Juri Pedas program Big Stage minggu keempat, Datuk Syafinaz Selamat meminta penyanyi muda, Tuah Adzmi untuk mengetahui apa kekurangan yang telah dilakukan di dalam sesebuah persembahan yang dijayakan.
Menurut Syafinaz, ia penting bagi memastikan kualiti persembahan penyanyi itu menjadi lebih baik.
“Sebagai penyanyi kita kena pastikan sama ada kita lakukan kesilapan (dalam nyanyian) atau pun tidak. Sekurang-kurangnya awak kena tahu.
“Misalnya di sini saya nyanyi ‘flat’ maksudnya tidak mencapai nada yang sepatutnya. Ataupun di sini saya nyanyi ‘sharp’ iaitu terlebih nada daripada yang sepatutnya.
“Itu penting supaya awak boleh perbaiki diri pada masa hadapan. Kalau minggu lepas, maaf saya tidak menonton (persembahan Tuah). Mungkin awak marah kerana ‘pitch’ tapi hari ini saya tak nak marah, saya rasa awak perlu tahu sendiri (kesalahan),” katanya.
Syafinaz memberikan komen berkenaan selepas peserta Big Stage musim terbaru itu selesai menyanyikan lagu Malam Semakin Dingin yang dipopularkan oleh Tajul & Afieq Shazwan.
Tuah turut diumumkan sebagai bintang ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang bersiaran secara langsung malam tadi.
“Selepas ini tengok balik persembahan di mana ada kesalahan intonasi. Pada saya masalah awak adalah… persembahan malam ini tak special, tak ada yang menarik minat saya untuk terus mendengar.
“Saya rasa itu adalah sesuatu yang perlu ada pada seseorang penyanyi yang mana kita perlu menarik minat orang untuk terus persembahan. Sekurang-kurangnya lagu yang dinyanyikan malam ini. Jadi kena fikirkan apa yang special awak boleh tonjolkan dalam setiap lagu.
“Jangan ikut penyanyi asal seratus peratus. Kena tukar. Bukan maksud saya tukar ‘pitch’ tau, tapi ubah ‘rasa’ dan cara penyampaian,” katanya sambil menyifatkan persembahan keseluruhan ‘tak best’ selepas ditanya hos.
Tuah mendapat markah sebanyak 62.6 peratus dan gagal meneruskan perjuangan pada minggu kelima.
Dua peserta lain yang menduduki dua tempat tercorot ialah Tegar Septian dan Megat Rahim.
Sementara itu, Aisha Retno sekali lagi berjaya menduduki tempat pertama, diikuti Elica Paujin, kedua dan Daniel Chuer di kedudukan ketiga.
Big Stage musim terbaru bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlien.
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai berada di kerusi Juri Tetap, manakala Aliff Aziz kembali diundang sebagai Juri Juara. Usahawan, Datuk Seri Vida pula kekal sebagai Presiden Netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memiliki paras rupa yang cantik serta keperibadian yang menarik, tidak hairanlah mengapa segala tindak tanduk pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sering kali menjadi perhatian warganet.
Tidak kisahlah sama ada daripada segi lakonan, nyanyian mahupun pemilihan fesyen, segalanya pasti akan diperhatikan.
Terbaru, menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok, nama Daiyan sekali lagi menjadi perhatian selepas dia menggayakan busana daripada jenama fesyen popular dunia, Christian Dior.
Bagaimanapun, video berkenaan telah disalah ertikan oleh segelintir pihak gara-gara perkataan ‘Christian’ yang terpampang di bahagian bajunya itu.
Perkara berkenaan secara tidak langsung telah menimbulkan kekeliruan di kalangan netizen kerana mereka menyangka perkataan Christian tersebut merujuk kepada agama Kristian.
Enggan perkara tersebut dibiar berpanjangan, ada juga sesetengah netizen yang menerangkan mengenai perkara tersebut agar tidak lagi menimbulkan kekeliruan.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 600,000 jumlah tontonan.
Namum begitu, tidak kurang juga ada para peminat yang memuji mengenai ‘outfit’ yang digayakan oleh Daiyan itu.
Dalam perkembangan lain, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin bakal muncul menerusi filem terbaru yang berjudul Rompak.
Rompak juga bakal menjadi filem pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang mengetengahkan konsep ‘Non-Fungible Token’ (NFT).
Filem ini dijangka bakal memulakan pengambaran pada bulan Febuari dan dijadualkan akan ditayangkan di saluran Astro First pada Jun 2021.
Selain Daiyan, Rompak turut dibintangi ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Zizan Razak, MK K-Clique, Siti Khadijah, Tony Eusoff dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram & Tik Tok Daiyan Trisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dan isteri Datin Izzati Khiruddin yang telah selamat melahirkan zuriat ketiga, pada jam 2.27 petang tadi.
Difahamkan, cahaya mata lelaki pasangan ini telah dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta, Shah Alam.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyanyi yang sinonim dengan lagu Penghujung Rindu itu menerusi satu entri di Instagram.
“Rabbanaghfirlanaa wa liikhwaninnalladziina sabaquunaa bilimaani wa laa taj’alfii quluubinaa ghilaa lilladziina amanuu rabbannaa innaka raufurrookhiimun.
“Artinya: “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman.
“Dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
“Assalammualaikum. Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yg soleh, amen.
“ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH. GEMENTAR SEHINGGAKAN AZAN PUN TERSASUL. TERIMA KASIH SEMUA. Wassalam,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan dikurniakan memiliki sepasang cahaya mata bernama Nur Azura Yamani, 2 tahun dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Jamal juga turut mempunyai dua orang anak lelaki, Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jamal Abdillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.