MH pasti ramai yang kenal dengan pelakon dan penyampai radio popular, Zulin Aziz yang sering menghiburkan hati kita dengan aksi slumbernya.

Siapa sangka pelakon yang sentiasa ceria dan peramah ini rupanya seorang yang pendiam jika dia berasa malu atau tidak selesa.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Zulin menerusi akaun Instagramnya malah terpadat banyak lagi perkara tentang dirinya yang kita tidak tahu turut dikongsikan dalam perkongsiannya itu.

IKLAN

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

IKLAN

“Seorang zulin senang kalau dapat gembirakan hati org lain.walau apa keadaan sekalipun.saya cuba sorok dgn senyuman.kalau diluar saya pokpekpokpek tp kalau kat rumah saya tak banyak cakap.saya sejenis duduk dalam dunia sendiri. ramah,tapi saya akan jd pendiam bila saya malu atau tidak selesa .yaa nampak macam saya ni jenis selamba tapi sbnarnya pemalu dan tak yakin dengan diri sendiri.

 

“Saya ada banyak kawan tapi memilih untuk rapat dengan beberapa org saja.dalam usia begini saya sudah malas melayan drama2 manusia.jadi saya lebih suka bersendiri.

 


“Balik dari kerja saya masak,melayan anak angkat saya dan tidur.

 


“Kalau saya bosan,saya buatlah video apa2 utk hiburkan hati sendiri.

 


“Saya orgnya sangat sensitive.
Kalau saya sedih selalunya saya akan melukis,kalau saya bosan saya akan makan,kalau saya stress saya akan menyanyi joget2 sorang2.



 

“Saya berdikari dari kecil.keluar dari rumah diusia sangat muda. Jadi saya sudah terbiasa sendiri.

 


“Saya sangat suka budak2..
Bila ada budak2 saya sangat happy xtau nak ckp mcmana. Dan kwn2 saya panggil saya makcik sbb saya suka duduk rumah melayan budak,masak,sembang dgn org tua ?.Saya selesa begitu.saya pening lepak dengan org asik bergossip cerita harta dunia je.nanti saya akan lari dan sembang dengan makcik2 tanya dia resepi lagi bagus.

 


“Ermm apa lagi ya?.
Saya kalau sayang org saya sayanggggg sangat.tapi kalau saya dah tak suka..saya buang saja dalam hidup saya walaupun saya maafkan tapi selalunya saya dah tak mahu dekat lagi.

 


“Saya selalu fikir..lebih baik saya hargai org yg hargai saya,terima saya seadanya dari saya pening2 nak jaga hati org dan makan hati.

“Kadang apa saya cakap org salah faham dan xkan faham.saya saja tahu siapa saya.saya org yg sangat sukar difahami,mungkin. Sbbtu saya banyak pendam.

 


“Mereka hanya terima saya ketika saya buat mereka ketawa.sedih sakit saya xada yg mau tau.

 


“Jika senyum ini boleh buat anda gembira,saya akan sentiasa senyum walau apa jua keadaan.Alhamdulillah.sekarang saya bahagia dengan hidup saya.terima kasih Allah❤,” kongsi Zulin tentang dirinya.

MH puji sikap Zulin yang suka menghiburkan hati orang lain walau dalam masa yang sama di sebalik senyumannya itu tersirat pelbagai rasa yang harus dipendam.

IKLAN

Semoga hidup Zulin sentiasa diberkati ALLAH SWT dan terima kasih kerana selalu memberi gelak dan tawa buat semua peminat.

Sumber: Instagram Zulin Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI