Wow! Itu sahaja yang boleh kami katakan setakat ini. Mana tidaknya, baru sahaja muat naik video klip Bad Liar di Youtube dalam masa 14 jam lalu Selena telah mengumpul jumlah tontonan hampir 8 juta.

Bukan sahaja punyai jalan cerita yang menarik dan lagu yang sedap untuk didengari. Selena juga dipuji kerana berjaya melakonkan empat watak yang berbeza dalam satu masa.

Antara watak yang dibawa adalah seorang guru lelaki, pelajar belasan tahun, guru mengoda, dan isteri yang punyai rasa curiga terhadap pasangannya.

Ramai tidak menyangka Selena begitu hebat dalam lakonan sehingga membuat penonton tercengang melihat jalan ceritanya.

IKLAN

Malah, penonton juga memuji kecantikan Selena apabila membawa watak sebagai gadis belasan tahun yang masih bersekolah.

Mana tidaknya, dengan gaya rambut lurus dan diikat separuh dengan gaya ala 70’s membuatkan Selena nampak sangat muda sehinggakan orang lupa umur sebenar Selena yang hampir mencecah 24 tahun.

IKLAN

IKLAN

Bad Liar lagu berentak catchy berkisahkan tentang perasaan paranoid yang terjadi dalam sesebuah perhubungan dikatakan ada kena mengena dengan kisah percintaannya bersama The Weeknd.

Melalui sebuah interview In Touch, Selena ada meluahkan adakalanya dia rasa ragu-ragu dan paranoid dengan pasangannya serta bimbang jika dicurangi.

Apa pon good job Sellyyyy!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI