Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida ada menyuarakan pendapat atas kemenangan penyanyi Cliff Umar menerusi rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), pada Ahad.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerusi video di IG TV menyifatkan kemenangan vokalis kumpulan Projek Pistol itu sememangnya layak bergelar juara atas dasar kelainan persembahan yang ditunjukkan berbanding dengan peserta lain.

“Sejak Dah Tak Taja GV, Saya Dah Tak Tengok Sangat…,” – Tetap Sokong, Datuk Vida Yakin 100% Cliff Umar Akan Menang Semalam!

“Sejak saya dah tak taja Gegar Vaganza saya dah tak tengok sangat dan saya dah tak layan sangat sebab macam ‘so-so’ sahaja setiap minggu sama saja.

“Tapi malam ini yang saya rasa peserta underdog dululah dan bukan peserta kegemaran saya pun tiba-tiba membuat satu benda yang luar jangkaan, bijak dan lain dari yang lain.

“Mengunakan satu pendekatan yang berbeza daripada peserta lain. Ini yang kita nak walaupun ramai yang meneka itu ini menang tapi firasat saya betul, 100 peratus yakin yang dia akan menang. Tahniah Cliff Umar,” katanya.

“Sejak Dah Tak Taja GV, Saya Dah Tak Tengok Sangat…,” – Tetap Sokong, Datuk Vida Yakin 100% Cliff Umar Akan Menang Semalam!

Vida pada masa sama menambah, seseorang penyanyi juga perlu melakukan rujukan dan punyai personaliti tersendiri demi survival dalam seni.

IKLAN

“Pandai dan bijak cara persembahan dia di atas pentas dan saya di rumah terhibur sangat. Saya tak kisah fasal kontroversi yang tak boleh ditegur lah apa lah, saya tak kisah.

“Jadi kepada artis yang nak masuk pertandingan kena rajin buat ‘homework’, jangan duduk di takut yang lama. Kita nak persembahan yang di luar kotak, lain daripada yang lain.

“Dengan cara tersendiri tanpa meniru pembawakan sesiapa maka anda akan mendapat tempat dalam industri.

“Anda telah memberikan yang terbaik dan anda memang layak memegang gelaran juara Gegar Vaganza ketujuh tahun 2020,” katanya panjang lebar.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya turut memberikan reaksi dan pendapat masing-masing.

Terdahulu, Penyanyi Cliff Umar dinobatkan sebagai juara program hiburan tahunan itu sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej penginapan berserta trofi.

Naib juara pula disandang Mus dan sekali gus melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai RM50,000, pakej penginapan berserta trofi.

“Sejak Dah Tak Taja GV, Saya Dah Tak Tengok Sangat…,” – Tetap Sokong, Datuk Vida Yakin 100% Cliff Umar Akan Menang Semalam!

IKLAN

Tempat ketiga dimenangi Ayu Damit sementara  Noraniza Idris dan Linda Nanuwil masing-masing tempat keempat dan kelima.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM15,000 beserta trofi kemenangan.

“Sejak Dah Tak Taja GV, Saya Dah Tak Tengok Sangat…,” – Tetap Sokong, Datuk Vida Yakin 100% Cliff Umar Akan Menang Semalam!

Manakala, Oja pula ditempat keenam dan Ashira di tempat terakhir.

GV7 disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu, setiap Ahad jam 9 malam.

Pentas akhir GV7 dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan dibawakan oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Foto: Instagram Datuk Seri Vida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI