Tahniah diucapkan buat pelakon, Puteri Aishah,27, yang telah pun selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus,28, kira-kira jam 11:15 pagi tadi dengan sekali lafaz.
Majlis raja sehari pasangan itu dilangsungkan di Ballrooms JW Marriot, Kuala Lumpur.
Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih dari Rizman Ruzaini.
Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman.
Pada majlis itu, bintang filem Pulang berkenaan menerima mas kahwin RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Sementara pihak perempuan menyerahkan 7 dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Mengulas mengenai majlis yang sudah pun selesai, Puteri akui dia sudah lama menantikan saat ini dan berdoa moga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan selamanya.
“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.
Ads
“Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),” katanya.
Kata Puteri, dia mengakui suami memiliki ciri-ciri lelaki idaman.
“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Malah dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.
Ads
“Dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,”katanya lagi.
Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini.
Penyanyi Adira mengejutkan ramai apabila muncul di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi Isnin.
Kehadiran ibu kepada empat cahaya mata itu ditemani kakaknya Emma, selaku wakil bagi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan permohonan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober lalu.
Permohonan itu diajukan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor bersandarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Ini menjadi permohonan kedua pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32, selepas menfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019 iaitu ketika hamil anak ketiga mereka.
Lapor Kosmo Online!, bagi sebutan kedua kes yang berlangsung pagi tadi, Adnan, 43, hanya datang bersendirian tanpa membawa bersama wakil seperti ditetapkan mahkamah.
Berikutan tindakan tersebut, Hakim Syarie Abdul Hadi Omar menegur ahli perniagaan terbabit yang dikatakan melambat-lambatkan proses JKP.
Susulan itu, Abdul Hadi menangguhkan sesi bersama JKP kepada 18 Disember depan Adnan membawa bersama wakil yang dilantik mewakilinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, usahawan dan pelakon popular, Nur Fazura memuat naik sekeping foto di Instagram seperti sedang berurusan di sebuah balai polis yang nyata mencetuskan tanda tanya di kalangan pengikutnya.
Dalam hantarannya itu, Fazura turut merakamkan ucapan terima kasih buat pihak Polis Di-Raja Malaysia.
“Terima kasih PDRM Malaysia. #tegasadildanberhemah,” tulisnya.
Terbaru, menerusi posting di ruangan Instagram story juga, Fazura turut berkongsi mengenai keadaan kakinya yang cedera dan terpaksa dibalut.
Jelas pelakon filem, Pisau Cukur ini lagi, kakinya itu dikatakan tercedera akibat terlanggar besi lampu.
“Sakit juga kaki ya bila terlanggar besi lampu. Kaki jadi macam hantu mummy dah,” kongsinya lagi.
Bagi menjawab spekulasi ramai, Fazura menjelaskan urusannya di balai polis pada Sabtu bukannya disebabkan kecederaan di kakinya itu sebaliknya dia sedang menguruskan hal yang lebih berat.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu tidak mengulas lanjut mengenai hal tersebut.
“Sedikit pencerahan sebab ramai ingat ni sebab kaki Faz yang cedera terlanggar besi lampu. Tapi bukan tau.
“Ini kes yang lebih berat. Kita serahkan ke hadrat Allah SWT dan kepada PDRM,” kongsinya di Instagram stories.
Malah, Fazura turut menyerahkan hal tersebut kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.
Sementara itu, para pengikutnya pula turut mendoakan semoga segala urusan Fazura sentiasa dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti Zizan Razak ada memuat naik beberapa keping foto bersama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Facebook miliknya.
Perkara itu dikongsikan Zizan apabila dia berkesempatan menziarahi penceramah itu di kediamannya pada Ahad.
Kongsi pelakon filem Abang Long Fadhil itu,dia meluahkan rasa syukur kerana Azhar kini semakin sembuh selepas kemalangan jatuh basikal pada awal bulan ini.
“Napok sama tapi bukang diaaaa… Alhamdulillah @uaioriginal semakin sembuh.
“Kemalangan berpunca dari main basikal lajak. Harap ustaz cepat sembuh dan dapat ke sukan olimpik tokyo 2020. #zizanrazak #uai,” selorohnya menerusi kapsyen di Facebook.
Selain Zizan, ahli saudara dan rakan-rakan turut menziarah Azhar di kediamannya.
Terdahulu, Azhar dibenarkan pulang ke rumah pada 8 November lalu selepas menjalani pembedahan menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu.
Perkara itu disebabkan basikal yang ditunggang Azhar tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting ketika menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu.
Foto: Facebook Zizan, Rogayah Sulong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.