Calon juara Hero Remaja 2020, Jabir Meftah menolak andaian apabila dia dikatakan lebih menyerlah berbanding finalis lain dalam pertandingan realiti itu.
Sebaliknya, pemuda berusia 20 tahun ini percaya rezeki dan empat finalis lain masing-masing mempunyai kelebihan dalam menonjolkan diri.
“Semua orang akan ada waktunya. Saya percaya kepada rezeki dan ia tidak pernah akan salah alamat.
“Mungkin pada peringkat ini, ada yang lihat saya lebih menyerlah. Akan tetapi siapa tahu akan ada rezeki lainnya juga.
“Dia sudah tetapkan rezeki masing-masing. Jadi siapa kita untuk persoalkannya,” jelasnya kepada MH.
Ditanya mengenai desas-desus yang membayangkan dirinya berpotensi besar untuk menggalas status Hero Remaja edisi terbaru, pemilik nama lengkap Jabir Jilani Meftah ini ada jawapan sendiri.
“Saya rasa andaian tersebut tidak benar, sebab sebelum ini saya pernah dikecam. Jadi saya rasa tidak ramai yang sokong saya.
“Apa pun, saya cuba usaha keras dan buat yang terbaik. Apa pun, persainganya cukup sengit dan saya pasti masing-masing idamkan yang terbaik.
“Saingan paling dekat sudah tentunya datang dari diri-sendiri. Sebab kalau kita fokuskan orang lain, ia tidak akan ke mana.
“Jadi lebih baik untuk saya cari kelemahan diri dan cuba perbaiki,” katanya lagi.
Terdahulu, Jabir ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri terbaru terbitan Zeel Productions yang bakal bersiaran di RTM, Juliet arahan Datuk Tarmimi Siregar.
Akan menemui penonton September depan, Juliet yang turut dibarisi pelakon hebat seperti Redza Rosli, Rozita Che Wan, Azza Elite, Rita Nadira dan ramai lagi itu merupakan aksi lakonan pertama Jabir.
Mengharapkan percubaan pertamanya ini mendapat reaksi positif penonton kelak, Jabir bagaimanapun akui gementar apabila menerima tawaran berkenaan.
“Jujurnya saya banyak belajar benda baru di set ini. Saya bertuah kepada pelakon senior yang terlibat sama dalam Juliet pun tidak lokek untuk mengajar dan kongsi ilmu.
“Memang berdebar dan gementar juga. Akan tetapi situasi set yang harmoni bersama krew produksi yang okay membuatkan diri kian selesa, alhamdulillah.
“Saya pegang watak Noah. Dia seorang yang ‘cool’ dan romantik. Berbeza dengan sikap saya secara realitinya.
“Jadi sebagai orang baru yang belum ada pengalaman, ia boleh dikatakan mencabar jugalah.
“Tamat sahaja Hero Remaja, saya rancang untuk terus berikan komitmen terhadap lakonan.
“Pada masa sama, saya juga mahu menjadi ‘jambatan’ kepada orang muda untuk bersuara. Sebab bagi saya, ramai orang muda yang hebat di luar sana cuma tidak diberi peluang.
“Bersuara itu bukanlah dalam konteks yang merepek-repek, tetapi dari segi idea atau apa perancangan mereka untuk majukan diri,” katanya yang turut menguruskan pertubuhan bukan kerajaan, Youth Care Malaysia.
Antara Jabir, Meerqeen, Haziq, Nadhir dan Umar, siapakah yang akan menjadi Hero Remaja yang terbaru?
Jangan ketinggalan untuk menonton Hero Remaja 2020 Akhir yang bersiaran secara langsung esok, jam 9.00 malam secara ekskusif di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.
Setelah dikejarkan ke hospital pada malam Ahad, personaliti TV, Iesya Toh berkongsi perkembangan terkini ibunya, Sharifah Meryam Syed Abd Rahman Al-Attas.
Menurut Iesya, ibunya yang mengalami sakit di bahagian tulang pinggul dilaporkan baik-baik sahaja sejurus selepas menerima keputusan x-ray.
Pelakon Emma Maembong bersama suami, Muhammad Shazli Azhar menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti yang turut sama tumpang gembira dengan berita kehamilan Emma yang dikongsikan keduanya menerusi Instagram pada Selasa.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail memaklumkan usia kandungannya mencecah empat bulan.
Kini menikmati percutian di Langkawi, Emma menerusi laporan Berita Harian berkongsi perasaannya yang gembira bercampur teruja.
“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini.
“Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, dia dan suami turut tidak sabar menantikan kehadiran permata hati dalam keluarganya.
“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami.
“Suami juga gembiranya bukan kepalang,” ujar Emma yang dijangka bakal melahirkan anak sulungnya, November depan.
Menerusi hantaran di Instagram itu, Emma menerusi kapsyen membayangkan bulan madu mereka disifatkan sebagai percutian terakhir berdua dengan suami kerana selepas ini mereka tidak sabar ditemani anak.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...