Processed with VSCO with b1 preset

Pelakon Hafreez Adam mengakui hubungannya dengan tunang yang juga pelakon, Zara Zya ketika ini sedang dilanda dugaan.

Bagaimanapun, dirinya yakin untuk mengawal situasi yang berlaku secara matang.

“Saya akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini.

“Saya sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara kami,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Hafreez juga sudah tidak lagi mengikuti Zara di platform Instagram.

Hafreez seperti yang dilapor menjelaskan, tiada istilah sudah putus tunang atas apa yang berlaku.

IKLAN

Sebaliknya, ia dibuat bagi memastikan dirinya tidak menerima sebarang tekanan berkaitan dengan hubungan yang sedia terjalin.

“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.

“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram.

“Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita,” katanya lagi.

IKLAN

Pada masa sama, bekas finalis Hero Remaja 2011/12 itu turut mendedahkan, dirinya pernah berdepan dugaan bertunang apabila ada cubaan untuk merosakkan hubungannya dengan Zara.

Jelas Hafreez, sebelum menjalinkan ikatan pertunangan, mereka tidak pernah bergaduh.

“Sepanjang dua tahun bercinta, kami tak pernah bergaduh. Hubungan berjalan dengan baik saja. Namun selepas bertunang, perkara lain pula terjadi.

“Saya kesal apabila ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai kami. Bagaimanapun, saya enggan ambil serius dan menganggap perkara ini sebagai dugaan orang bertunang,” akhirinya.

IKLAN

Terdahulu, Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu yang hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Keduanya difahamkan sudah menjalin hubungan cinta kira-kira dua tahun sebelum ke fasa pertunangan.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua. Seperti yang semua sedia maklum. Semalam Abe & Inchess dah selamat bertunang. Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada semua. Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk “merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan”. But in our situation, kami cuma mahu berkongsi berita gembira ni, untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami. Dan kami tak mengharapkan apa-apa melainkan doa yang baik-baik dari semua. Kepada sesiapa yang tersinggung, Saya sebagai wakil pihak saya dan Adam,memohon maaf kepada semua. And terima kasih kepada semua yang terlibat untuk majlis semalam. Kami hargai sangat-sangat dengan kerjasama dari semua pihak. Last but not least, #ZaraAdamPunya 😁🙏🏽. . . Venue : @whiteatilia Pelamin : @embunklasikbridalboutique Khemah : @rdkevents Makeup: @alhaalfa Hairdo : @ezal_ezlizan Pakaian : @syafieq_ayman Photographer : @faridismproduction Videographer : @faridismproduction Dulang hantaran : @izzarracollection Nails : @fabulash.my Inai : @melurizabyel Cake: @petitchef_cakes Ice cream: @aleas__closet Keropok lekor: @aien.lekor.sedap

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Foto/Sumber: Instagram Hafreez & Zara Zya, Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI