Komen yang diberikan juri tetap Big Stage 2022, Ajai kepada peserta Iqbal Zulkefli sejurus persembahan pada konsert minggu kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi mencuri perhatian warga maya.
Komposer dan penyanyi itu berpendapat bakat nyanyian merupakan anugerah yang dikurniakan Allah SWT dan ia tidak boleh ‘dibeli’ dengan wang ringgit.
“Okay Iqbal… Cerita dia macam ni, kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian, straight to the point. Walau kamu berduit macam mana pun, tapi bakat tidak boleh dibeli dengan duit.
“Bakat dianugerahkan oleh Allah SWT. Macam mana kita nak ‘bagi’ Dia duit, Allah yang bagi kita duit. So you have to simply get the fact that you are not born to be a singer. Tapi kamu mempunyai rezeki yang lain.
“Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur,” kata Ajai.
Pada minggu kedua saingan, Iqbal yang menerima empat markah dari Ajai membawakan lagu Ketahuan nyanyian asal kumpulan Matta.
Dalam pada itu, Iqbal turut diminta untuk terusmenjaga maruah diri selepas ini.
“Ia ambil masa. Bukan tiga hari belajar terus pandai, tidak. Ada orang bertahun belajar untuk dapatkan ilmu (nyanyian). Tetapi kepentingan di sini (Big Stage) untuk menjadi seorang penyanyi perlu mempunyai bakat terlebih dulu. Bakat itu pemberian, percayalah.
“Dan saya pun tak suka ia dijadikan satu bahan yang lawak. Awak perlu jaga maruah awak, terima kasih,” komen Ajai lagi.
Iqbal bagaimanapun menerima komen yang diberikan dengan hati terbuka.
“Saya terima dengan hati terbuka,” balas Iqbal.
Sejak diumumkan sebagai peserta ke-12 program Big Stage musim terbaru yang memulakan siaran pada 6 Februari lalu, Iqbal menerima reaksi pelbagai netizen, malah ada yang turut mempertikaikan mengenai kelayakkannya untuk bersaing di dalam program terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan setakat ini, dia telah menemui enam doktor pakar perubatan, namun masih gagal mengesan penyakit misteri yang dihidapinya sejak tahun lalu.
Susulan itu, Ustaz Kazim,49, menjelaskan, meski dirinya sudah menjalani pelbagai prosedur termasuk melakukan pembedahan, dia pada masa sama akan tetap meneruskan rawatan moden dan alternatif sebagai ikhtiar.
“Alhamdulillah saya masih meneruskan rawatan di hospital. Setakat ini sudah enam doktor pakar merawat saya, tapi sampai sekarang tidak dapat mengenal pasti penyakit sebenar yang saya alami.
“Memang itulah jawapan yang saya dapat setiap kali buat rawatan. Kalau diikutkan saya sudah mengikut semua prosedur mereka seperti membuat imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI), ambil darah dan sampel spesimen.
“Jadi apabila mereka mengatakan tidak ada penyakit dan tiada masalah, saya okay dan teruskan dengan rawatan alternatif dan masih meneruskan rawatan hingga kini. Bagaimanapun, dengan doktor saya tetap membuat rawatan dan masih ada pemeriksaan susulan minggu depan di Hospital Pakar Ipoh.
“Saya takut bila saya tidak pergi ke rawatan moden, nanti ada yang cakap tidak jumpa doktor pakar dan ada pula yang beri tindak balas lain pada hal saya sudah buat semua prosedur termasuk jalani beberapa pembedahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu Susu Kambing Faa-iz di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah, baru-baru ini.
Pada majlis sama, turut dianjurkan Forum Perdana Israk Mikraj.
Tambahnya lagi, ketika kakinya bengkak hingga terpaksa dibedah sekitar hujung tahun lalu, doktor masih tidak mengesan masalah sebenar.
“Sebab kaki dah bengkak sangat, jadi saya izinkan doktor untuk membelah (bedah) dan memeriksa keadaan saya. Bila dibelah tidak ada darah dan nanah.
“Bukti video saya ada tetapi masalahnya kalau tunjuk kepada media takut dikatakan saya cari propa (propaganda). Namun, itulah yang berlaku dan bukan saya tidak serahkan kepada rawatan pakar.
“Malah ada juga rakaman video, di mana kaki saya dibedah tidak keluar darah walhal saya dah makan ubat cair darah dan bila luka sikit pun keluar darah banyak sebelum ini,” katanya.
Sebelum ini, Ustaz Kazim pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di Facebook sekitar Oktober tahun lalu, antara lain menunjukkan perubahan fizikal ketara di bahagian wajah.
Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan viral yang kini bersaing di Big Stage 2022, Ahmad Iqbal Zulkefli menyatakan mahu berbincang dengan pihak produksi sekaligus berhasrat untuk menarik diri dari terus bertanding.
Menurut Iqbal, dia merasakan tidak layak untuk terus berada di pentas besar berkenaan dan perkara tersebut diluahkan penyanyi lagu Hujan ini ketika ditemu bual di Big Stage Live Plus, malam tadi.
Muncul mengejut pada konsert pengenalan, Iqbal turut mempersoalkan kewajaran markah 5 peratus yang diberikan juri tetap, Ajai sejurus dia selesai membuat persembahan.
“Kalau dapat dua markah pun saya bersyukur. Saya boleh terima. Tentang pemarkahan itu saya sepenuhnya berserah pada juri profesional. Cuma bilalima markah tu, jadi tertanya… apa yang buruk sangat ke sampai lima? Saya jadi macam… apa yang masalahnya, apa yang sampai begitu?
“Tapi bukan bermaksud saya tak boleh terima, saya okay je. Cuma sampai sekarang saya rasa macam tak layak untuk saya berada di sini.
“Untuk minggu hadapan saya rasa kena bincang dengan Astro untuk saya rasa saya kena tarik diri. Saya rasa untuk tarik diri, untuk tidak menyertai lagi.
“Saya memang serius kalau buat lagu semua… tapi untuk pentas ini saya bukan tak serius cuma sedar kemampuan itu setahap mana. Saya tak mahu merosakkan industri sebenarnya. Saya sedar diri sayalah.
“Tapi andai kata ada peluang, jangan memandang rendah pada saya juga. Kita tidak tahu mungkin saya akan belajar banyak perkara lagi kan?,” katanya.
Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia pada awalnya menolak pelawaan untuk menyertai Big Stage.
“Saya sebenarnya dijemput oleh Astro saya kira dalam dua bulan yang lepas. Saya tolak berulang kali hingga sampai satu masa saya rasa tak boleh sombong sedangkan media sudah panggil banyak kali.
“Tapi pada masa sama sebenarnya saya sedar, saya bukan layak untuk menyanyi di sini. Tapi saya cuba yang terbaiklah,” katanya.
Ditanya mengenai reaksi selepas mengetahui bekas majikannya, Datuj Seri Vida sebagai Presiden Netizen, Iqbal tidak menafikan ia sedikit sebanyak mengganggu konsentrasinya ketika membuat persembahan.
“Sedikit sebanyak tu ada juga mengganggu kerana saya tidak tahu yang beliau ada di sini, Astro tidak beritahu. Jadi banyak kejutan. Saya balik (ke Malaysia) pun terus tak ada latihan sangat… satu kali pilihan pilih lagu terus menyanyi dengan baju semua…
“Semua orang surprised, macam tu. Apa lagi saya yang ‘bermain’ atas pentas ni. Saya berharap kepada semua tidak judge saya sebab ini bukan saya sangat nak beriya-iya nak join semua. Saya cuma lakukan yang terbaik,” katanya lagi.
Sejurus saingan minggu pertama yang tiada penyingkiran dilakukan, usahawan asal Kelantan itu berada di kedudukan tercorot dengan markah keseluruhan 18.8 peratus.
Manakala dua peserta lain di kedudukan paling bawah ialah Syafiq Abdullah dan Megat Rahim, namun Megat tidak membuat persembahan berikutan masalah kesihatan.
Minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Aishah Retno meraih markah tertinggi, manakala tempat kedua Daniel Chuer dan Yasmin Aziz di tangga ketiga.
Big Stage 2022 menyaksikan Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan dan mereka terdiri daripada selebriti yang pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Mas Idayu diperkenalkan sebagai Juri Pedas yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.
Big Stage bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...