Pelakon, Ahmad Shahidan Izwan berkongsi detik cemas apabila dia dan isterinya, Momoy Rahman terlibat dalam kemalangan jalan raya pada awal pagi Isnin.
Pelakon filem Telaga Suriram itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran di akaun Instagram, yang turut memaparkan keadaan kereta dipandunya selepas kemalangan.
“15/9/2025, 3:30 am. Syukur alhamdulillah.
Walaupun diuji dengan kemalangan awal pagi semalam, Allah masih lindungi kami,” tulisnya pada ruang kapsyen.
Ads
Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian peminat dan rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut dengan insiden tersebut, namun bersyukur kerana semuanya selamat.
Isteri & Anak Dalam Kandungan Dilindungi
Dalam pada itu, Shahidan turut menzahirkan rasa syukur kerana isterinya dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.
Ads
“Sekelip mata boleh hilang segalanya. Tapi Allah masih beri peluang.
“Syukur saya, isteri dan anak dalam kandungan selamat,” jelas Shahidan menerusi beberapa hantaran di Insta Stories.
Pelakon, Sophia Albarakbah mendedahkan pihak peguam yang mewakilinya dalam kes buli siber telah menerima permohonan maaf daripada beberapa individu yang kesal dengan tindakan mereka sebelum ini.
Menurut Sophia, dia masih trauma untuk membaca mesej di media sosial, menyebabkan ada segelintir netizen memilih untuk berhubung terus dengan pihak peguam.
“Sejujurnya selepas apa yang berlaku, saya jadi trauma untuk membuka ruangan DM. Sama ada mesej yang baik atau tidak, saya tak berani nak buka.
“Bila isu buli siber ini semakin teruk, saya serahkan telefon saya kepada pihak peguam. Mereka yang periksa semuanya.
“Baru-baru ini, pihak peguam memaklumkan ada beberapa individu telah menghantar DM ke akaun personal mereka untuk memohon maaf disebabkan isu ini,” katanya kepada MH.
Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Abu Si Raksasa di GSC Midvalley, Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Katanya, dia menyambut baik permohonan maaf tersebut dan berharap ia menjadi pengajaran buat semua pihak.
“Jika ada yang sudah minta maaf dan menyesal, itu hal yang bagus. Kita hanya manusia biasa dan sentiasa buat silap. Saya juga ada buat kesilapan.
“Terima kasih kepada yang sudah memohon maaf. Teruskan berbuat baik,” ujarnya.
Bagaimanapun, Sophia menegaskan dia tidak bercadang menarik semula laporan polis yang dibuat berhubung isu tersebut, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
“Saya akan serahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Bukan saya yang tentukan undang-undang.
“Biarlah pihak polis yang uruskan segalanya. Terpulang kepada mereka untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya lagi.
Dalam masa sama, Sophia menegaskan komitmennya untuk melawan isu buli siber agar tidak dinormalisasikan dalam masyarakat.
“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang-orang di luar sana bahawa buli siber ini tidak boleh dibuat main.
“Mungkin mereka ingat negara ini tiada undang-undang dan boleh buat sesuka hati untuk memfitnah dan memburukkan orang lain.
“Diharapkan apa yang saya perjuangkan ini akan memberikan manfaat kepada ramai orang. Selepas apa yang saya buat ini, ramai yang mula takut dan menyesal,” katanya lagi.
Meskipun berdepan kontroversi, Sophia tetap bersyukur kerana bakal tampil dengan dua filem baharu pada September ini.
“Pada akhirnya, rezeki datang daripada Tuhan. Saya hanya mampu bersyukur dan terus perbaiki diri. Saya juga mahu fokus kepada diri saya dan kerjaya sahaja.
“Saya juga mahu terus berbuat baik,” akhirinya.
Sophia merupakan antara bintang yang membintangi filem sains fiksyen terbaharu berjudul Abu Si Raksasa, yang turut menampilkan Jaa Suzuran, Zalif Sidek, Adam Shahz, Azhar Sulaiman dan Maria Farida.
Filem itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 September ini.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah sekian lama peminat berteka teki, penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan, Dolla, Syasya Rizal akhirinya memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Syasya menerusi hantaran terkini di Instagram.
“Alhamdulillah, kami simpan rahsia indah ini sepanjang tahun. Jadi, cuba bagitahu saya, kalian team ‘Mini Shizuka’ (anak perempuan) atau ‘Mini Nobita’ (anak lelaki) 2.0,” tulisnya.
Dalam pada itu, Syasya akui terkejut bila ada pihak yang meramalkan dia bakal menyambut kelahiran bayi kembar sepasang gara-gara memuat naik video meletupkan konfeti berwarna merah jambu dan biru.
Jelas Syasya lagi, dia dan suami memuat naik video berkenaan kerana mereka sebenarnya masih belum mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.
“Terkejut juga baca komen ramai ingat anak kembar. Rupanya ini caranya para ibu bapa buat gender reveal anak kembar.
“Sebenarnya, kami letupkan (konfeti) kedua-dua warna sebab memang belum betul-betul tahu jantina anak lagi. Kami letupkan untuk gambar sahaja.
“Video ultrasound tu pun dari Google sahaja bukan yang sebenar,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Syasya turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah memanjatkan doa buat dirinya dan kandungan.
“Masya-Allah, Tabarakallah. Terima kasih kepada anda semua yang menitipkan doa yang baik-baik. InshaAllah mungkin rezeki kalian selepas ini pula,” kongsinya.
Terdahulu, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah Mohd. Sapie pada 20 April 2024.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafril menegaskan kebajikan para pekerja tidak seharusnya dipandang remeh, khususnya dalam aspek caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Menurut Aeril, pekerja ibarat tulang belakang kepada syarikat dan wajar diberi perlindungan sewajarnya.
“Pada saya, ini merupakan perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap majikan. Bila kita mencarum dengan PERKESO, staff kita bukan sahaja dilindungi oleh syarikat sendiri tetapi jika ada sesuatu yang berlaku di luar, mereka tetap dilidungi.
“Mungkin ada majikan yang kurang cakna atau langsung tidak mencarum buat pekerja mereka. Pada saya, kalau kita menjaga kebajikan staff, insha-Allah Allah akan permudahkan segala urusan kita,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Aeril bersama isterinya yang juga pengasas jenama Wawa Cosmetics, Wawa Zainal telah dinobatkan sebagai antara penerima Anugerah Majikan Pesona LINDUNG PERKESO, baru-baru ini.
Selain pasangan itu, penerima lain termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Datuk Seri Aliff Syukri dan Christy Ng. Malah, mereka turut digelar sebagai ‘Majikan Dari Syurga’ kerana komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan pekerja.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur selepas tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Persekutuan daripada sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.