Ads

“Sedih, Terpukul Dan Hancur,” – Tya Ariffin Kongsi Berlakon Filem Pendek Fasal Badai Tsunami, Kebetulan Di Lokasi Sama Kawasan Bencana Pulau Anyer!

Masih merasai kesedihan akibat badai tsunami yang melanda Pulau Anyer yang meragut lebih 200 nyawa beberapa hari lalu, Tya Ariffin berkongsi pengalamannya terlibat di dalam sebuah filem pendek, yang menjalani penggambaran lebih empat tahun lalu.

Sepotong video pendek filem berkenaan yang berkisar mengenai ombak tsunami yang berjudul Earthbound itu secara tidak langsung menjentik rasa sebak di hati isteri kepada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid ini.

“4 tahun lalu, saya dan teman2 shooting film pendek tentang tsunami yang berjudul “EARTHBOUND”.

“Bukan bermaksud untuk mengaitkan dengan musibah tsunami saat ini, tetapi, lokasi shooting kami dengan musibah tsunami adalah SAMA yaitu Pulau Anyer,” kongsinya.

Ads

Malah kerana penggambaran dilakukan di lokasi kawasan bencana, Tya turut mengakui rasa lebih dekat terhadap mangsa terlibat.

“Sedih? iya. Dengan menonton film pendek ini, hati saya merasa lebih dekat dengan korban musibah tsunami di P Tanjung lesung, Anyer. Sedih, Terpukul dan Hancur. Innalillahiwainnaillaihrojiun. Al-fatihah,” kongsinya lagi.

Ads

Sehingga kin, video tersebut sudah pun ditonton lebih 120,000 kali.

Ads

Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu itu turut mengakibatkan kesemua anggota kumpulan muzik, Seventeen maut kecuali vokalisnya.

Instagram: Tya Ariffin

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan...

Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya
error: Hello. Cannot.