Pelakon dan model, Josiah Hogan awal hari ini ada memuat naik foto isterinya, Nurul Hidayu Noordin yang mengenakan topeng muka, menjalankan tugas sebagai jururawat.
Sedang sarat hamil anak ketiga mereka, Josiah menerusi ruangan kapsyen di Instagram ada menyatakan rasa kagum atas servis yang diberikan oleh pekerja sektor awam.
Apatah lagi, ketika negara sedang berdepan krisis Covid-19.
Ads
“Isteri saya sedang mengandung dan masih di luar sana menjalankan tugas sebagai jururawat untuk merawat pesakit.
“Mungkin ramai tak nampak bagaimana jururawat, doktor, polis dan lain-lainnya yang terpaksa berdepan dengan orang awam di negara ini.
Ads
“Kagum dengan mereka yang masih bekerja dalam situasi COVID-19,” tulis aktor Mimpi Sabrina ini.
Nabila Huda menyelar sikap segelintir netizen yang dilihat mementingkan diri dalam suasana yang cukup genting yang melanda negara. Jelasnya, mengapa perlu diborong semua jenis barangan tanpa memikirkan orang lain.
Tegasnya menerusi Insta Story, jelasnya dia hanya membeli barang keperluan asas sahaja untuk keperluan dia dan suami dan itu sudah mencukupi untuk beberapa hari sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.
Luahnya, tiada keperluan membeli berpuluh jenis sayuran dan bahan mentah untuk stok simpanan.
Katanya selepas tiga hari duduk di rumah, dia keluar mendapatkan barangan keperluan namun cukup mengecewakan apabila pasaraya masih penuh dengan manusia dan semua troli dipenuhi pelbagai barangan.
Pelayar Twitter, Jason Yanowitz melayangkan status menyenaraikan peringkat demi peringkat apa yang berlaku akibat jangkitan COVID-19 di Itali.
Dia menggesa masyarakat dunia untuk mengambil serius kerana apa yang berlaku lebih teruk daripada jangkaan.
Posting ini turut mendapat perhatian dunia dengan diretweet kembali hampir 200,000 pelayar lain yang turut gusar akan pandemik yang berlaku.
Sesetengah melihat wabak ini sekadar wabak biasa yang datang, namun perkongsian Yanowitz membuka mata dan mengubah perspektif bagaimana seharusnya wabak ini ditangani daripada awal.
Jelasnya terdapat enam peringkat yang dialami Itali sebelum COVID-19 mengganas sehingga membunuh 2503 mangsa sehingga 18 Mac 2020, hampir menyamai jumlah kematian di China.
Secara ringkas bebenang ini menceritakan bagaimana rakyat Itali mengambil ringan akan wabak yang melanda. Rata-rata masih meluangkan masa di kafe, restoran dan bar dan mengambil bersikap tidak endah.
Jelasnya, situasi di Itali sangat kritikal sehingga rakyat terpaksa dikuarantin, namun melihat negara lain bersikap sambil lewa seolah-olah mereka tidak terlibat, cukup membimbangkan, kerana, dahulunya, mereka juga begitu.
Peringkat pertama, kes pertama muncul di Itali, namun masyarakat tidak ambil peduli kerana ia cuma selesema yang teruk. Dan pasti, wabak ini tidak akan menjangkiti mereka.
Peringkat kedua, bilangan semakin meningkat. Kerajaan mengumumkan ‘red zone’ dan kuarantin bagi negeri yang terlibat.
Namun rakyat tidak panik dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Mereka merasakan media hanya menimbulkan panik.
Peringkat ketiga, bilangan semakin meningkat mendadak dan semakin banyak kematian berlaku. Kerajaan isytihar ‘red zone’ bagi 4 negeri.
Sekolah dan universiti ditutup namun premis lain masih beroperasi seperti biasa. Pekerja masih perlu ke pejabat.
Lebih 10,000 individu daripada ‘red zone’ meninggalkan kawasan kuarantin dan pulang ke kampung bagi mengelakkan sekatan. Hampir 75 peratus rakyat Itali masih meneruskan rutin seperti biasa.
Mereka tidak sedar betapa serius situasi yang melanda. Amalan membersihkan tangan dan hadkan pergerakan tidak dipedulikan.
Peringkat keempat, kes meningkat dengan lebih pantas. Ia menjadi kes kecemasan negara. Hospital sudah melebihi kapasiti dan seluruh unit dikosongkan untuk merawat pesakit COVID-19.
Bilangan doktor dan jururawat tidak mencukupi sehingga doktor pesara dipanggil kembali berkhidmat dan pelajar perubatan diminta bertugas. Tiada lagi shif bekerja, pasukan perubatan bekerja selama yang mungkin.
Terlalu ramai pesakit kronik namun tiada tempat yang mencukupi di Unit Rawatan Rapi. Hospital bagai medan perang, doktor harus memilih pesakit yang mempunyai peluang untuk hidup untuk dirawat.
Ini bermakna warga tua dan pesakit kritikal lain tidak mendapat rawatan kerana pesakit COVID-19 menjadi keutamaan. Semakin ramai yang mati kerana tiada tempat di hospital.
Doktor meluahkan terpaksa membiarkan tiga pesakit mati. Warga hospital menangis kerana tidak mampu melakukan apa-apa.
Peringkat kelima, ingat lagi 10,000 yang lari daripada kawasan merah? Ia menyebabkan seluruh negara dikuarantin pada 9 Mac agar virus tidak merebak.
Namun semua premis boleh beroperasi seperti biasa kerana bimbang ekonomi jatuh merudum. Mereka bagaimanapun masih keluar dan berkumpul seperti biasa.
Peringkat keenam, dua hari kemudian, kerajaan mengarahkan hampir seluruh premis ditutup kecuali pasaraya dan farmasi. Individu hanya boleh keluar jika mempunyai pengesahan.
Pihak polis akan membuat rondaan dan sesiapa yang keluar tanpa sebab kukuh akan didenda €206 bersamaan hampir RM1000 dan jika didapati positif COVID-19, akan dipenjarakan 1 sehingga 12 tahun atas kesalahan membunuh.
Jelasnya lagi, semua berlaku hanya dalam dua minggu. Dia turut mengingatkan seluruh masyarakat dunia agar berjaga-jaga akan wabak tersebut. Bukan sahaja virus yang harus ditakuti, namun kesan yang dibawa kepada seluruh kehidupan.
Malah jelasnya, kerajaan Itali mengambil langkah melindungi rakyat dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman kepada pihak bank.
Sehingga kini, kes COVID-19 mencatatkan 198,412 kes seluruh dunia dengan 7,984 bilangan kematian, meningkat hampir 2000 dalam masa hanya dua hari.
Lalu pada 18 Mac, sebanyak 345 kematian dicatatkan di Itali.
Sumber : Twitter Jason Yanowitz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memuat naik sekeping surat yang diterima daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Naim Daniel tidak menyangka usahanya memartabatkan tulisan Jawi di dalam klip video terbarunya, Sembah mendapat pengiktirafan daripada badan penguatkuasaan bahasa itu.
Malah menurut surat itu lagi, DBP berharap agar pihak lain turut menyokong usaha memperkasakan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat.
“Allahuakbar, satu penghargaan besar bagi saya dan @wp.entertainment . Terima kasih DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (@dbpmalaysia ) untuk penghargaan ini.
“Teruskan mendengar lagu terbaru saya, Sembah ! Di semua platform digital ! #sembahxnaim,” kongsinya.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.