Pemergian Titiek Puspa pada 10 April 2025 meninggalkan kesan mendalam terhadap penggiat dunia seni Indonesia.
Antara yang turut berkongsi rasa duka ialah penyanyi terkenal, Krisdayanti, yang hadir ke kediaman penyanyi veteran itu untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.
Menerusi hantaran di Instagram, Krisdayanti dilihat sugul dan bersedih dalam balutan busana rona hitam penuh dan didampingi oleh rakan-rakan penggiat seni yang lain.
“Innalilahi wa inna ilaihi rojiun. Selamat jalan Ibu Muzik Indonesia Titiek Puspa, sang legenda istimewa. Tempatmu teramat mulia, hingga akhir hayat mengabdi untuk seni dan budaya,” tulisnya.
Selain itu, figura berusia 50 tahun itu turut menyifatkan karya-karya yang dihasilkan oleh allahyarhamah sebagai sebuah karya yang abadi selamanya untuk Indonesia.
“Karyamu selamanya abadi untuk negeri yang sangat engkau cintai ini mamai. Salam cinta dan doa penutup kata ditiap pesanmu padaku,” akhirnya.
Ads
Krisdayanti (duduk tengah) beri penghormatan terakhir kepada Titiek Puspa.
Meninggal pada usia 87 tahun, Titiek Puspa atau nama sebenarnya Sudarwati memulakan kerjaya dalam dunia seni sejak 1950.
Bukan sahaja bergelar penyanyi, beliau juga merupakan seorang komposer serta pernah aktif dalam dunia lakonan dan membintangi puluhan filem dan sinetron.
Ads
Dua daripada lagunya iaitu Kupu-Kupu Malam dan Bing dinobatkan antara 100 lagu Indonesia terbaik sepanjang zaman oleh majalah Rolling Stone.
Imbas kronologi detik pemergiannya, pada 26 Mac 2025, Puspa telah dijemput untuk muncul dalam rancangan komedi sketsa Trans7 bertajuk Lapor Pak!.
Tidak lama selepas penggambaran tamat, beliau tiba-tiba rebah di studio dan dikejarkan ke hospital oleh kru TV Trans7. Puspa disahkan meninggal dunia di Hospital Medistra di Setiabudi, Jakarta Selatan, lima belas hari selepas diwadkan akibat pendarahan intracerebral.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kematian pelakon Michelle Trachtenberg, yang terkenal dengan peranannya dalam siri popular Gossip Girl, telah mengejutkan dunia hiburan. Pelakon tersebut ditemukan meninggal dunia di apartmennya di New York City.
Laporan terkini telah mendedahkan punca sebenar kematiannya. Menurut laporan People, Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan New York City telah mengesahkan bahawa kematian Michelle disebabkan oleh komplikasi daripada penyakit diabetes mellitus.
Punca kematiannya ditentukan sebagai semulajadi, dan pihak berkuasa mengesahkan bahawa ia bukan disebabkan oleh unsur luar.
Pada 16 April lalu, seorang jurucakap dari organisasi NYC mendedahkan bahawa punca kematian Michelle didedahkan selepas keputusan ujian toksikologi dianalisis.
Ia turut dilaporkan bahawa ujian toksikologi ini boleh dilakukan tanpa bedah siasat kerana tidak dipersetujui oleh keluarga Michelle.
Ketika itu itu, pemeriksa perubatan NYC mendedahkan bahawa keluarga Michelle menentang bedah siasat, dan ini menyebabkan punca kematian beliau diklasifikasikan sebagai belum ditentukan.
Sumber yang rapat dengan Michelle menyatakan bahawa pelakon tersebut baru-baru ini menjalani pemindahan hati, yang mungkin menyebabkan komplikasi.
Sumber lain turut memberitahu bahawa Michelle telah menghadapi masalah emosi yang serius, dan dia banyak berkongsi cabaran hidupnya dengan rakan-rakan rapat, terutama sepanjang tahun sebelum kematiannya.
Memulakan kerjaya hiburannya melalui rancangan kanak-kanak The Adventures of Pete & Pete di Nickelodeon dan juga dalam siri drama All My Children, nama Michelle Trachtenberg kemudian melonjak naik dengan peranannya sebagai Georgina Sparks dalam Gossip Girl.
Selain itu, Michelle turut terkenal dengan peranannya sebagai Dawn Summers dalam siri popular Buffy the Vampire Slayer.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Toni Braxton, 57, dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan secara rahsia bersama penyanyi rap, Birdman atau nama sebenarnya Bryan Christopher Williams, 56, pada Ogos tahun lalu.
Menurut laporan portal TMZ yang memetik dokumen mahkamah, pasangan itu telah disatukan pada 8 Ogos 2024 namun hanya dua minggu kemudian, Braxton dilaporkan telah memfailkan permohonan penceraian atas alasan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.
Apa yang lebih mengejutkan, tarikh perpisahan yang dinyatakan dalam dokumen tersebut adalah pada 10 Ogos, hanya dua hari selepas tarikh pernikahan.
Bagaimanapun, kemelut itu dipercayai telah reda apabila pada Januari 2025, penyanyi lagu popular “Un-Break My Heart” itu dilaporkan telah menarik balik permohonan cerainya dan tindakan itu turut mendapat persetujuan Birdman.
Ini bermaksud pasangan berkenaan masih sah sebagai suami isteri dari segi undang-undang. Namun, sehingga kini status sebenar hubungan mereka masih menjadi tanda tanya.
Ini disebabkan Toni dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan dalam mana-mana hantaran terbarunya di laman Instagram. Malah, kedua-duan mereka juga telah memadamkan foto bersama daripada media sosial masing-masing.
Untuk rekod, Toni dan Birdman mula menjalinkan hubungan cinta sejak Mei 2016 selepas berkenalan selama beberapa dekad sebagai rakan industri.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama Saiful Apek secara tiba-tiba menjadi sorotan warganet apabila sebuah portal hiburan melaporkan ada menerima sekeping foto memperlihatkan kelibat yang didakwa mirip seorang pelawak, telah ditahan pihak berkuasa pada Selasa.
Menerusi laporan portal hiburan tersebut, individu yang mengirim foto berkenaan mendakwa pelawak yang ditahan itu ialah ahli kumpulan Senario iaitu Saiful Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56.
Malah menerusi foto berkaitan, ia memaparkan lelaki memakai baju Melayu berwarna merah jambu bersama seorang lagi individu dilihat ditahan oleh dua anggota beruniform di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Lalu, salah seorang ahli Senario iaitu Azlee bagaimanapun tidak mengetahui tentang berita tersebut.
Dia turut memaklumkan, kali terakhir dia bertemu dengan rakannya itu adalah pada Ahad lalu.
“Saya baru bangun tidur, memang tak tahu. Tak ada berhubung dengan dia dan kali terakhir jumpa masa show raya pada Ahad lalu,” katanya, lapor Gempak.
Namun Azlee mengakui dia berasa terkejut apabila dimaklumkan mengenai artikel tersebut.
“Ya (terkejut dengan berita itu),” ujarnya lagi.
Difahamkan Saiful Apek enggan mengulas lanjut mengenai foto berkenaan dan memaklumkan akan menjelaskan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.