Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila anaknya kini, Siti Aafiyah sudah pun mengjangkau usia tujuh bulan.

Dalam pada itu, Siti turut mengenang kembali saatnya mengumumkan berita tentang kehamilannya kepada khalayak umum genap setahun yang lalu.

Kisah throwback tersebut telah dikongsikan oleh penyanyi lagu Anta Permana itu di entri terbaru di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Tahun lalu pada tarikh hari ini, 13 Oktober 2017, saya membuat pengumuman kehamilan dan juga majlis doa selamat.

“Alhamdulillah, selepas setahun, Aafiyah sudahpun menjangkau usia 7 bulan dan saya juga telah kembali bekerja. Terima kasih sekali lagi kepada yang tak pernah jemu mendoakan saya dan keluarga,” katanya

Tambah Siti, dia berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan anak dan keluarganya selama ini.

IKLAN

Pada entri tersebut, beliau turut berkongsi beberapa foto majlis tersebut yang dihadiri ramai pengamal media.

Entri tersebut nyata menarik perhatian netizen yang turut sama meluahkan rasa syukur selain mendoakan kehidupan penyanyi kesukaan ramai itu sentiasa diberkati oleh-Nya.

IKLAN

Selepas 7 Bulan, Tokti Kenang Kisah Saat Umum Kehamilan Siti Aafiyah Selepas 7 Bulan, Tokti Kenang Kisah Saat Umum Kehamilan Siti Aafiyah Selepas 7 Bulan, Tokti Kenang Kisah Saat Umum Kehamilan Siti Aafiyah

Wah, pejam celik je Aafiyah dah berumur tujuh bulan ye! Pasti ramai yang dah tak sabar nak tunggu hari jadi Aafiyah yang pertama. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah.

Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI