengaja dan tengah marah waktu lafaz talak.
“Lalu sejurus saya diceraikan, saya terus keluar dari rumah kami. Malah, lafaz cerai juga akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi MH.
Ditanya apakah yang terfikir di fikirannya ketika ini, wanita berusia 25 tahun itu bagaimanapun sejujurnya tidak mahu mengulas panjang mengenai konflik rumah tangga yang berlaku.
Sebaliknya, dia lebih senang untuk fokus dengan dua cahaya mata yang kian membesar.
“Jujurnya saya rasa lega atas segala yang berlaku. Malah saya pernah beritahunya, dia seorang bapa yang sangat baik dan sangat okay. Tetapi mungkin kerana perkara lain menyebabkan dirinya berubah.
“Apa pun saya tidak mahu memandang ke belakang dan ingin teruskan kehidupan seperti biasa selain tunggu sahaja lafaz cerai akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah.
“Anak-anak pun makin besar, jadi biarlah mereka mendapat perhatian yang sepenuhnya dari saya,” jelasnya lagi.
Ayu kini tinggal di kediaman ibu bapanya di Kota Damansara bersama dua anak mereka, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3 tahun.
Terdahulu, Radhi, 41, dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan sebelum ini, penyanyi berkenaan pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 kemudian berpisah pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan terbabit, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 14 tahun.
Foto: Instagram Ayu Zahiri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahun 2019 sudah memasuki pertengahan tahun, mungkin ada perkara yang gembira dan pahit yang dialami setiap individu.
Begitu juga dengan alam perkahwinan, ada yang menyulam cinta bahagia dan ada juga sebaliknya.
Namun, tidak semua perkahwinan sentiasa indah, ada juga yang berhadapan dengan situasi tegang dan terpaksa bertemu dengan jalan pengakhiran iaitu penceraian.
Untuk tahun 2019, MH senaraikan barisan selebriti yang ‘terhenti’ kisah cintanya bersama pasangan hidup.
1. Sam Bunkface & Aida Azira
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama penuhnya Shamsul Anuar menjatuhkan talak satu ke atas Aida Azira pada hujung Januari lalu.
Aida yang juga seorang penerbit rancangan mengambil keputusan dibuat bersama dan keluarga masing-masing reda dengan jalan yang diambil.
Sam sebelum ini mendakwa rumah tangga yang dibina mengalami pergolakan namun masih tinggal bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.
2. Datuk A.Aida & Ariff Aziz
Kes penceraian penerbit drama, Datuk A.Aida dan Ariff Aziz menjadi bualan hangat ramai pihak apabila Ariff melafazkan cerai talak satu ke atas A.Aida pada 25 April lalu.
Bagaimanapun, A.Aida membuat pengumuman di sidang media pada Selasa.
Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan bercinta.
Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penerbit drama itu.
3. Radhi OAG & Ayu Zahiri
Isteri kepada vokalis OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri, mendakwa penyanyi terbabit sudah pun melafazkan talak terhadapnya Mac lalu.
Malah wanita yang mesra disapa Ayu itu juga mengakui masalah rumah tangga yang berlaku sudah pun terjadi sejak sekian lama.
Lafaz cerai juga akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat
Terdahulu, Radhi, 41, dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan sebelum ini, penyanyi berkenaan pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 kemudian berpisah pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan terbabit, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 14 tahun.
4. Bella Astillah & Aliff Aziz
Pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi perbualan hangat apabila Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu.
Lebih sedih, kes itu berlaku pada bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak.
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu terpalit dengan beberapa isu curang sebanyak tiga kali yang membabitkan gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.
Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.
Terdahulu, Aliff terpalit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah. Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.
Untuk rekod, Aliff dan Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean.
5. PU Abu & Ain Afini
Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi melafazkan cerai ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif.
Penceraian dilakukan PU berusia 25 tahun menerusi aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, apabila Ain ketika itu sedang sarat hamil tujuh bulan anak sulung.
Abu kemudian berkahwin dengan janda anak satu, Hana Azraa.
6. Vanidah Imran & Rashidi Ishak
Status perkahwinan antara pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran terjawab apabila aktor itu mengakui mereka sudah bercerai pada 9 Ogos 2018.
Bagaimanapun, mereka merahsiakan perkara ini selama tujuh bulan kerana mahu menghormati keluarga masing-masing.
Terdahulu, Rashidi mengumumkan penceraiannya melalui Instagram pada pertengahan Mac lalu.
Untuk rekod, Rashidi dan Vanidah telah berkahwin pada 1 Oktober 2000. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15.
Foto : Carian Google, Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Selamat Hari Raya buat semua sahabat2 & followers. Sambutlah dgn penuh kesyukuran, kesederhanaan & kesedaran.
“Untuk saya. Tahun ni….2019….tahun ujian.
Allah saja yg tahu. Raya kali ini hanyalah utk anak2 samata- mata.
Sebagai ibu. Saya hanya ingin melihat mereka senyum, ketawa & bergembira sebagaimana masa ada arwah dulu,” tulisnya.
Pada masa sama, Nora turut memaklumkan apa yang berlaku ada takdir dari Yang Maha Esa.
“Walaupun keadaan tak akan sama seperti dulu lagi. Tak mungkin akan sama..
Namun inilah takdir Allah utk kami.
Kami REDHA Ya Allah. Kau lebih mengetahui apa yg terbaik utk kami.
“Terima kasih buat semua yg telah byk membantu kami. Maaf zahir batin ikhlas dari saya Nora Ariffin, Miss you Johan Nawawi,” kongsi Nora panjang lebar.
Terdahulu, Allahyarham Johan Nawawi yang juga merupakan seorang komposer terkenal meninggal dunia pada 24 Mac 2017, dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 52 tahun.
Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya