Sebagai ibu, pelakon, Ozlyn Wati mengakui dirinya berasa amat lega kerana dikurniakan anak-anak yang amat menitikberatkan mengenai soal penjagaan waktu solat lebih-lebih lagi ketika solat Subuh.

Menurut Ozlyn, kesemua anak-anaknya itu amat mudah untuk dikejutkan daripada tidur dan mereka juga tidak meragam.

“Pastikan Diaorang Cukup Makan, Tidur Awal,” – Ozlynn Wati Kongsi Tip Mudahkan Anak Bangun Dirikan Solat Subuh

Tambah menyenangkan hatinya lagi, anak-anaknya itu juga dikatakan menunaikan solat dalam keadaan yang sangat tertib dan tidak terlihat seperti terpaksa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Yang penting diorang pesan kejut subuh. Kejut pun senang. Tak cranky. Moleiq selalunya kalau cukup tidur memang tiada masalah untuk kejut bangun. Selalu macam ni la lepas Subuh.

“Bagi salam je kadang tak sempat doa dia dok terlepek. Kalau mood dia ok dia yang request nak bacakan doa. Macam anak perempuan ni nak kejutkan lebih senang dari anak laki. Anak perempuan bagi salam, panggil nama je terus bergerak dan bukak mata.

“Anak laki kadang kena tonyoh muka tu baru nak bangun. Subuh tadi Abang Haziq dengan Sodiq je ngaji. Chantiq dan Moleiq kita belanja asar nanti. So bagi diorang rest dulu sebab bangun tak nangis dan solat pon bagus tertib takde hempas-hempas badan.

“Tapi berani la pula diorang hempas badan depan mama diorang. Nak kena hempas balik ke?,” tulisnya.

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Pastikan Diaorang Cukup Makan, Tidur Awal,” – Ozlynn Wati Kongsi Tip Mudahkan Anak Bangun Dirikan Solat Subuh “Pastikan Diaorang Cukup Makan, Tidur Awal,” – Ozlynn Wati Kongsi Tip Mudahkan Anak Bangun Dirikan Solat SubuhMenerusi entri yang sama, Ozlyn turut lihat berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan oleh para ibu bapa untuk melatih anak-anak mereka agar mudah bangun pagi.

Jelasnya lagi, selain rehat yang mecukupi, faktor pemakanan juga merupakan aspek yang sangat penting.

“Tips nak kejut anak bangun Subuh sangat senang, pastikan diorang cukup makan, cukup tidur (tidur awal).

“Tips tdo awal ni bukan anak je senang nak bangun. Mak bapak pon boleh bangun awal. Anak lelaki kami selalu pesan sebelum tidur doa dekat Allah mintak terjaga bila dengar azan.

IKLAN

“Selain dari tidur awal tu jugak tips dia. InsyaAllah cuba la. Mama muka pasrah tu kaki kebas,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut memuji cara didikan Ozlyn dan Johan terhadap anak-anak mereka.

“Seronoknya tengok macam ni. Alhamdulillah. Part nak kejut tu memang mencabar tapi betul anak perempuan lebih mudah dikejut dari lelaki. Sebab kat rumah ni pun sama.

“Saya suka sangat tengok keluarga ni. Selalu solat sama-sama makan sama-sama. Hidup sangt tertib. Saya doa satu kluarga ni masuk syurga semuanya sama.

“Setuju sangat part tido awal. Apa-apa hal cukup tidur cukup makan Insya Allah mudah bangunnya kannn.

IKLAN

“Alhamdulillah. Terima kasih bagi tips. Tapi memang betul anak pompuan kalau nak bangunkan senang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Ozlyn baru sahaja selamat menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September lalu.

“Pastikan Diaorang Cukup Makan, Tidur Awal,” – Ozlynn Wati Kongsi Tip Mudahkan Anak Bangun Dirikan Solat Subuh “Pastikan Diaorang Cukup Makan, Tidur Awal,” – Ozlynn Wati Kongsi Tip Mudahkan Anak Bangun Dirikan Solat Subuh

Sekadar informasi, Ozlyn dan Johan telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.

Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Ozlyn Wati

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI