Pengasas kosmetik Lets Cantik, Nur Sajat baru sahaja melancarkan single sulungnya, Makhluk Penggoda yang turut menampilkan rakan baiknya, Datuk Seri Alifff Syukri sebagai penampilan khas. Sama seperti Abang Nak Tegur yang turut menampilkan Sajat, Makhluk Penggoda juga turut melakukan pendekatan sama.
Ditanya mengenai kerjasamanya dengan ahli perniagaan itu, Aliff mengakui penampilannya menerusi single tersebut tidak lebih daripada hanya mahu membalas jas baik Sajat yang turut melakukan featuring untuk lagu nya tidak lama dulu.
“Nak balas jasa baik Sajat. Sebab saya ada aura saya dan begitu juga dengan dia. Yang penting kita tak kacau orang. Selagi dia tak hisap dadah, tak berbogel, tak merompak… saya tak ada masalah,” katanya jujur kepada MH.
Malah Sajat yang turut menemani Aliff ketika ditemubual, turut memberitahu penghasilan Makhluk Penggoda hanya untuk memeriahkan dunia hiburan dan industri semata-mata.
“Kita tak ada pesaing untuk dicaras atau tutup periuk nasi orang. Hanya sekadar hiburan dan mengharap pun untuk masuk sebarang majlis anugerah. Kalau ada, itu bonus,” kata Sajat sambil dipersetujui Aliff.
Dalam perkembangan lain, Aliff turut ditanya mengenai apakah yang mahu diperkatakan mengenai kegagalan filem pertama lakonannya, Badang yang disifatkan kurang berjaya untuk menarik perhatian pencinta filem negara ini.
“Saya tiada komen untuk itu. Apa yang boleh saya katakan, saya hanyalah talent dan sudah lakukan yang terbaik untuk filem tersebut,”jelas Aliff yang mengakui ada mendapat tawaran untuk sekali lagi beraksi di hadapan lensa kamera.
Bagaimanapun, perincian mengenai tawaran tersebut masih belum boleh diberitahu.
“Tak nak cakap. Takut kena kena kecam lagi,” akhiri Aliff.
Foto: Aliff Syukri & Nur Sajat
https://www.youtube.com/watch?v=1JRJ-vtTQ8c
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI