Selepas hampir sedekad tidak berlakon, Datuk Hattan kini kembali menerusi filem komedi, Gadis Jolobu The Movie yang lain daripada yang lain kerana ia mengetengahkan dialek negeri kelahirannya, Negeri Sembilan.
Menurut Hattan, sebelum ini belum ada filem sedemikian dan sebab itulah, dia memilih untukmengangkat martabat dialek Negeri Sembilan serta budaya negeri kelahirannya itu.
Hattan yang kali terakhir membintangi filem Rock Bro arahan Allahyarham Mamat Khalid berkata, dia mengaku banyak menolak tawaran berlakon sebelum ini.
Selain berlakon, Hattan juga bertindak sebagai perunding produksi bagi memastikan dialek Negeri Sembilan yang dituturkan pelakon lain betul dan tidak kedengaran pelik.
“Sebenarnya saya sudah tak mahu berlakon sebab ia memenatkan, tapi untuk Gadis Jolobu The Movie ini saya tak boleh tolak sebab filem ini mengangkat budaya Negeri Sembilan.
Ads
“Sebelum ini ramai yang membuat filem mengenai dialek negeri lain dan tak ramai yang mahu membuat filem mengetengahkan dialek Negeri Sembilan. Siapa lagi nak perjuangkan dialek ini kalau bukan kita sendiri. Itu yang buatkan saya terpanggil untuk turut serta.
“Sebenarnya idea untuk menghasilkan filem ini sudah tercetus sekitar tiga tahun lalu di antara saya dan Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif Saraleana Nattaya Azmi, tapi disebabkan pandemik Covid-19, baru sekarang kami dapat memulakan penggambaran,” katanya.
Menurut Hattan, idea untuk menghasilkan filem terbabit tercetus susulan kejayaan lagu duetnya bersama W.A.R.I.S berjudul Gadis Jolobu yang meraih jutaan tontonan di YouTube.
“Tak salah untuk mencuba walaupun sekarang ini sudah ada prosedur operasi standard (SOP), tapi tak tahu orang berani atau tidak pergi tengok wayang.
Ads
“Cuma saya berharap apabila filem ini ditayangkan sekitar Jun nanti, negara kita sudah beralih ke fasa endemik, memandangkan kita semua sudah menerima suntikan dos penggalak. Kalau tidak kasihan industri hiburan kita, disebabkan itu kerajaan kena tolong kita.
“Saya yakin filem ini boleh mendapat sambutan yang baik sebab kalau filem menggunakan dialek Pulau Pinang dan Perak seperti Mami Jarum dan Hantu Kak Limah boleh berjaya, mengapa tidak filem ini,” katanya.
Ads
Turut berlakon ialah anak Hattan, Adam serta Joey Daud, Khir Rahman, Nizam Laksamana, Ahirine Ahirudin dan ramai lagi.
Gadis Jolobu The Movie mengisahkan mengenai tiga bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.
Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain di fikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
Filem kerjasama Zebra Studio Sdn Bd dan Tremendous Entertainment yang diarahkan oleh CL Hor itu turut mengetengahkan beberapa elemen Adat Perpatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana tidak pernah menyangka perjuangan selama 11 tahun bertarung melawan kanser limfoma yang dihidapi akhirnya berjaya sembuh dan kembali sihat atas izinNya.
Elyanat berkongsi perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan secara maya di Wanita Hari Ini yang bersiaran secara langsung di TV3, pada Khamis.
“Perasaan saya sudah semestinya sangat-sangat gembira dan saya rasa seperti bagai hidup semula. Kerana saya dapat kehidupan saya semula, diri saya semula dan menikmati dunia ni kembali.
“Sebab dulu kenikmatan itu semua dah hilang malah ia hilang sekelip mata sebelum ini. Sekarang saya masih lagi rasa di antara percaya atau tidak percaya sebenarnya,” katanya.
Selain itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini mengakui dirinya pernah rasa berputus asa untuk melawan ujian yang dihidapinya, sebelum ini.
“Mungkin kerana terlalu lama saya berjuang dengan penyakit kanser ini, pada tahun keenam lagi sebenarnya saya sudah rasa hilang percaya yang saya akan sembuh.
“Tapi saya selalu berdoa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, kalau lah ditakdirkan aku ni tidak dapat sembuh, panjangkan lah umurku, berikan lah aku tenaga sebagaimana orang lain yang sihat sebab aku ingin membesarkan anak-anak dan menemani mereka sehingga ada orang yang nak menyayangi mereka sebagaimana aku menyayangi mereka,” luahnya lagi.
Imbas kembali, Elyana mendedahkan mengenai penyakit yang dialaminya itu adalah menerusi konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya, pada tahun 2017.
Selepas 11 tahun berjuang menjalani rawatan, Elyana memaklumkan bahawa dirinya telah sembuh dan bebas kanser limfoma sepenuhnya, pada Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pengacara, Haiza Hanafi mendedahkan dia sememangnya sudah terbiasa apabila terjadinya situasi dia akan ditawarkan ‘job’ pada saat-saat akhir bagi menggantikan selebriti yang menarik diri.
Menurut Haiza atau namanya sebenarnya Rohaizah Nordin, namanya sering menjadi pilihan terakhir sekiranya berlaku sebarang perubahan saat akhir.
Saya Haiza..Dah terbiasa menjadi orang gantian dan pilihan terakhir.Bila ada artis lain yang reject show last minute,emcee last minute x,maka nama kita yang bawah-bawah ni baru la naik hanya semata nak ganti sahaja..Alhamdulillah rezeki Allah bagi walaupun hanya sebagai ganti 🤲
“Saya Haiza. Dah terbiasa menjadi orang gantian dan pilihan terakhir.
“Bila ada artis lain yang reject show last minute, emcee last minute, maka nama kita yang bawah-bawah ni baru la naik hanya semata nak ganti sahaja.
“Alhamdulillah rezeki Allah bagi walaupun hanya sebagai ganti,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Buletin FM itu menerusi ciapan di Twitter.
Bagaimanapun, Haiza memaklumkan dia memandang perkara tersebut daripada sudut positif selain menyifatkan ia sebagai rezeki Allah SWT.
Lantaran itu, dia bersyukur kerana khidmatnya masih lagi diperlukan meskipun gantian.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Haiza sebagai selebriti versatil yang mampu menyerlah dalam situasi apa sekalipun.
“Bagus last minute sebab awak professional. Rezeki alhamdulillah.
“Semoga Allah lancarkan rezeki awak dan permudahkan pekerjaan awak dalam mencari rezeki. Aamiin.
“Bidan terjun ni yang betul-betul power sebenarnya. Tak prepare sangat, tapi sangat perform. Good job kak!
“Selalunya bidan terjun ni laaa yang power. Terus redah je. Mantap kak!,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.
Sekadar info, Haiza merupakan salah seorang penyampai yang berkhidmat di stesen radio Buletin FM yang mengenalikan segmen Santai Siang Bersama Haiza bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Twitter & Instagram Haiza Hanafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Akhirnya lagu ciptaan Naim Daniel yang sepatutnya dinyanyikan oleh Allahyarhamah Siti Sarah berjudul Sudah itu diamanahkan kepada Nikki Palikat untuk dinyanyikan.
Perkara tersebut dikongsikan suami arwah, Shuib menerusi satu perkongsian di Instagram, baru-baru ini.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Naib Juara Gegar Vaganza 8 itu, Shuib turut mengharapkan agar perjalanan karya tersebut dipermudahkan.
“Alhamdulillah akhirnya sayang, lagu AJL you dah ada yang akan nyanyi. Terima kasih Nikki Palikat. Semoga semuanya dipermudahkan.
“Lagu yang terlalu indah Naim Daniel,” tulisnya pada video latihan arwah Sarah di Instagram.
Nikki turut mengulang siar (repost) video sama seterusnya menyatakan rasa terharu projek istimewa itu.
“Memang satu anugerah dan tanggungjawab besar apabila diberikan lagu yang pemilik asalnya adalah arwah Sarah Raisuddin. Seorang penyanyi dan insan yang amat saya kagum dari semua segi, bukan saja vokal.
“Tapi dalam video ini walaupun belum hafal sepenuhnya lirik tapi jiwanya tetap kuat dan menyinar. Jiwa itulah yang paling kita rindu. Terima kasih Shuib percayakan Nikki untuk membawakan lagu ini,” tulisnya.
Single berkenaan bakal dilancarkan pada 25 Mac 2022.
Untuk rekod, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kesetiaan ini pergi mengadap Illahi pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19 selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...