Rasanya semua orang sudah sedia maklum dengan penyakit kanser limfoma yang dihidapi oleh penyanyi yang terkenal dengan trademark berkaki ayam di atas pentas, Elyana.

Berita penyakitnya ini diumumkan sendiri olehnya semasa di pentas Gegar Vaganza 4 minggu kelima yang lalu selepas penyingkirannya.

Tak dapat dinafikan seluruh negara ketika itu terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Elyana tentang penyakit yang dihidapinya.

‘Selama Ini Saya Underestimate Orang’ – Elyana

IKLAN

Elyana berkata pada mulanya dia tidak mempunyai niat untuk memberitahu kepada semua tentang penyakit yang dihidapinya ini kerana adakalanya dia berasa rendah diri, malu sebelum ini.

“Tapi pada malam itu saya terbuka pintu hati untuk beritahu tentang penyakit saya pada umum dan feedback yang saya dapat selepas itu daripada masyarakat sangat-sangat membuat saya rasa terharu.

 

“Masa atas pentas tu saya tak terfikir apa-apa pun tapi selepas turun stage tu saya berkata pada diri sendiri ‘eh Nana betul ke apa yang aku buat ni?’ dan selepas itu terus terlintas di fikiran saya ‘Ya Allah sebenarnya aku buat keputusan yang sangat betul.

 

“Selama ni yang mengetahui penyakit saya hanya dalam lingkungan keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja yang mendoakan untuk saya tapi kali ini ramai sangat yang mendoakan saya, satu Malaysia malah di Singapura juga ada yang mendoakan untuk saya.

 

“Makin ramai orang yang mendoakan untuk saya makin saya mendapat keberkatan lah maksudnya,” katanya ketika ditemui di majlis solat hajat dan doa selamat untuknya malam semalam di masjid Kumpulan Media Karangkraf.

‘Selama Ini Saya Underestimate Orang’ – Elyana

IKLAN

Kata Elyana lagi, pihak media juga turut banyak membantunya sehingga orang yang daripada dulu tidak menyukainya dirinya kini sudah mula suka dan yang tidak pernah kenal siapa Elyana juga sudah mula kenal dengan dirinya.

Tambahnya lagi, reaksi peminat selepas mengetahui dirinya menghidap kanser mereka semua turut bersedih.

IKLAN

“Selama ini saya underestimate orang, saya menyangkakan bila saya bagi tahu tentang penyakit saya orang akan menjauhi diri saya tapi tidak.

 

“Lepas saya bagi tahu apa yang berlaku pada diri saya selama hampir tujuh tahun ini mereka makin dekat dengan saya sebenarnya,” kata Elyana lagi.

MH faham apa yang dirasakan oleh penyanyi ini kenapa dia tidak mahu memberitahu tentang penyakitnya kepada orang ramai sebelum ini.

Tapi MH juga kagum melihat Elyana yang sering kelihatan ceria walaupun hakikatnya dia terpaksa menanggung kesakitan.

MH doakan agar kesihatan Elyana akan beransur pulih selepas ini dan menjadi contoh buat pesakit kanser yang lain untuk terus ceria.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI