Usahawan kosmetik, Nur Sajat hari ini ada menitipkan dedikasi bersempena dengan ulang tahun kelahiran dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza yang keenam.
Sambil mengenang memori indah bersama, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu bagaimanapun mengakui kali ini perkara itu tidak berlaku seperti mana sebelumnya.
“Hari ini,hari jadi anak anak ummi yang ke 6 tahun .. setiap kali hari jadi anak anak ummi.. ummi, mama, auntie @mokkay_ paling excited untuk buat persediaan hari jadi syaza dan syahmi.
Ads
“Macam-macam ummi plan.. nak bagi anak anak ummi bahagia, dari ummi tak pandai buat donut coklat, atas permintaan anak2, gigih ummi tengok youtube, belajar sendiri.. akhirnya menjadi jugak.
“Itu lah kenangan sambutan hari jadi tahun Lepas… tetapi kali ini, tahun ini… semuanya kita tak bersama sayang. Kenangan tahun Lepas, Kenangan kita berkumpul bersama. Tahun ini kita tak dapat bersama.
Ads
“Sedih ummi, ummi rindu anak anak ummi, nak peluk, nak cium..Kenapa semua ini terjadi,” tulis Sajat.
Perkongsian tersebut dibuat Sajat menerusi satu posting di Instagram, menerusi pautan beberapa foto kenangan mereka sekeluarga.
Ads
“Selamat hari jadi anak-anak ku, ummi harap kita dapat berjumpa kembali, bersatu kembali, maafkan ummi jika ummi tak sempurna, 14/05/2021,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersyukur diberikan Allah kesempatan untuk kembali bertemu bulan yang penuh keberkatan buat umat Islam itu, penyanyi Ameng mengakui Ramadan kali ini istimewa apabila dia turut berpeluang mendekati peminat dengan buah tangan terbaru.
Muncul dengan lagu raya berjudul Aidilfitri Yang Ku Rindu, ia pastinya menjadi hadiah berharga buat peminat yang sentiasa menanti kemunculan terbarunya.
Menurut Ameng, lagu itu juga menjadi simbolik silaturahim antara dirinya dan peminat kerana ia dihasilkan oleh peminat setia yang mengikuti perjalanan karier seninya sejak bersama Spring lebih tiga dekad lalu, dikenali sebagai Rash.
“Memang saya pernah merakamkan lagu raya, tetapi usaha sebelum ini tidak memberikan kepuasan jitu kepada diri saya sebagai penyanyi. Dalam projek itu, saya berganding bahu dengan barisan penyanyi popular yang bernaung di bawah pengurusan Sony Music Entertainment, sedikit masa lalu.
“Secara peribadi, saya melihat ada ruang baharu untuk saya teroka kerana saya masih belum mempunyai lagu raya yang betul-betul popular. Di samping itu, saya juga ingin kembali mendekati peminat yang mungkin merindui kemunculan terbaru saya.
“Saya ambil peluang itu dengan merakamkan lagu raya kerana mahu memberikan sedikit kelainan. Secara tidak langsung, usaha saya itu turut memberikan lebih pilihan kepada peminat, selain menambah khazanah komposisi lagu raya baharu untuk dinikmati pencinta muzik,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu masih mengekalkan genre muzik yang sinonim dengan dirinya iaitu pop balada.
“Sebagai peminat fanatik kumpulan Spring, Rash sangat memahami cara nyanyian dan genre lagu yang saya hasilkan ketika bersama kumpulan itu.
“Untuk memastikan sentuhan ini memenuhi kriteria yang saya inginkan, saya turut memberikan idea dari segi komposisi melodi kerana saya mahukan keselesaan ketika rakaman.
“Dengan pengalaman yang ada, saya dan Rash berkongsi idea serta mencari titik tengah kerana mahukan proses penghasilan lagu ini memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Ameng juga percaya, lagu ini bakal menjadi pilihan peminat setia yang merindui kemunculan terbarunya, meskipun dia menghadirkan karya yang sedikit berbeza.
“Kebanyakan lagu raya menyuntik elemen nostalgia dan kemelayuan dengan mengetengahkan genre muzik tradisional dan seperti asli, joget serta keroncong.
“Saya pula memilih untuk tampil dengan genre balada kerana muzik seperti itu adalah cerminan jiwa saya,” katanya lagi.
Sebagai penyanyi yang sudah lama bertapak, dia juga begitu teliti dalam pemilihan lagu. Namun pada satu sudut, dia juga perlu mengimbangi antara kemahuan peribadi dan kehendak peminat.
“Saya perlu akur dengan selera peminat, tetapi pada masa sama cuba menghasilkan karya yang mengikut peredaran zaman, tanpa mengetepikan identiti muzik yang sinonim dengan diri.
“Pada asalnya, melodi lagu ini kedengaran sangat berbeza dengan apa yang dirakamkan.
“Memandangkan saya agak teliti dalam pemilihan lagu, saya tidak kisah mengambil sedikit masa untuk memastikan lagu ini memenuhi kriteria yang saya inginkan.
“Kerja penghasilan lagu ini mengambil masa hampir setahun kerana ia melalui beberapa proses tambah baik. Hanya selepas betul-betul berpuas hati, baru saya mengambil keputusan untuk merakamkannya,” katanya.
Tidak menafikan, tempoh promosi untuk lagu raya agak terbatas memandangkan ia hanya diputarkan pada musim perayaan.
Ameng bagaimanapun yakin, Aidilfitri Yang Ku Rindu bakal bertahan, seterusnya menjadi pilihan peminat setiap kali lebaran menjelma.
“Aidilfitri Yang Ku Rindu mempunyai nilai sentimenal yang tersendiri dan saya percaya, ia mampu merentas sempadan masa untuk terus menjadi pilihan peminat setiap kali musim perayaan tiba.
“Saya berharap pencinta industri muzik bersikap lebih terbuka dan terus memberikan sokongan terhadap karya terbaru saya, meskipun lagu raya nostalgia lebih mendapat tempat kerana sudah sebati di pendengaran ramai.
“Lagu baharu akan tetap ada kerana sebagai pengkarya, kami perlu sentiasa mencuba dan menghasilkan karya untuk terus memajukan industri muzik.
“Secara peribadi, saya tidak terlalu mengharapkan penerimaan yang luar biasa, tetapi saya percaya sudah memberikan yang terbaik seperti yang dimahukan peminat,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu boleh didengari menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program Majalah 3 yang bersiaran pada Isnin lalu nyata menjentik jiwa ramai, apatah lagi ia memaparkan mengenai situasi pandemik Covid-19 di negara ketika ini yang membawa kepada komitmen para petugas barisan hadapan yang berjuang menyelamatkan nyawa pesakit.
Menerusi paparan khas Kita Masih Belum Menang yang disiarkan secara eksklusif di TV3 itu, dokumentari selama kira-kira 1 jam antara lain merangkumi bagaimana keadaan sebenar pesakit di atas katil wad ICU.
Pada masa sama, turut diperincikan mengenai keadaan pesakit kategori 1 hingga 3 yang dirawat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) serta apa perasaan para petugas KKM di di dalam mengendalikan tugasan merawat pesakit COVID-19 ini sejak setahun lalu.
Liputan rawatan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, turut disajikan kepada penonton.
Dikongsikan kembali menerusi YouTube TV3 Malaysia, program tersebut yang sudah pun menerima hampir 80,000 tontonan itu turut mendapat reaksi pelbagai warganet.
Rata-ratanya mengucapkan syabas atas paparan yang dibawakan selain turut memuji kecekapan serta fokus yang diberikan para petugas barisan hadapan di dalam melaksanakan tanggungjawab.
Tidak kurang, ada yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika berdepan dengan wavak berbahaya ini.
Ikuti dokumentari penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil yang telah disahkan positif Covid-19 ada berkongsi cerita perkembangan terkini dirinya bersama peminat.
Abil memaklumkan, dirinya sudah ada kembali deria rasa dan bau, namun masih belum pulih sepenuhnya.
Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini meluahkan rasa syukur apabila keadaan dirinya kini sudah beransur pulih dan telah menunjukkan kesan positif.
Anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search itu sudah menjalani kuarantin hari yang ke-9, hari ini.
“Selamat pagi kawan-kawan..Just a lil update, hari ini adalah day 9 of quarantine. I’m gettin better and stronger! Pagi ni bangun badan rasa fresh..
“Abil dah boleh bau & rasa but not 100 percent yet la..But still..i am thankful ! Emosi pun dah kembali stabil. I boleh rasa kulit i dah kembali glowing.
“Ye lah bila kite sakit kan kulit kite macam kusam, lips macam lebam ..ee i benci gila! Tu pun punca sbenarnya buat kite hilang semangat tau,” tulisnya.
Pelakon Munafik ini turut memaklumkan, petugas kesihatan akan hadir ke kediamannya bagi melakukan ujian saringan sekali lagi.
“So today doctor akan datang rumah untuk buat swabtest me and husband.
“Walau apa pun terjadi i memang takkan langkah klua dari rumah ni untuk pergi anywhere. Cukup lah kite teraniaya sebab manusia yang tidak bertanggungjawap.
“Abil doakan korang semua di jauhi lah dari penyakit jahat ni..Amin! Ok korang, 1 more day to go! I can do this..,” tulisnya.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.