Selepas empat tahun mencipta populariti menerusi lagu ‘Pulang’, kumpulan yang dianggotai empat anak muda berbakat, Insomniacks kini muncul lagi dengan single terbaru, Sempurna.

Lagu yang mengisahkan tentang perasaan seseorang saat kehilangan sesuatu yang dianggap sempurna ini ditulis oleh keempat-empat ahli kumpulan ini sendiri iaitu Iqie, Iskandar, Daniel, serta Gavin.

“Selepas Tulis Lirik, Kami Mahu Ada ‘Plot Twist’ Putus Cinta Dalam Lagu…,” – Insomniacks “Selepas Tulis Lirik, Kami Mahu Ada ‘Plot Twist’ Putus Cinta Dalam Lagu…,” – Insomniacks

“Untuk lagu ini, apa yang kami cuba sampaikan adalah tentang kisah perasaan seseorang yang telah kehilangan sesuatu yang sempurna bagi mereka. Jadi kami nak tegaskan dan fokus tentang perasaan itu dalam lagu ni kepada pendengar dan orang ramai,

“Dari segi konsep lagu ini pula, pada awalnya memang kami nak hasilkan sebuah lagu cinta. Tetapi selepas mula tulis lirik, kami mahu ada sedikit ‘plot twist’ putus cinta dalam lagu berkenaan” kata Iqie mewakili Insomniacks.

“Selepas Tulis Lirik, Kami Mahu Ada ‘Plot Twist’ Putus Cinta Dalam Lagu…,” – Insomniacks “Selepas Tulis Lirik, Kami Mahu Ada ‘Plot Twist’ Putus Cinta Dalam Lagu…,” – Insomniacks

IKLAN

Mereka turut menambah, masalah dan kisah putus cinta orang sekeliling telah menjadi sumber inspirasi penghasilan lagu single tersebut.

“Sumber inspirasi lagu ini sebenarnya tidak semata-mata berdasarkan pengalaman kami, tapi ia lebih kepada secara umum mengenasi kisah putus cinta,

“Bagi kami, semua orang pernah ada pengalaman putus cinta dan jadi kami mahu hasilkan sebuah lagu yang dekat di hati para pendengar,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, penyanyi kumpulan yang mula ditubuhkan pada tahun 2017 ini berharap lagu Sempurna akan mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat industri muzik hiburan tanah air.

IKLAN

“Sudah semestinya kami berharap lagu ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat.

“Kalau boleh kami harap lagu Sempurna ini akan lebih sukses daripada kejayaan lagu single kami yang berjudul Pulang sebelum ini. Itu yang kami harap-harapkan,” kata Daniel pula.

“Selepas Tulis Lirik, Kami Mahu Ada ‘Plot Twist’ Putus Cinta Dalam Lagu…,” – Insomniacks

IKLAN

Sekadar informasi, Sempurna kini boleh distrim di semua platform digital setelah dilancarkan pada 14 Februari lalu.

Manakala, muzik video rasmi lagu ini pula telah mula ditayangkan di saluran YouTube mereka pada tanggal 25 Februari 2022.

Insomniacks mengulas mengenai lagu berkenaan menerusi sidang media pelancaran muzik video rasmi lagu Sempurna yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI