Usahawan kosmetik, Cheta Potpet yang sebelum ini pernah muncul dengan single pertama berjudul Aku Yang Kau Mahu lebih dua tahun lalu mengakui dia kini sedang mencari material baharu untuk menghasilkan single kedua.

Cheta atau nama sebenarnya, Rozita Baharom, 35, berkata, dia teruja apabila kali ini, dia turut mempelawa rakan artis, Ifa Raziah untuk sama-sama tampil di dalam naskhah terbarunya itu nanti.

“Setakat ini, ia masih lagi di peringkat perbincangan. Masih mencari formula yang betul untuk hasilkan lagu yang bagus memandangkan genre kami berdua berbeza. Ifa sinonim dengan dangdut manakala saya pula selesa dengan muzik Pop dan Rock. Manalah tahu konsepnya nanti akan jadi ‘RockDut’.

“Kak Ifa dia okay sahaja sebab sebelum ini ada yang kata kami macam kembar dan sebagainya. Kami pun mulai rapat dan sering berkongsi idea dan pendapat mengenai bisnes juga. Jadi tiada masalah untuk saling bekerjsama.

“Tapi tidak dinafikan pada awalnya saya rasa takut-takut juga untuk berduet. Siapa yang tidak kenal dengan Ifa Raziah kan? Dia pun orang lama dalam nyanyian. Rasa tak percaya pun ada.

“Tapi bila difikirkan balik, tidak salah pun sebab saya sendiri sebelum ini memang ada band sendiri sebelum fokus bisnes. Harapnya kolaborasi ini adakan dapat direalisasikan,” katanya yang juga pengasas Secret Desire.

Sementara itu, Cheta turut bersyukur kerana impiannya untuk menghargai pengguna akhirnya menerusi penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Secret Desire tercapai.

IKLAN

“Alhamdulillah selepas dua tahun tidak mampu nak anjurkan majlis rumah terbuka, kali ini kita semua berpeluang untuk nikmati kembali suasana berhari raya meski masih kena berjaga-jaga lagi. Kali ini saya ‘lepas geram’, buka terus sembilan khemah untuk raikan tetamu yang datang.

“Pada masa sama, kita belanja mereka dengan menawarkan harga runtuh produk Secret Desire yang terpilih. Sebab saya sedar, yang datang pun ada yang bukan pengguna produk saya pun. Jadi inilah masanya untuk memperkenalkannya kepada yang mahu mencuba.

“Lagi pun rasanya tiada masalah kalau saya buat rumah terbuka pada publik. Niat kami sekeluarga nak berkongsi rezeki. Syukur ramai yang datang dan jujurnya rasa puas sebab hajat itu termakbul. Orang kenal kita bersama-sama dengan jenama yang kita bawa.

IKLAN

“Kita sama saja, masing-masing bekerja dan cari pendapatan. Mungkin cara sahaja yang berbeza di mana saya buat bisnes. Bila orang mulai suka dengan kita dengan apa yang dijual, maknanya sasaran itu tercapailah,” katanya lagi.

Anak keempat daripada lima beradik ini turut menambah, dia memperuntukkan sejumlah duit raya, khas untuk diberikan kepada kanak-kanak sepanjang Aidilfitri.

IKLAN

“Saya pun tak boleh nak jangka berapa ramai yang hadir, sebab kita beri peluang kepada semua untuk datang. Selagi makanan ada, selagi itu kita makan. Biasanya ‘founder’ mungkin hanya panggil agen, wakil atau pembeli terpilih sahaja datang ke rumah terbuka. Tapi konsep kami berbeza.

“Suami pun menyokong cara begini. Syukur, dapat sediakan duit raya sekitar RM20,000 untuk diagihkan kepada tetamu yang bawa anak-anak. Memang sediakan satu peti, khas untuk duit raya sahaja.

“Begitulah setiap tahun cuma tahun ini Allah SWT beri rezeki lebih. Tak salah untuk saling berkongsi. Harapnya majlis begini akan dapat diteruskan lagi, insya-Allah,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=ANgrU-AQzRA

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI