MH pasti ramai diantara korang yang meminati kumpulan nasyid popular, Inteam.

Tak dapat dinafikan kumpulan Inteam merupakan salah satu kumpulan nasyid yang paling digemari masyarakat sekitar era 90an.

Malam ini di pentas akhir Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) Inteam bakal mempersembahkan lagu Rabiatul Adawiyah untuk persembahan solo mereka. 

Lagu tersebut merupakan lagu nanyian asal daripada mereka sendiri yang pernah top suatu ketika dahulu.

IKLAN

Inteam berharap dengan mempersembahkan lagu Rabiatul Adawiyah pada malam final ini dapat mempopularkan semula lagu ini seperti mana lagu Ainul Mardhiah nyanyian UNIC yang dinyanyikan semula di final Gema Gegar Vaganza tahun lalu.

“Kami berharap lagu Rabiatul Adawiyah yang telah kami nyanyikan lebih kurang 17 tahun ini dapat mengimbau kembali kenangan semua dan menjadi popular semula seperti mana tahun lepas kumpulan UNIC berjaya ‘memainstreamkan’ lagu Ainul Mardhiah” katanya kepada MH ketika ditemui selepas konsert separuh akhir GGV2 minggu lalu.

Dalam pada itu, Inteam akan menyanyikan lagu battle bersama kumpulan Brothers menerusi lagu Al Haq nyanyian asal daripada Mawi dan Datuk Ac Mizal.

IKLAN

Ditanya adakah mereka berasa risau untuk menyanyikan lagu tersebut bersama Brothers yang merupakan satu nama yang bersar dalam industri muzik nasyid, namun Inteam berkata mereka tidak akan bersaing dengan Brothers malah mereka akan bersatu untuk menyampaikan lagu tersebut dengan baik.

IKLAN

“Kami sudah berbincang dengan Brothers dan kami mengambil pendekatan untuk tidak berlawan dalam lagu ini tetapi sebaliknya bersatu untuk memberikan satu persembahan yang baik.

 

Kerisauan itu hampir tiada tetapi rasa confident itu lebih kerana Brothers mempunyai pengalaman yang banyak dan lebih senior daripada kami. 

 

“Gabungan antara Inteam dan Brothers ini sebenarnya dapat memberi banyak idea kreatif dan baik untuk malam final nanti,”

Inteam juga menyifatkan Brothers adalah seperti abang yang banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka sepanjang perjalanan di dalam GGV2 ini.

Apapun MH doakan yang terbaik buat Inteam dan Brothers serta kesemua peserta lain yang turut bertanding merebut gelaran juara malam ini.

Konsert akhir Gema Gegar Vaganza akan ditayangkan di lima saluran iaitu Astro Oasis (saluran 106), Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan saluran terbaharu sempena ramadan, Ramadan HD (saluran 122).

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI