Jenama baju Melayu popular, Bulan Bintang berbangga dapat menaja busana pengantin 20 pasangan asnaf dan yang kurang berkemampuan dalam program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang bersiaran pada di TV3, Sabtu lalu.

Seramai 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam telah diraikan dalam sebuah majlis akad nikah yang istimewa pada 25 Mei lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Azmi atau mesra disapa Meri, jenama itu gembira dapat menjadi sebahagian daripada detik penting 20 pasangan yang mendirikan mahligai bahagia mereka di majlis terbabit.

“Syukur Alhamdulillah, kami gembira dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan terhadap 40 pengantin ini. Semua pasangan ini menggayakan koleksi pengantin terbaharu Bulan Bintang With Love (BBWL).

IKLAN

“Kami difahamkan 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam, jadi kami rasa bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan mereka.

“Ini hanya sumbangan kecil jenama Bulan Bintang kepada mereka yang memerlukan dan kami gembira dapat menghulurkan bantuan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,” kata Meri.

Selepas Taja Baju Nikah 40 Pengantin Asnaf & Mualaf, Usahawan Popular Ini Murah Hati Nak Belanja Yang Bertuah Honeymoon ke Bali Pula! Selepas Taja Baju Nikah 40 Pengantin Asnaf & Mualaf, Usahawan Popular Ini Murah Hati Nak Belanja Yang Bertuah Honeymoon ke Bali Pula! Selepas Taja Baju Nikah 40 Pengantin Asnaf & Mualaf, Usahawan Popular Ini Murah Hati Nak Belanja Yang Bertuah Honeymoon ke Bali Pula!

IKLAN

Dalam pada itu, bersempena koleksi istimewa itu, Bulan Bintang berbesar hati menaja percutian bulan madu untuk pasangan bertuah ke Bali!

IKLAN

Dengan pembelian pakej busana pengantin lelaki dan wanita BBWL koleksi Adeline, ⁠Alessia, ⁠Elaina dan Fionna, yang berminat layak menyertai pertandingan ini.

Percutian bulan madu selama 3 hari 2 malam di Nyuh Bali Villas beserta tiket penerbangan pergi dan balik boleh menjadi milik bakal pengantin sekiranya menepati syarat pertandingan berkenaan yang boleh diikuti menerusi akaun media rasmi mereka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI