Pelakon, Ahmad Shahidan Izwan berkongsi detik cemas apabila dia dan isterinya, Momoy Rahman terlibat dalam kemalangan jalan raya pada awal pagi Isnin.
Pelakon filem Telaga Suriram itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran di akaun Instagram, yang turut memaparkan keadaan kereta dipandunya selepas kemalangan.
“15/9/2025, 3:30 am. Syukur alhamdulillah.
Walaupun diuji dengan kemalangan awal pagi semalam, Allah masih lindungi kami,” tulisnya pada ruang kapsyen.
Ads
Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian peminat dan rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut dengan insiden tersebut, namun bersyukur kerana semuanya selamat.
Isteri & Anak Dalam Kandungan Dilindungi
Dalam pada itu, Shahidan turut menzahirkan rasa syukur kerana isterinya dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.
Ads
“Sekelip mata boleh hilang segalanya. Tapi Allah masih beri peluang.
“Syukur saya, isteri dan anak dalam kandungan selamat,” jelas Shahidan menerusi beberapa hantaran di Insta Stories.
Ads
Difahamkan, kejadian berlaku di sekitar persimpangan Nilai arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyanyi, Aina Abdul menyifatkan single terbaharunya berjudul Sesaat ciptaan komposer Indonesia, Fabio Asher, sebagai penawar kepada kekecewaan yang dirasainya selepas bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Menurut Aina, dia kembali menemukan kebahagiaan selepas ‘membawa diri’ ke Indonesia.
“Selepas AJL39 lalu, saya agak berkecil hati dengan apa yang berlalu. Saya persoalkan banyak perkara.
“Jadi, saya bawa diri ke Indonesia. Allah beri saya peluang untuk bekerja dengan komposer di sana.
“Lagu Sesaat ini adalah ubat kepada kekecewaan saya itu. Ia hadir sewaktu saya mencari semula ketenangan dan kebahagiaan saya yang hilang,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran lagu tersebut, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Aina menyifatkan perasaan kecewa itu normal bagi mereka yang ingin berjaya dalam kerjaya.
“Secara terperinci, saya tak boleh nak kongsikan. Kekecewaan dalam kerjaya itu adalah perkara biasa.
“Saya memang punyai jiwa sentimental, saya rasa setiap penulis akan ada sisi seperti ini dalam diri mereka.
“Kita mudah kecil hati. Namun, saya sudah memendam rasa agak lama juga dengan apa yang orang-orang perkatakan.
“Saya cuma sedih dengan apa yang berlaku selepas tamat AJL39. Banyak orang bercakap dan persoalkan kredibiliti saya.
“Kini, saya kembali bukan dengan lagu sendiri tapi orang lain. Jadi, saya nak tengok apa pula reaksi mereka,” ujarnya lagi.
Walaupun kekecewaan itu berat, Aina bersyukur kerana sentiasa mendapat dukungan daripada orang terdekat.
“AJL itu tidak punyai salah apa-apapun. Ia hanyalah sebuah platform pertandingan. Ada menang dan ada yang kalah.
“Namun, penerimaan orang terhadap persembahan saya itu yang membuatkan saya sedikit kecil hati.
“Dengan segala usaha saya dan pasukan hasilkan, apa yang mereka katakan itu agak membuta tuli.
“Terapi saya adalah kehadiran orang-orang terdekat seperti pengurus dan ibu. Mereka adalah terapi saya yang sebenar.
“Saya akan banyak berborak dengan mereka. Mereka akan tolong saya,” jelasnya.
Pada masa sama, Aina mengakui gembira kerana dipertemukan dengan Fabio Asher yang memberinya sudut pandang baharu sebagai seorang anak seni.
“Fabio Asher membawa saya ke dunianya. Saya rasa sangat gembira. Mereka berikan pintu dan rasa yang baharu untuk saya berkarya.
“Walaupun saya tidak menulis lagu ini, saya tetap perlu meletakkan hati di dalam lagu ini.
“Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk buat yang terbaik bila ‘pakai’ baju orang lain. Sesaat ini adalah penyembuh saya,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan anak-beranak, Shuib dan Thalita sekali lagi mencuri perhatian apabila berada di kedudukan pertama di program realiti, Talk To My Manager (TTMM) malam tadi dengan 90.67%.
Tersendiri ketika membawakan lagu dangdut ‘Dag Dig Dug’ yang dipopularkan oleh Haiza, persembahan nyata memikat hati juri.
Tempat kedua pula diraih anak kepada Ameng, Ammar Haikal dengan markah sebanyak 90.33 diikuti Amad (Siti Sairah) dengan 89.33%.
Athalia (Sharifah Zarina), Marsya (Liza Hanim) dan Hadie (Ina Naim) pula menduduki tangga tiga terbawah, namun sekali lagi tiada penyingkiran dilakukan.
Berikut ialah markah penuh di minggu kedua:
1.Shuib x Thalita – 90.67%
2.Ameng x Ammar Haikal – 90.33%
3.Siti Sairah x Amad – 89.33%
4.Sharifah Shahirah x Auddra – 80.00%
5.Aziz M Osman x Ara – 78.00%
5.Sharifah Zarina x Athalia – 77.67%
6.Liza Hanim x Marsya – 76.67%
7.Ina Naim x Hadie – 72.00%
TTMM dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri yang terdiri daripada Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.
Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Ia turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia muzik country antarabangsa dikejutkan dengan pemergian penulis lagu prolifik, Brett James, 55, yang maut dalam nahas pesawat kecil di Franklin, North Carolina, pada Khamis lalu.
Lebih memilukan, nahas itu turut meragut nyawa isterinya, Melody Carole Wilson, 59, serta anak tirinya, Meryl Maxwell Wilson, 28. Mereka bertiga berada dalam pesawat jenis Cirrus SR22T yang didaftarkan atas nama Brett sebelum ia dilaporkan terhempas tidak lama selepas berlepas.
Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (FAA dan NTSB) masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan yang meragut tiga nyawa itu. Setakat ini, faktor sebenar insiden belum dikenal pasti.
Brett James cukup terkenal di Nashville sebagai penulis lagu dengan lebih 500 karya berdaftar, termasuk lebih 40 lagu yang pernah menduduki carta nombor satu Billboard. Beliau pernah menulis untuk bintang besar seperti Carrie Underwood, Kenny Chesney, Jason Aldean dan juga Bon Jovi.
Sepanjang kerjayanya, James menerima pelbagai pengiktirafan berprestij termasuk Anugerah Grammy dan gelaran ASCAP Country Songwriter of the Year, menjadikan namanya terpahat sebagai salah seorang maestro muzik country moden
Sekadar info, selain Melody, Brett James pernah mendirikan rumah tangga dengan Sandra Cornelius. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat anak termasuk seorang anak perempuan, Clare.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...