Tahniah diucapkan buat pelakon, Aliff Muhaimin yang telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nur Fatin Alissa Azam dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Ghazi House, Hulu Langat, Selangor tapat jam 11.55 pagi.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh
wali yang juga merupakan bapa pengantin perempuan, Azam Abdullah dan disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam, Kariah Masjid Al-Ehsan, Sungai Serai, Hulu Langat, Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.
Dalam majlis itu, Aliff atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman menyerahkan mas kahwin RM15,000 dan sebentuk cincin.
Sementara itu, Aliff turut memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.
Ads
Ketika ditemui media, bintang kelahiran Hero Remaja 2017 itu memanjatkan rasa syukur dan berharap agar segala urusan hari bahagianya itu dipermudahkan.
“Alhamdulillah, saya akan bergelar suami hari ini. Saya sangat gembira hari ini dan tak sabar nak tunggu semuanya selesai.
Ads
“Doa-doakanlah. Harap segalanya berjalan dengan lancar,” katanya kepada MH.
Pasangan raja sehari ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi yang sama malam ini.
Ads
Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran rakan selebriti, Safwan Nazri yang bertindak selaku pengapit kepada Aliff.
Terdahulu, Aliff dan Fatin Alissa telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 22 Oktober 2022.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, nama penyanyi muda, Masya Masyitah menjadi bualan hangat netizen susulan tular satu hantaran di laman Instagram yang memaparkan penyanyi berkenaan mengenakan skirt pendek dan seluar ‘legging’ yang dikatakan agak jarang.
Disebabkan foto tersebut, Masya telah dikritik netizen yang kurang senang dengan penampilannya yang dikatakan seperti mempersenda imej wanita berhijab.
Sehingga kini, foto berkenaan telah meraih lebih 21,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.
Sementara itu, seorang netizen menzahirkan rasa kecewa dengan pemakaian penyanyi lagu Hapus itu yang dikatakan boleh memberikan persepsi buruk terhadap agama.
“Dik, nasihat saya, jangan nampakkan Islam itu hina di mata yang bukan Islam. Kalau yang bukan Islam menghina kita, itu biasa.
“Yang luar biasanya apabila kita sendiri lahirnya Islam dan bertudung tapi berpakaian yang sangatlah tidak baik untuk dipertontonkan,” katanya di ruangan komen.
Katanya lagi, sebagai figura awam, Masya sepatutnya menunjukkan contoh terbaik buat para pengikutnya lebih-lebih lagi dari kalangan remaja.
“Awak public figure. Ramai orang kenal. Mungkin ramai adik-adik yang baru naik remaja atau remaja sekolah yang mengidolalan adik. Mohonlah tunjuk contoh fesyen yang baik-baik.
“Elakkan sesuatu yang boleh memulakan untuk berlakunya fitnah. Nasihat saya, padamlah dik gambar ni. Content masak popia adik lebih baik daripada gambar ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu, insiden ini sememangnya bukan kali pertama memandangkan imej Masya pernah beberapa kali dikritik sebelum ini.
Bagaimanapun, Masya mengambil pendekatan mendiamkan diri dan tidak mengendahkan komen-komen yang menghujani ruangan komen media sosialnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Masya Masyitah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya yang juga merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof meskipun mereka sudah tidak lagi berkerjasama di bawah satu bumbung.
Menurut Yusof, sebagai seorang bapa, dia akan sentiasa tumpang gembira dengan kejayaan anak-anaknya.
“Walaupun Syamsul kini tidak lagi mengarah filem untuk syarikat saya lagi dan sudah pergi ke arah yang lain, bagi saya tak mengapa. Sebagai seorang ayah, tiada siapa yang mahu melihat kejatuhan anak mereka sendiri.
“Saya sentiasa doakan filem-filemnya akan terus sukses. Dia akan senstiasa membawa nama saya dan keluarga dia sendiri,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pemilik syarikat produksi Skop Production ini turut menitipkan kata-kata semangat buat Syamsul agar dia terus cekal untuk berhadapan dengan segala ujian didalam kerjaya dan kehidupan.
“Saya berharap agar dia terus kuatkan semangat dan jangan lupa asal usul. Malah, jangan juga menganggap diri kita yang terbaik. Kejatuhan hari ini tak menjanjikan kita akan selamanya jatuh.
“Ada orang yang hari ini gagal, esok dia boleh berjaya. Kejayaan hari ini pula tak menjanjikan kejayaan hari esok. Maksud saya di sini, saya mahu dia sedar.
“Ada orang yang terlalu yakin yang esok dia masih boleh buat duit dan kaya lagi. Jadi, dia hidup mewah dan berbelanja tidak tentu hala. Itu namanya kita tak mensyukuri nikmat.
“Jadi, berhati-hatilah dalam berbelanja agar kita ingat hari esok. Rezeki itu Allah yang tentukan,” ujarnya lagi.
Yusof berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis pelancaran mural Polis Evo 3 yang berlangsung di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada masa sama, Yusof turut berharap agar anak-anaknya itu tidak tenggelam dengan populariti selepas mereka berjaya menghasilkan filem-filem yang meraih jumlah kutipan puluhan jutaan ringgit
“Walaupun Syamsul punyai rekod filem yang sukses yang sama seperti saya dahulu di mana saya menguasai industri filem selama 10 tahun, tapi saya sentiasa berhati-hati.
“Jadi, kepada anak-anak saya baik Syamsul atau Syafiq, berhati-hatilah dalam kehidupan terutama bab berbelanja. Ada orang ingat saya ini mendoa kejatuhan Syamsul.
“Itu tidak benar. Mereka kena lihat maksud disebalik nasihat saya itu. Saya tak nak jadi riak, segala yang berlaku ini adalah dengan izin Allah. Saya pun tak pernah terfikir satu ketika dahulu saya buat 10 filem, semuanya sukses. Saya tak pernah anggap diri ini hebat,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Yusof turut memaklumkan dirinya tidak pernah terfikir yang anak-anaknya itu akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi pengarah yang berjaya.
“Kejayaan saya ini disambung oleh anak-anak saya dan saya tak pernah bermimpi mengenai perkara itu. Tak sementinya saya pengarah, anak-anak kena ikut.
“Namun, ini semua izin Allah. Mereka dikurniakan bakat dan punyai ilmu di sekolah filem. Saya pula hanya belajar di jalanan.
“Ilmu ini juga mematangkan mereka untuk menjadi pengarah yang baik walaupun belum sempurna. Saya tak anggap mereka sempurna, ada yang lagi hebat dari anak-anak saya,” akhirinya.
Terdahulu, Yusof akui teruja apabila filem Polis Evo 3 berjaya mencapai jumlah kutipan lebih RM50 juta seterusnya mengalahkan filem-filem Hollywood yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fasha Sandha tidak menafikan kebelakangan ini dirinya sering ditanya mengenai tips kurus dan penggayaan imej.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata, dia awalnya segan dengan pertanyaan tips berkaitan kerana menganggap dirinya hanya bergaya sederhana sahaja.
“Tak tahulah orang nak bergaya macam Fasha atau tidak, tetapi saya bergaya ikut keselesaan seperti jeans dan kemeja-T sahaja.
“Melainkan jika dalam waktu bekerja, mestilah saya perlu bersiap. Jadi bila orang DM saya di sosial media dan bertanya tentang tips fesyen dan sebagainya, rasa segan pula,” katanya.
Tambah Fasha, dia juga menyedari akaun Instagramnya kini semakin dipenuhi dengan mesej, lebih-lebih lagi selepas dipilih menjadi duta kepada jenama pakaian, AL FARO.
Aktres ini juga menyifatkan pakaian jenama terbabit sangat bergaya dan ‘mesra poket’ pengguna dan tidak hairan sekiranya ramai peminat yang memberikan perhatian terhadap jenama berkenaan.
“Saya tak sangka diri ini yang serba sederhana memberi impak besar buat wanita di luar sana.
“Mereka DM saya dan bertanyakan tentang baju yang saya gayakan dalam posting Instagram kerana ia dilihat sangat selesa, tetapi pada masa sama bergaya.
“Yang penting jenama AL FARO jenama mampu milik. Apa-apapun saya nak pesan janganlah meletakkan kehebatan seseorang itu pada saiz badannya semata-mata.
“Apabila saya dalam keadaan berisi atau kurus, saya sentiasa positif dan tak pernah marahkan diri. Orang saja yang body shaming saya ketika berisi dulu,” katanya lagi.
Sementara itu, Fasha baru saja menandatangani kontrak sebagai duta AL FARO dan hanya beberapa bulan saja, jenama tersebut terus meningkat naik dan terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award.
Menurut Pengarah Pemasaran AL FARO, Muhammad Irfan, Fasha Sandha sebagai dutanya memberi lebih impak dalam perniagaan mereka.
“Fasha Sandha pelakon yang memberi pengaruh sangat besar kepada masyarakat tempatan dan secara tidak langsung jenama ia pantas diperkenalkan dengan lebih meluas.
“Ini adalah jalinan pertama kami tetapi Fasha sudah memberi impak yang kuat terhadap jenama Al FARO.
“Saya berbesar hati Fasha menjadi sebahagian keluarga kami dan kami percaya tidak semua selebriti yang dilantik sebagai duta sesebuah produk bersungguh-sungguh mempromosikan jenama yang diwakili kepada umum seperti yang dilakukan Fasha,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.