Pelakon dan usahawan, Nadzmi Adhwa meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir pihak termasuk rakan-rakan artis yang sehingga kini dikatakan masih tidak memboikot jenama yang didakwa mempunyai kaitan dengan Isr@el.
Malah dia turut bertanya mengenai jumlah bayaran yang diterima sehingga sukar untuk menolaknya.
“Masih juga tanak boikot. Tak mati kot kalau tak makan duit haram ‘isswell’ tu. Berapa sangat tawaran untuk product mereka yang kawan-kawan tak boleh sangat nak tolak tu?,” tulisnya.
Perkara itu disuarakan Nadzmi menerusi sebuah hantaran di Thread baru-baru ini sehingga menjadi sorotan warganet.
Ads
“Sedihlah Tengok Kawan-Kawan Sendiri Pun Tak Cakna.”
Tambahnya lagi, sokongan berterusan terhadap produk-produk berkenaan hanya memberi kesan yang buruk kepada mereka yang tertindas.
Ads
“Sedarkah produk-produk tersebut menyumbang pada pembunuhan saudara kita di sana Sedihlah tengok kawan kawan sendiri dalam industri pun tak cakna,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, isteri Nadzmi, pelakon Ardell Aryana, antara 17 sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Israel kerana menyertai misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Difahamkan, kali terakhir Ardell berkongsi perkembangan adalah ketika kapal Mikeno yang dinaikinya diserang rejim Zionis.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Thread & Instagram Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia ratu cantik sekali lagi menyaksikan dominasi Filipina apabila wakilnya, Emma Mary Tiglao, diumumkan sebagai pemenang Miss Grand International (MGI) 2025 yang berlangsung gilang-gemilang di MGI Hall, Bangkok, Thailand, malam ini.
Pertandingan edisi ke-13 itu menghimpunkan 77 peserta dari seluruh dunia, namun Emma, 30, berjaya menambat hati juri menerusi penampilan yang anggun, keyakinan tinggi dan jawapan bernas dalam sesi soal jawab akhir yang menjadi penentu kemenangan.
Bekas penyampai televisyen dan model profesional itu tampil menguasai pentas dengan pesona tersendiri sejak pusingan awal lagi, malah persembahannya dalam kategori evening gown dan swimsuit turut mencuri perhatian ramai pemerhati dunia pageant.
Emma, yang lahir di Pampanga pada 8 Disember 1994, bukan nama asing dalam arena ratu cantik. Beliau pernah mewakili Filipina di beberapa pertandingan antarabangsa sebelum ini, namun kemenangan kali ini dianggap sebagai kemuncak kariernya selepas lebih sedekad bergiat aktif dalam dunia kecantikan dan fesyen.
Kemenangan Emma sekali gus mengekalkan reputasi Filipina sebagai antara negara kuasa besar dunia ratu cantik selepas beberapa wakilnya sebelum ini turut berjaya menempah nama di pentas antarabangsa seperti Miss Universe, Miss International dan Miss Earth.
Tempat kedua dimenangi wakil Thailand manakala wakil Sepanyol pula berjaya menduduki tempat keiga. Wakil Ghana dan Venezuela pula menelengkapkan kedudukan di tempat keempat dan kelima.
Penganjuran tahun ini turut mencipta rekod tersendiri dengan penyertaan tertinggi sejak MGI ditubuhkan pada 2013, selain menampilkan pembaharuan dalam syarat umur peserta antara 18 hingga 35 tahun bagi memberi peluang lebih luas kepada wanita matang dan berpengalaman.
Wakil Malaysia, Viviana Lin Winston tidak berjaya mengekalkan kejayaan Melisha Lin yang bergelar 5th runner-up dalam edisi tahun lalu apabila beliau gagal mara ke peringkat top 22 pada malam grand finale sebentar tadi.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Erysha Emyra turut sama terkesan dengan peningkatan masalah salah laku dan kes jenayah dalam kalangan pelajar sekolah kini berada di tahap yang membimbangkan.
Erysha berpendapat perkembangan media sosial turut menjadi sebab hal berkaitan kini lebih mendapat perhatian berbanding sebelum ini.
“Mungkin dahulu banyak juga masalah salah laku yang berlaku di sekolah. Namun, ketika ini, kita lebih nampak ia berlaku sebab adanya media sosial.
“Bila ada sesuatu yang berlaku, kita terus boleh dapat tahu. Kalau dahulu, mungkin selepas beberapa minggu baru kita tahu tentang masalah yang berlaku di sekolah. Mungkin juga hal-hal tersebut tidak terlalu diperbesarkan.
“Bila isu-isu seperti ini berlaku, kita boleh bersuara tentang apa yang betul dan salah. Secara tidak langsung, kita boleh didik anak-anak untuk berkelakuan lebih baik,” katanya kepada MH.
Anak kepada pelakon Noniswara itu berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama terbitan Viu, Satu, Dua…Dia? di Kampung Melayu Subang, Shah Alam pada Rabu.
Dalam masa sama, Erysha mengakui isu tersebut turut membuatkan dirinya semakin risau terhadap keselamatan dan sahsiah adik-adiknya yang masih bersekolah.
“Saya juga risau dengan keadaan di sekolah ketika ini. Saya ada adik-adik yang masih bersekolah. Paling kecil usianya sembilan tahun.
“Pada saya, jika kita besarkan mereka dengan cara yang baik, mereka akan tahu jaga dan mengawal diri ketika di sekolah,” katanya lagi.
Erysha menambah, dia sentiasa menasihati adik-adiknya tentang kehidupan dan bagaimana untuk mempertahankan diri tanpa perlu bergaduh secara fizikal.
“Saya pesan macam-macam kepada adik-adik terutamanya soal kehidupan. Pada masa sama, saya mahu mereka membesar dengan cara mereka sendiri.
“Saya juga lebih suka bila mereka tahu untuk mempertahankan diri. Tak semestinya kena bergaduh.
“Seperti kanak-kanak biasa, mereka juga ada bagitahu yang kawan-kawan mereka sudah tidak mahu berkawan lagi. Jadi, saya minta mereka bertanya kepada diri sendiri.
“Adakah mereka ada buat salah atau cakap hal-hal menyakiti. Setiap cerita ada dua sisi,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, pelakon drama Jangan Menangis Cinta ini turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyalahkan kandungan televisyen sebagai punca pelajar bertindak agresif.
“Pada saya, setiap perkara ada baik dan buruknya. Terpulang kepada kita nak menilai dan menerima kandungan-kandungan yang disiarkan di televisyen.
“Ada kalanya, kita juga perlu kandungan-kandungan yang memaparkan tentang realiti untuk beri kita pengajaran. Mungkin untuk anak-anak kecil, perlu ada pemantauan daripada golongan dewasa.
“Mungkin apa yang dipaparkan di televisyen itu perbuatan yang salah tapi pasti ada mesej positif yang ingin disampaikan di sebaliknya,” akhirinya.
Untuk info, drama Satu, Dua…Dia? arahan Datuk Yusry Abdul Halim bakal ditayangkan di platform penstriman Viubermula 23 Oktober ini, turut dibintangi Ariel Fesol, Afiq Hamidon, Zarif Ghazi dan Rizal Rasid.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada tiga pempengaruh media sosial tanah air iaitu Mat Alip, Imranul Effendy termasuk penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi yang membuktikan bahawa mereka bukan sekadar jaguh di alam maya, apabila masing-masing dinobatkan sebagai juara All Star Championship 2025.
Kemenangan itu sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta trip eksklusif ke Dubai untuk mewakili Malaysia dalam siri pertarungan antarabangsa.
Pertandingan anjuran All Star Influencer Sdn. Bhd. ini memperlihatkan aksi sengit antara barisan pempengaruh popular yang bukan sahaja aktif di platform digital, malah menunjukkan ketahanan fizikal dan mental luar biasadalam arena sukan kompetitif.
Dalam kategori Flyweight, Mat Alip menewaskan Oyot dengan kelebihan teknik dan stamina, sementara Imranul Effendy menundukkan Amir dalam kategori Lightweight.
Anak kepada aktor senior, Fauzi Nawawi iaitu Fareez Fauzi pula mengungguli kategori Midweight selepas menumpaskan Sheikh Sonic dengan gaya penuh yakin.
Kejohanan turut diserikan dengan aksi persahabatan dua negara apabila Yusman Kusuma dari Indonesia berentap dengan Fahmi dari Malaysia, mencetus sorakan gemuruh dan semangat kesukanan sejati dalam kalangan penonton.
Menurut penganjur All Star Championship, Datuk Abd Rahman Soltan, kejayaan kali ini membuktikan semangat luar biasa dalam kalangan peserta.
“Peserta berlatih bersungguh-sungguh walaupun ramai bermula dari kosong. Mereka bukan bermain-main. Disiplin dan semangat mereka benar-benar mengagumkan,” katanya.
Tambahnya lagi, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi platform menggabungkan elemen kecergasan dan dunia digital, seiring dengan usaha mempromosikan pelancongan domestik melalui Tourism Malaysia dan MOTAC sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Kejohanan ini membuktikan bahawa dunia sukan dan digital boleh bergerak seiring. Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi ruang untuk mendidik, menginspirasi dan menyemai semangat juang anak muda,” katanya lagi.
Sementara itu bagi Mat Alip, kemenangan ini menjadi bukti bahawa pempengaruh juga mampu bersaing di gelanggang sebenar.
“Saya mahu buktikan bahawa pempengaruh bukan sekadar di depan kamera, tetapi juga mampu beraksi di gelanggang sebenar,” ujarnya.
Imranul Effendy pula mengakui perjuangan ke podium kemenangan bukan mudah apabila terpaksa menurunkan berat badan daripada 75 kilogram ke 65 kilogram.
“Ia perjalanan yang sukar, tapi saya jadikan setiap cabaran itu sebagai motivasi. Kemenangan ini saya hadiahkan kepada ibu dan pasukan saya,” katanya.
Manakala Fareez Fauzi menyifatkan rezeki kemenangan itu sebagai ganjaran hasil usaha konsisten dan kepercayaan terhadap proses latihan panjang.
“Saya bermula tanpa banyak pengalaman dalam pertandingan seperti ini, tapi saya percaya dengan usaha konsisten. Hari ini, semua pengorbanan itu berbaloi,” katanya.
Ketiga-tiga juara kini bersiap untuk terbang ke Dubai, mewakili Malaysia di pentas antarabangsa yang seterusnya menjadi satu peluang besar untuk mengangkat nama pempengaruh tempatan di skop yang lebih besar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.