“Sehelai Rambut Pun Tetap Akan Diazab,” – Noorkhiriah Perjelas Sebab Jarang Post Gambar Dengan Heroin Nur

Share

Pelakon Noorkhiriah menerusi Instagram lebih sejam lalu ada memuat naik posting berkenaan dengan pertanyaan pengguan media sosial mengenai dirinya yang dikatakan jarang memuat naik gambar bersama heroin drama Nur.

“Saya menjaga aurat dia,” jawabnya ringkas.

Lalu menerusi posting sama, bintang yang mendukung watak Aishah menerusi drama rantaian tersebut turut menyatakan sebab terperinci mengapa dia mengambil keputusan sedemikian.

“Kalau saya sibuk menjaga aurat saya, takkanlah sesukahati saya nak pamerkan aurat orang lain di sini. Walaupun banyak pendapat tapi saya ambil pendekatan untuk mengelak mempamerkan aurat wanita lain dalam IG saya.

“Andai tetiba wanita tidak menutup aurat ada dalam mana gambar atau video yang saya pun ada, saya akan minta izin terlebih dahulu sebelum post. Jangan main-main, sehelai rambut pun akan diazab,” antara tulisan yang dimuat naiknya.

Sementara menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji tindakan pelakon tersebut selain ada yang bertanya mengenai isu sensitif lain.

Foto: Instagram Noorkhiriah

 

IKLAN