Pelakon, Bella Astillah merakamkan ucapan terima kasih atas doa serta ucapan baik-baik yang diterimanya selepas terpaksa dirawat di hospital, baru-baru ini.
Ia sekaligus menjelaskan mengenai keadaan terkini ibu kepada dua cahaya mata itu.
Menerusi hantarannya di Instagram, Bella turut meluahkan dedikasi sama kepada doktor yang merawat sepanjang keberadaannya di hospital.
“Baru berkesempatan nak post, after four days di hospital. Thank you for all the warm wishes and doa, Bella hargai sangat-sangat.
“Terima kasih yang tak terhingga buat Dr. Ibrahim (Poliklinik Cahaya Desa Pandan) yang selalu tolong rawat, ambil berat bella dan famili.
Ads
“Terima kasih banyak-banyak Dr. Saiful Razman Mohd Noor, neurosurgery (Gleneagles,KL). MasyaAllah baik sangat banyak bantu kami, terima kasih semua staff/nurses juga.
Ads
“Last but not least, kepada En.Hafiz (Prudential) yang datang uruskan everything. Thank you so much. Semoga Allah S.W.T membalas segala kebaikan kalian semua insyaAllah,” tulisnya pada ruangan komen.
Terdahulu, media melaporkan mengenai isteri kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz itu yang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Ampang selepas mengalami sakit kepala yang teruk sejak Ahad lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak seperti industri di Hollywood, makin berusia seseorang pelakon itu, makin mahal harganya, namun hal itu berlainan sekali dengan situasi di Malaysia.
Pernah satu ketika dahulu hangat diperkatakan mengenai isu bayaran harga pelakon veteran yang dibayar ‘cikai’, tidak setara dengan pengalaman mereka.
Salah seorang pelakon veteran yang sering menjadi pilihan penerbit, Mak Jah atau nama sebenar, Maimunah Ahmad, 74, berkata dia bersyukur sehingga kini tawaran kerja tidak putus-putus buat dirinya.
“Kalau soal bayaran tu, setakat ini bagi Mak Jah belum ada kurangnya.
“Syukur Alhamdulillah terutama kepada produser Haji Zil.
“Saya tak pernah bertanya berapa dia nak bayar saya tetapi duit saya tetap ada, (bayaran) tetap memuaskan,” katanya kepada MH.
Mak Jah ditemui pada majlis pratonton drama Jesnita yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.
Mak Jah merupakan pelakon yang terlibat dalam Jesnita, selain Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz dan Fikry Ibrahim.
Dalam pada itu, selaku orang lama yang lebih dahulu makan garam, Mak Jah turut berpesan kepada pelakon generasi baharu agar tidak terlalu mengejar populariti, sebaliknya melakukan pekerjaan mereka dengan seikhlas hati.
“Kepada pelakon-pelakon baharu, jangan kejar glamor… glamor akan datang bila kita buat yang terbaik.
“Buatlah (kerja) dengan jujur dan ikhlas,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan selebriti media sosial, Norreen Iman percaya antara sebab namanya sering menjadi pilihan pengarah adalah kerana sifatnya yang tahu membawa diri ketika bekerja.
Menurut Norreen, meskipun kelakuannya agak berbeza ketika di media sosial, namun, dia juga faham ada kalanya dia harus menyesuaikan diri dengan keadaan.
“Kerjaya saya bermula sebagai seorang influencer. Saya selesa menjadi diri saya sendiri. Di sosial media memang nampak saya ini macam agak kasar tapi bila bekerja di dalam bidang ini, kita kena tahu bawa diri dan bezakan keadaan.
“Tak salah nak buat konten-konten viral untuk dikenali ramai tetapi anda perlu tahu untuk sesuaikan diri dengan keadaan. Mungkin itu yang membuatkan saya mendapat tempat di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Norreen berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Cina Buta baru-baru ini.
Pada masa sama, Norreen turut menyeru kepada para selebriti media sosial untuk tidak merasakan diri mereka terlalu hebat sehingga sukar untuk didekati dan berkerjasama
“Macam inilah, kepada influencer-influencer di luar sana, jangan sombong boleh tak? Jangan bongkak dan takbur. Nama anda baru sahaja nak dikenali. Tuhan kalau nak tunjuk sekejap sahaja.
“Seperti saya pula, saya tak janggal untuk berhadapan dengan pihak media kerana saya tak pernah nak bersifat meninggi diri atau susah didekati hanya kerana saya seorang influencer.
“Bila bertemu dengan pihak media, kita kena pandai untuk beri kerjasama. Bukan semua situasi kita kena anggap macam kerja yang harus dibayar kerana anggap air liur kita mahal.
“Jangan kekwat dan sedar diri. Sila berpijak di bumi yang nyata,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai lakonannya di dalam drama Cina Buta, Norreen mendedahkan dia sendiri telah menghantar mesej peribadi kepada pengarah, Shahrulezad Mohameddin untuk berlakon dibawah arahannya satu ketika dahulu.
Lantaran itu, dia tidak menyangka impiannya itu akan menjadi kenyataan.
“Dulu saya selalu tonton drama arahan Abang Shahrulezad. Kemudian, ada satu ketika saya putuskan untuk buat muka tebal dan hantar dm di Instagram mengatakan saya teringin nak berlakon dengan beliau.
“Rezeki saya datang di drama Cina Buta ini. Mulanya saya tak tahu drama apa asalkan berlakon dengan Shahrulezad. Bila hari pertama di set, lutut saya terketar-ketar kerana terlalu nervous.
“Saya selalu tengok Ungku Ismail, Nad Zainal dan Azhan Rani ni di tv sahaja. Filem ini agak berat juga bagi saya kerana pengarah mahukan saya dan Anas untuk mewarnai drama ini dengan komedi,” akhirinya.
Terdahulu, Cina Buta mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Sharnaaz dan Mia Sara yang mempunyai ego tinggi dan sering bergaduh sehingga mereka bercerai buat kali yang ketiga.
Selain Norreen, drama ini turut membariskan ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Nad Zainal, Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Cina Buta bakal menemui penonton bermula 9 November ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datin Alyah kini tampil dengan single terbaharu, Cinta Sahabiyah yang sudah pun dilancarkan bulan lalu.
Bagaimanapun, rangka promosinya masih lagi diteruskan apabila muzik video single berkenaan baru sahaja selesai menjalani penggambaran, Isnin lalu.
Apa yang menarik, ia turut menampilkan aktor terkenal, Zul Ariffin sekaligus mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi sedutan pendek babak muzik video tersebut yang dikongsikan di Tik Tok Media Hiburan, rata-rata peminat memberikan respon positif.
Malah, ada yang mengusik hal tersebut mungkin akan dijadikan ‘bahan’ oleh Nabil kepada suami Alyah, Datuk Ramli MS di konsert mingguan Gegar Vaganza (GV).
“Jangan sampai Nabil kecoh lagi dekat pentas GV.”
“Jangan sampai Nabil nampak.”
“Nabil ada je bahan minggu suku akhir.”
“Tunggulah GV nanti Tok Ram kena bahan pulak.”
Dalam pada itu, Alyah turut memuat naik sedutan sama menerusi akaun Tik Tok miliknya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...