Selepas menceburi dalam karier lakonan, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B telah melancarkan lagu single pertamanya berjudul Tolonglah.
Lagu ini merupakan sebuah lagu ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Cik B dan DSV.
Menariknya lagi, Cik B telah menyanyikan lagu yang bergenre R&B dan ini merupakan satu kejayaan yang baru bagi Cik B.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan menyifatkan nyanyian Cik B sangat berbakat.
Sebelum ini, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin mendapat tempat di hati penonton selepas menbintangi dalam drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta yang disiarkan di saluran TV3.
Foto: Instagram Cik B
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Nizam Rahman ditegur ketika dalam perjalanan untuk hadir melakukan slot promosi bagi satu jenama di sebuah stesen televisyen Islamik pagi tadi gara-gara mengenakan pakaian wanita.
Nizam atau nama sebenar, Hairul Nizam Abdul Rahman, 30, awalnya didekati dua orang lelaki yang bertanya mengenai tujuaannya hadir ke stesen TV berkenaan lalu mempersoalkan penampilan Nizam yang hadir berkebaya lengkap berambut palsu.
Nizam yang pada ketika itu sedang melakukan live di Facebook (FB) turut menerima pelbagai reaksi oleh pengunjung FB mengenai insiden yang berlaku.
“Nizam Rahman? Buat apa eh dekat sini? Ada shoot? Shoot apa? Lepas tu kau nak pakai macam ni masuk dalam? Fikirlah sikit… Awak tu laki,” kata salah seorang individu terbabit.
“Encik siapa ya? Sebab iyalah datang tak bagi salam, tiba-tiba nak sound kita macamtu kan?,” balas teman Nizam.
Situasi itu kemudiannya menjadi sedikit kecoh apabila Nizam dan temannya mendakwa individu terbabit mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya.
“Lain kali janganlah panggil saya pondan. Assalamualaikum takde. Eh kurang ajar siot dia panggil pondan. Kurang ajarnya, terperanjat aku,” kata Nizam sambil berlalu untuk tukar pakaian.
Nizam bagaimanapun dilihat mengenakan persalinan lengkap berbaju Melayu ketika sesi promosi bersiaran secara langsung.
Tidak mahu membiarkan isu tersebut berpanjangan, Nizam yang terkilan dengan insiden itu memohon maaf seterusnya menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sejurus program tersebut selesai.
“Aduhai kecoh betul pagi tadi. Macam ni lah, alang-alang dah viral biar saya terangkan. Ada yang kecam saya tak hormat sebuah stesen TV sebab berpakaian wanita.
“Saya tak adalah bodoh mana atau hilang akal berpakaian wanita nak masuk TV! Kalau TV komersil pun tak boleh ‘drag’, apa lagi TV stesen yang ketengahkan piawaian syariah macam TV Alhijrah.
“Memang taklah nak langgar macam itu kan? Saya masuk slot iklan pun sebab nak promosikan Serangup, itu sahaja,” katanya.
Nizam pada masa sama turut mendedahkan dia memang merancang untuk tukar pada sejurus sampai ke stesen TV berkenaan.
“Saya masih tahu peraturan, malah mungkin ramai tak tahu saya sendiri pernah praktikal di sebuah stesen TV swasta. Jadi saya tahu, macam mana nak beradab.
“Masalah timbul bila ada dua hamba Allah yang tiba-tiba sound kenapa berpakaian wanit. Nak tegur tapi marah-marah, cakaplah elok-elok apa salahnya.
“Atau atau tanya dulu sebelum sembur. Itu yang saya saja lorat balik dengan diaorang. Nasib baik bukan staf TV Alhijrah atau staf JAWI.
“Saya memang rancang nak tukar baju masa sampai sana, kawan siap pegang baju lagi. Saya pakai macam tu sebab dari satu shooting untuk sebuah produk dan habis lewat sekitar 6.00 pagi.
“Saya hanya dua hari di KL, jadi terpaksa manfaatkan masa yang ada dan macam biasa, ada sesetengah klien nak saya bawa karakter Mona.
“Lepas habis shooting saya terus rushing ke TV Alhijrah untuk menjalani program Assalamualaikum Biz untuk promot Serangup.
“Memandangkan pertama kali ke sana, sajalah buat live nak bagitahu pada followers untuk tonton Assalamualaikum Biz.Tak sangka pepagi buta kena maki!
“Apapun saya minta maaf bagi sesiapa pun yang tersinggung. Semua ini hanya salah faham,” jelasnya yang turut memberi ruang buat pengikutnya untuk mendapatkan iphone 12 secara percuma.
“Kesempatan ini, saya nak umumkan jugalah pada followers yang nak menangi hadiah iPhone 12 dan wang tunai berjumlah RM1,000, korang boleh sertai #serangupdancechallenge menggunakan jingle Serangup yang sangat catchy.
“Siapa yang paling kreatif dan menari tik tok plg best akan dipilih sbg pemenang. Sekali lagi, Nizam mohon maaf atas kekecohan yang berlaku hari ini,” jelasnya panjang lebar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida memilih untuk memberi peluang kepada beberapa bintang kelahiran Hero Remaja 2017 dan 2020 untuk tampil di dalam drama terbaharu terbitannya, Ustazah Biker yang kini dalam penggambaran.
Antara bakat muda yang hadir dalam sesi ujibakat dan terpilih membintangi drama arahan Lizam Togil itu termasuk Alif Muhaimin, juara Hero Remaja 2017 yang mendukung watak sebagai Danny, antara watak utama di dalam drama berkenaan.
Tiga muka baru lain ialah Azim Yusof, Haziq Nazimuddin dan Umar Hisham yang merupakan finalis Hero Remaja 2020.
Mereka terdahulu melalui uji bakat yang dijalankan minggu lalu, sekali gus ditawarkan peranan bersesuaian dengan pengalaman masing-masing.
“Rata-rata yang terpilih masih lagi ‘hijau’ dalam selok-belok dunia lakonan. Namun, saya ingin beri mereka peluang untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini.
“Masing-masing mempunyai pakej yang lengkap sebagai pelakon. Saya enggan menyekat minat dan tidak mahu mereka dilupakan selepas program terbabit tamat.
“Siapa tahu drama ini membuka jalan yang lebih luas buat mereka untuk terus terbang lebih jauh dalam bidang lakonan,” katanya.
Menurutnya lagi, dia mengakui industri seni perlukan pelapis muda kerana kebanyakan pelakon lelaki dan wanita yang sedia ada sudah berkahwin.
“Industri seni perlukan bakat baharu yang lebih muda untuk menghiasi kaca TV. Ditambah, kalau dilihat kebanyakan stesen televisyen menggunakan wajah pelakon sama.
“Malah rata-rata pelakon utama yang ada sekarang sudah berkahwin dan mempunyai pendirian tertentu seperti tidak mahu melakukan beberapa adegan yang patut dilakukan dalam drama,” katanya.
Ustazah Biker yang turut menampilkan Hazman, Chacha Maembong, Watie Sadalu dan Rosnah Johariitu bakal menemui penonton tidak lama lagi di saluran Salam HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.