Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sedih pemergian pelakon veteran, Abu Bakar Juah pada petang Sabtu.
Pelakon, Elly Mazlein misalnya ada meluahkan rasa sedih kerana tidak sempat untuk bertemu dengan arwah Abu Bakar seperti yang dirancang.
Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafo juga berkongsi cerita kenangan bersama arwah menerusi akaun Instagram miliknya.
“Sempat jmpa Ayah Awal bln ari tu Kata mama & Zarith ,ayah xde selera nak mkn.
“Masa Sharifah dtg ( Ayah Abu Bakar suka pnggil sy dgn nama Sharifah),Ayah cuba mkn sbab nak Sharifah Happy.
Ads
“Sharifah smpat tanya ,Ayah nak mkn apa ,nnti Sharifah masak .. Ayah ckp nak mkn kari Kepala Ikan.
“Sbenarnya dah bg tau Zarith (Anak Ayah Abu Bakar Juah) yg Sharifah jnji nak dtg ari ni Ziarah Ayah, tp..Allah lbih syg kan Ayah.
Ads
“Ayah tngu ya ..Sharifah dtg skrg nak tgk Ayah buat kali terakhir & seperti mana yg Sharifah jnji nak dtg ari ni Ayah tngu ya ..Al-Fatihah buat Ayah,” tulisnya.
Pendakwah, Ustazah Asma Harun mendoakan Fathia Latiff terus istiqamah, terus kuat dan tabah seterusnya menjadi wanita solelah.
Harapan tersebut diberikan ustazah berkenaan selepas mendapatipelakon dan penyanyi tersebut turut hadir ke ceramahnya, baru-baru ini.
“SubhanAllah, @fatiyalatiff ke ni.. ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok..maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya”
“Sejam lebih fathiya dan kawan²nya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah.
“Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak² atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah. Rasa nak peluk² je”, tak semena² kami sama² mengalirkan air mata.
“Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh…”
“Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik², kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa fathiya..”
Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, fathiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik,” tulisnya.
Asma pada masa sama turut mengalu-alukan kehadiran rakan selebriti demi merapatkan ukhwah.
“SubhanAllah, saya sangat mengalu²kan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi ok je sebenarnya.. done claim.
“Jemputlah datang ke galeri kami di senawang, N9, insyaAllah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi² kita nak tolong menolong di Akhirat sana.
“Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke, subhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang² masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhuwah,” tulisnya panjang lebar.
“New vlog post! D & F masak rendang for the first time. Nak tahu haru ke tak, tekan link in my bio! (or search DianaDanielleTV on Youtube,” tulisnyanya.
Video tersebut nyata menarik perhatian ramai yang teruja melihat Diana mengucup pipi Farid itu.
Malah, ada juga yang menyifatkan telatah pasangan tersebut mengingatkan mereka kepada penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari dan suami, allahyarham Ashraf Sinclair.
Terdahulu, Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 November 2012.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Sumber: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Yatt Hamzah ada berkongsi cerita mengenai penyanyi antarabangsa, Rihanna yang ingin menyalur bantuan kepada masyarakat Lebanon yang menghadapi letupan gergasi pada awal bulan lalu.
Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memuji sikap prihatin yang ditonjolkan superstar itu kepada masyarakat seluruh dunia meski dirinya bukan beragama Islam.
“Rihanna Just Asked Her 100 Million Followers To Donate To Help Lebanon. Rihanna telah meminta 100 juta pengikutnya di Instagram utk menderma bg membantu Beirut.
“Walaupun dia Not Yet Muslim, tapi dia tetap bantu dan ajak semua orang bantu atas dasar KEMANUSIAAN. SUBHANALLAH,” tulisnya.
Yatt turut menyarankan agar pengikutnya juga menghulurkan sumbangan kepada masyakarat di Beirut, Lebanon demi kesejahteraan bersama.
“Dan walaupun pengikut sy tak sampai pun 1 juta, saya tetap mohon semua followers utk menderma sejak awal peristiwa dasyhat itu berlaku.
“Dan saya mohon setiap hari agar kita semua terus membantu semampunya. Paling penting sebarkan mesej ini agar lbh ramai yg tahu dan bantu.
“Mungkin telah berjuta dana dr pengikut Rihanna dikumpulkan. Saya hanya mohon utk kumpulkan sekurang2nya RM30k-RM50k dari rakyat Malaysia jika dapat, utk bantu Beirut, Lebanon dan Alhamdulillah hampir RM25k telah berjaya dikumpul.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...