Filem KL Special Force sememangnya menjadi sebutan ramai masa kini, MH lihat ada banyak komen-komen positif berkaitan dengan lakonan salah seorang teraju utamanya, Fattah Amin.

Kalau sebelum ini, dia dilabel ‘kayu’ oleh netizen namun kini dia dikatakan ‘kayu yang bernilai tinggi’ oleh mereka yang sebelum ini mengatanya.

Dalam pada itu, MH terlihat juga ada netizen yang memberikan komen mengenai lakonan Datuk Farid Kamil dalam drama ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’ yang dikatakan lebih ‘kayu’ daripada lakonan Fattah sebelum ini.

” Sekayu Fattah Amin orang dok kutuk sebelum ni, kayu lagi Farid Kamil dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu walaupun dah bertahun-tahun berlakon.

“Pada saya lah Fattah kayu pun sebelum ni boleh terima lagi kerana dia boleh dikatakan agak baru dalam industri lakonan ini tapi Farid, berlakon drama dah filem pun dah.

“Tapi kayunya lagi teruk kot, tak masuk dek akal apa dia lakonkan dalam drama tu, tak ada ‘feel’ langsung, sedih pun biasa je macam tak sedih, ‘happy’ pun macam tak ‘happy’.

“Tengok yang dok kutuk Fattah kayu sekarang pun puji dia, senior lagi kayu kot, Farid macam ‘first time’ berlakon pula, ‘spoil’ mood, drama best tapi Farid punya part, ermmmm…” tulis netizen tersebut.

‘Sekayu Fattah Amin, Kayu Lagi Farid Kamil Dalam Lafazkan Kalimah Cintamu’- Netizen

IKLAN

Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen lain yang turut sama memberikan pandangan mereka mengenai lakonan Farid tersebut. Ada juga netizen yang mengatakan bahawa ‘sumpahan’ Fattah dah terkena pada Farid.

‘Sekayu Fattah Amin, Kayu Lagi Farid Kamil Dalam Lafazkan Kalimah Cintamu’- Netizen

‘Sekayu Fattah Amin, Kayu Lagi Farid Kamil Dalam Lafazkan Kalimah Cintamu’- Netizen

IKLAN

Bagaimanapun, ada juga netizen yang memberikan sokongan kepada Farid mengatakan bahawa lakonannya itu lebih baik daripada sesetengah drama yang Fattah lakonkan.

‘Sekayu Fattah Amin, Kayu Lagi Farid Kamil Dalam Lafazkan Kalimah Cintamu’- Netizen

IKLAN

Alahai! berbalah pula mereka. Apa-apapun, pada MH kedua-dua pelakon tersebut adalah pelakon yang berbakat dan keupayaan mereka membawakan watak yang dilakonkan adalah okay.

Oleh itu, MH harap netizen jangan lah nak berbalah sesama sendiri, berikan sahaja sokongan buat pelakon kesukaan korang ya.

Sumber: FB

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI