Perkongsian yang cukup ‘menyayat’ hati, Heliza Helmi memaklumkan mengenai insiden sinki yang digunakan telah jatuh berkecai.
Ia berlaku sewaktu bintang itu sedang mengambil wuduk. Apatah lagi, ini adalah pertama kali dia mengunjungi klinik berkenaan.
“KISAH MENYAYAT HATI HARI INI ?( HAYATILAH KISAH INI , AVANGERS.. adakah Thanos? Atau Captain Marvel?…)
“Begini kisahnya… Masa ambil wudu dekat sinki ni, tengah ambil wudu, TIBA TIBA!!!
“KEDEPANGGGGG”!!! “ALLAHU AKBAR!!!” SEGALANYA DALAM BERKELIP MATA, SINKI JATUH PECAH( video ni di ambil lepas dah kemas semua pecahan sinki, terima kasih staff @drsmilebangi yang bantu sangat pantas untuk bersihkan kawasan ini , MasyaAllah, May ALLAH bless u guys , aamiin )CERMIN KU RETAK , RETAK TAK BERIBU,PAIP AIR TERUS TAK KELUAR AIR! Ni Magik ke apa niii
“Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, masa tu speechless sangat!!! Dah la first time datang klinik @drsmilebangi , datang2 je buat HAL?. Tapi Kakja nak pi solat, ambil wudhu je, tak buat HAL pun. HALAMAK, camne niii.
“Masa tu Doktor dan Staff @drsmilebangi terus keluar dan tengok Kakja, dan benda pertama dorang kata “Heliza OK?”
“MasyaAllah.. time tu Kakja kata, “saya Alhamdulillah Okay, yang tak OK Sinki cermin semua ni, saya ambil wudu je, tapi taktau la kenapa, kuat sangat ke saya ambil wudu sampai jadi gini
“Dorang sangat baik, dorang kata, “Tak Apa Tak Apa”
Ads
“Kakja kata “ nanti bagitahu berapa , saya bertanggungjawab untuk ganti rugi balik, salah saya, saya ambil wudu camne ntah sampai begitu jadinya”
“Doktor @drsmilebangi dengan keadaan tak marah dan bagitau “Heliza tak perlu tanggung apa apa kerugian atas kerosakan tadi, hanya doakan @drsmilebangi murah rezeki”
“Ya Allah jangan begitu, memang saya perlu bertanggungjawab dalam hal ni.
“Mohon kalian semua untuk doakan @drsmilebangi diberikan keberkatan dan keafiatan, dijauhkan kemudaratan dan diberikan kebaikan dunia akhirat
AAAMIIN ( Mohon Aamiinkan DOA ini )
Ads
“Ps: sedih tak cerita kakja ni…( lepas ni patient lain yang selalu gunakan sinki ni, kakja bagitau awal awal, sinki ni DAH TAK ADA DI DUNIA INI,MAAFKAN SAYE),” tulisnya.
Malah, dia turut mengabadikan sebuah rakaman video detik-detik terakhir sinki berkenaan sebelum ‘dikuburkan’ dengan kata-kata ‘pemergianmu kenangan abadi.”
“SAMBUNGAN…
KISAH TRAGIS MENYAYAT HATI ANGKARA THANOS
Ads
Hari ni sinki telah berbalut seperti ini dan sebentar lagi ia akan diabadikan dan akan digantikan yang baru. Terima kasih kerana berkhidmat selama ini
Doktor bagitau, perkara ini tak pernah terjadi dalam @drsmilebangi … kakja syak ni semua angkara Thanos
Actually kakja tak tengok lagi AVENGERS END GAME. So tak tau siapa tu Thanos. Saja je sebut.”
Penyanyi Aina Abdul meluahkan keterujaannya apabila berpeluang berkongsi pentas dengan idolanya, penyanyi Jaclyn Victor.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Aina berkata meski gembira namun timbul juga kerisauan dan perasaan gemuruh untuk membuat persembahan duet pada konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) minggu kelima, malam ini.
“Saya sangat teruja dan juga gemuruh. Percaturan Tuhan adalah sesuatu yang cantik dan menakjubkan.
“Ingat lagi ketika tahun 2015, saya menonton Kak Jac membuat persembahan di Rumah Terbuka PM (Perdana Menteri), saya sangat terpesona dan jatuh cinta dengan nyanyiannya.
“Dan sekarang di tahun 2022, kami berpeluang berkongsi pentas dan berduet bersama, ia perkara gila!
“Doakan kami, terima kasih Kak Jac dan Kak Zalique untuk peluang ini,” tulis Aina di ruangan kapsyen.
Pelakon dan hos, Mira Filzah atau nama lengkapnya, Nur Amirah Filzah binti Badioezaman ada mendedahkan asal usul namanya kepada peminat pada Selasa.
Memberikan penjelasan selepas ditanya menerusi aplikasi Ask Me Question di Insta Stories, bintang Sweet Dreams itu menjelaskan pada awal, kedua orang mahu memberikan nama ‘Wardah’ selepas dicadangkan ustaz.
Bagaimanapun, si ibu pula lebih gemar untuk memberikan nama yang lebih panjang.
“Siapa yang suggest nama Mira Filzah? Ibu ke ayah?,” tanya peminat.
“Mak. Asalnya nama Mira, mak abah nak namakan ‘Wardah’ sebab ustaz bagi nama itu.
“But mak suka nama panjang. Hence, Nur Amirah Filzah,” tulisnya merungkai di balik namanya.
Terdahulu, Mira merupakan anak kedua dari tiga beradik perempuan dan dia dilahirkan pada 2 April 1993.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi rap Aman Ra mengumumkan dia telah selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati dikenali sebagai Hani Amira pada Isnin.
Aman atau nama sebenar, Aman Jamaluddin, 35, berkongsikan khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambarnya bersama suri hati.
“Assalamualaikum. Dengan rendah hati, ingin saya berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami.
“Doakan yang terbaik, dan terima kasih atas segala sokongan,” tulis Aman di ruangan kapsyen.
Pelakon Rozita Che Wan mengakui kontroversi berkaitan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyebabkan beberapa rakan menjauhkan diri.
Menurut Rozita, 52, atau lebih dikenali...