Kehangatan bola sepak antara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam dengan keputusan seri dua sama merupakan perlawanan sengit berlangsung malam tadi di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selain para selebriti yang hadir, ada juga Instafamous yang turut sama memberi sokongan dan sorakan buat pasukan Harimau Malaya.
Malah, kehadiran mereka turut mendapat perhatian ramai dan mendapat likes tinggi saat muat naik foto di stadium menerusi media sosial.
Antara Instafamous yang telah berkongsi suasana happening di stadium semalam adalah;
Hari ini merupakan hari kelahiran Allahyarham anak Linda Rafar iaitu Memen atau Rezaimin Keifli yang ke-16
Susulan itu, Linda muat naik foto mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya itu.
“Happy Bday To Arwah Memen ke-16 tahun. Moga Memen tenang di sana. Al-Fatihah,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut sama menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Memen.
Memen meninggal dunia pada Julai 2014 kerana kanser perut dan anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman. Linda kini berkahwin dengan pelakon, Syed Aiman dan dikurniakan 3 orang anak bersama.
Foto/Instagram: Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio dan instafamous, Jaa Suzuran terpaksa bersaing bersama sembilan lagi instafamous luar dari pelbagai dalam pertandingan The Amazing Sunway City Challenge di Sunway City, Kuala Lumpur.
Jaa yang mempunyai 1.2 juta pengikut di instagram sebenarnya fobia kepada air dan tempat tinggi.
Bagaimanapun, dia sanggup mencabar dirinya demi mengharumkan nama negara.
Selain Jaa Suzuran mewakili Malaysia, instafamous lain yang terlibat sebagai peserta adalah Medyo Maldito (Filipina), RJ Abhinav (India), Michelle Joan (Indonesia), Matthew Stewart (Singapura).
Sementara Ironbull pula mewakili Taiwan, SorDor Style (Thailand), Gong Yi (China), Hong Young Gee (Korea Selatan) dan Hadia Ghaleb (Mesir).
Antara aktiviti mencabar yang akan dilalui mereka lain adalah cabaran gelongsor air terbesar dunia di Sunway Lagoon iaitu Vuvuzela dan bertarung di gelanggang ski ais Sunway Pyramid.
Kata Jaa, dia akan cuba melawan rasa fobia dan cuba memberikan yang terbaik.
“Sebagai satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia, saya akan lalui cabaran tersebut sebaik mungkin demi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Walaupun saya fobia kepada air dan tempat tinggi, saya sanggup mencabar diri kerana mahu melakukan yang terbaik buat Malaysia.
“Bagi saya, setiap orang khususnya selebriti mempunyai cara tersendiri dalam mempromosikan negara kita. Ini peluang saya bawa nama Malaysia ke peringkat Asia,” kongsinya penuh semangat.
Pada masa sama, cabaran The Amazing Sunway City Challenge di Sunway City ini juga antara cara adalah bagi menarik pelancong luar datang ke Malaysia.
“Saya akui para peserta lain hebat belaka. Selain mempunyai pengaruh tersendiri mereka juga kreatif dalam apa jua yang dilakukan.
“Soal kalah atau menang, itu normal cuma siapa yang tidak mahu menangkan? Apapun, saya cuba lakukan yang terbaik, insyaAllah,” kongsi Jaa.
Yang pasti, individu popular menerusi media sosial yang memiliki seramai 25 juta pengikut secara keseluruhan ini akan bertanding dalam aktiviti di sekitar Sunway City bagi memenangi mata Sunway Pals bernilai RM25,000 serta sebuah telefon Samsung Galaxy Note 9.
Peminat juga boleh mengikutinya menerusi empat episod web yang akan ditayangkan pada Februari 2019.
Program ini akan ditayangkan di laman Web rasmi SAYS.com, IDN Times, ET today, Line.tv, LUVE, serta platform rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia.
Dalam perkembangan lain, Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 24, akan muncul dalam filem Autumn In Wales di samping Eyka Farhana. All the best!
Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa mengakui tahun hadapan, dia mempunyai beberapa impian yang mahu direalisasi, termasuk menziarahi salah sebuah masjid utama dalam Islam, Masjid Al-Aqsa yang terletak di sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (Jurusalem).
Katanya kepada MH, dia memasang impian untuk menzahirkan hasratnya itu tahun hadapan, sekiranya dipermudahkan.
“Ada satu lokasi yang saya niat untuk melawat, iaitu Masjid Al-Aqsha. Sebagaimana yang kita tahu, masjid tersebut antara yang mulia di sisi agama Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. InsyaAllah, moga impian tercapai,” katanya.
Pada masa sama, Lofa turut memberitahu, dia mempunyai kenalan yang pernah mengiringi beberapa selebriti tempatan untuk menziarah lokasi berkenaan.
“Dia merupakan individu yang membawa beberapa selebriti tempatan kita ke sana. Katanya pengalaman berbeza andai berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ia berbeza di antara setiap satunya.
“Jadi InsyaAllah akan dapat pengalaman baru. Agak risau juga tetapi katanya kita perlu ajak dan yakinkan muslim untuk ke sana sebab kalau tidak, suatu hari nanti mungkin tiada lagi orang Islam yang menziarahi atau beribadat di masjid itu langsung.
“Jadi sebab itulah, ada yang memberi kesedaran kalau ada peluang, usaha untuk ke sana,” terang Lofa.
Ditanya mengenai soal keselamatan pula, Neelofa mengakui dia perlu tawakal andai diizinkanNya menjejakkan kaki ke masjid itu.
“Saya kena tawakal. Lagipun, sudah ada orang kita yang sudah ke sana sebelum ini. Mahu juga rasai pengalaman itu,” akhiri Lofa yang sudah merancang jika impian menjadi kenyataan, dia mahu membawa ibu dan neneknya ke sana.
Semoga impian dan niat murni Neelofa itu dipermudahkan, InsyaAllah…
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.